Resipi Kuih Vadai Homemade Sedap Untuk Minum Petang

Share

Sedapnya Kuih Vadai @ Kuih Wade perkongsian saudari Nurhayati Abd Malek ni. Nampak sangat mudah dan menyelerakan. Kalau makan panas-panas, memang berebut ni. Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah ringkas sahaja. Sesuai sangat cuba buat untuk minum petang. Jom lihat cara-caranya.

 

RESIPI KUIH VADAI / KUIH WADE SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dal – rendam 4 jam beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu kecil beli online disini
5 tangkai cili kering – mayang halus beli online disini


2 tangkai daun kari – mayang halus
2 biji cili api – hiris nipis
1 sudu besar jintan manis – tumbuk sedikit beli online disini
Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kacang dal ke dalam bekas bersesuaian.


2. Kemudian cucikan sedikit dan toskan.


3. Rendam Kacang Dhal tadi dalam air bersih selama lebih kurang 4 jam.


4. Bila sudah direndam 4 jam, Kacang Dhal akan mengembang sedikit. Toskan airnya.


5. Ambil pengisar kering dan kisar kacang tadi. Tidak mengapa jika ada kacang yang tidak lumat. Makan Wade memang ada yang lumat dan ada yang tak. Kacang dal yang tidak lumat tu bila goreng garing memang sedap.


6.

Kemudian satukan kesemua bahan- bahan selebihnya tadi dan gaul mesra.


7. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai yang siap digaul. Kelihatan seakan nak buat cucur. Bila sudah sebati begini, bolehlah bentukkan adunan.


8. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai yang sudah siap dibentuk. Masukkan ke dalam peti sejuk minimum 30 minit. Jika buat banyak, boleh disejukbekukan (frozen).


9. Untuk memasak, panaskan minyak dengan banyak. Ini kerana Kuih Wade/ Kuih Vadai perlu digoreng secara deep fry.


10. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih satu persatu. Jarakkan.


11. Balikkan kuih dan angkat bila sudah kelihatan keperangan.


12. Kuih Wade/ Kuih Vadai siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama kopi.

Kredit resipi & foto: Nurhayati Abd Malek

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur