Sedapnya Kuih Vadai @ Kuih Wade @ Kuih Vade perkongsian saudari Nurhayati Abd Malek ni. Nampak sangat mudah dan menyelerakan. Kalau makan panas-panas, memang berebut ni. Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah ringkas sahaja. Sesuai sangat cuba buat untuk minum petang. Jom lihat cara-caranya.

RESIPI KUIH VADAI / KUIH WADE/ KUIH VADE SEDAP & MUDAH

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang

BAHAN-BAHAN:

2 cawan kacang dal – rendam 4 jam beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu kecil beli online disini
5 tangkai cili kering – mayang halus beli online disini
2 tangkai daun kari – mayang halus
2 biji cili api – hiris nipis
1 sudu besar jintan manis – tumbuk sedikit beli online disini
Garam dan perasa secukupnya

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kacang dal ke dalam bekas bersesuaian.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang2. Kemudian cucikan sedikit dan toskan.

Ads

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang3. Rendam Kacang Dhal tadi dalam air bersih selama lebih kurang 4 jam.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang4. Bila sudah direndam 4 jam, Kacang Dhal akan mengembang sedikit. Toskan airnya.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang5. Ambil pengisar kering dan kisar kacang tadi. Tidak mengapa jika ada kacang yang tidak lumat. Makan Wade memang ada yang lumat dan ada yang tak. Kacang dal yang tidak lumat tu bila goreng garing memang sedap.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang6. Kemudian satukan kesemua bahan- bahan selebihnya tadi dan gaul mesra.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang7. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai / Kuih Vade yang siap digaul. Kelihatan seakan nak buat cucur. Bila sudah sebati begini, bolehlah bentukkan adunan.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang8. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai yang sudah siap dibentuk. Masukkan ke dalam peti sejuk minimum 30 minit. Jika buat banyak, boleh disejukbekukan (frozen).

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang9. Untuk memasak, panaskan minyak dengan banyak. Ini kerana Kuih Wade/ Kuih Vadai perlu digoreng secara deep fry.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang10. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih satu persatu. Jarakkan.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang11. Balikkan kuih dan angkat bila sudah kelihatan keperangan.

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang12. Kuih Wade/ Kuih Vadai siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama kopi.

Ads

Resipi Kuih Vade Mudah & Sedap Untuk Minum Petang

Kredit resipi & foto: Nurhayati Abd Malek

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Ads

Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI