Resipi Kuih Tradisional Yang Semakin Dilupakan

Share

Jarang sekali nak dengar nama kuih-kuih tradisional menjadi kesukaaan. Ada ke lagi peminat kuih tradisional Melayu kita?

Antara kuih Abok-Abok, Koleh Lemak dan juga Apam Dewa. Andai tiada lagi pencinta dan pembuat kuih lama tradisional ini, dibimbangi lama-kelamaan akan pupus.

Jom kita buat kuih tradisional untuk hidangan minum petang ini.

KUIH ABOK-ABOK

BAHAN-BAHAN:

1 cawan biji sagu – beli online di sini
Kelapa parut (ambil yang bahagian putih sahaja)
½ gula merah – beli online di sini 
5 sudu makan gula putih – beli online di sini 
Sedikit garam
3 cawan air biasa
Daun pisang secukupnya


*Kuantiti bahan ikut berapa banyak nak buat

CARA-CARA:

1.Satukan sagu dan kelapa letak sedikit garam. Gaulkan bersama sehingga sebati.


2.Dalam mangkuk berlainan, campurkan gula merah dan gula putih.
3. Sementara itu, daung pisang dibentukkan seperti bentuk kon atau corong.


4. Kemudian, masukkan mengikut 3 lapisan iaitu sagu-gula-sagu. Bungkus dengan kemas. Kemudian kukus sehingga masak (lebih kurang dalam 30 minit) dengan menggunakan api yang sederhana.

Kredit resipi: Fiza Adam

 

APAM DEWA

BAHAN-BAHAN:

5 biji telur ayam
1 cawan gula
1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini 
1 sudu perasa ros/vanilla/pandan
1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online di sini 
1 sudu kecil ovallete (yang ini optional, sama ada nak gunakan atau tidak)

CARA-CARA:

1.Pukul telur sampai putih. Kemudian, masukkan gula. Pukul lagi sampai betul-betul kembang.
2. Masukkan tepung gandum, perasa, soda bikarbonat dan ovallete. Pukul sampai sebati. Kemudian, masukkan pewarna (tak kisah warna apa).


3. Akhir sekali, masukkan dalam loyang dan kukus selama 40 minit. Jangan terlebih kukus kerana boleh membuatkan bahagian bawah keras dan juga mendap.

Kredit resipi: Noraini Hassan

 

KOLEH LEMAK

BAHAN SAMBAL IKAN:

1kg ikan Selayang | panggang atau kukus, kemudian ambil isinya


½ kg santan – beli online di sini
2 biji bawang besar | dikisar – beli online di sini
½ biji bawang putih | dikisar – beli online di sini
2 inci halia | dikisar
Gula dan garam secukupnya
2 sudu halba – beli online di sini

CARA-CARA:

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian, campurkan dengan isi ikan, santan, gula, garam dan halba. Kacau sehingga sebati.

BAHAN KOLEH:

4 cawan tepung beras – beli online di sini 
½ kg santan (termasuk air 11 cawan)
Garam secukup rasa
3 sudu susu manis (optional)

CARA-CARA:

1.Campurkan semua bahan. Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan di dalam periuk.
2.Masak di atas dapur dengan menggunakan api sederhana. Kacau sampai pekat. Kemudian baru masukkan dalam bekas. Tunggu sehingga keras sedikit baru dipotong.

Kredit resipi: Hanini Hashim

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff