
Vadai, kuih tradisi masyarakat India namun digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Jika makan panas-panas, memang sangat sedap! Bagi anda yang nak cuba masak kuih ni secara homemade, resipi mudah perkongsian saudari EiTa Emi ni boleh dicuba.
VADAI @ MASALA VADAI
BAHAN-BAHAN:
- Kacang dhal – beli anggaran RM1.50
- 1 biji bawang merah – potong dadu
- 1 sudu makan jintan manis
- 2-3 tangkai cili kering – potong kecil
- 3 tangkai daun kari – potong kecil
- Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kacang dhal dan rendam selama 3 jam.
2. Ambil segenggam kacang dhal dan ketepikan. Selebihnya, kisar dengan sedikit air hingga hancur.
3. Toskan airnya kemudian bolehlah digaul bersama bahan-bahan lain ( bawang merah, jintan, cili kering, daun kari dan kacang dhal yang diasingkan tadi.)
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

5. Biarkan adunan selama 1 jam.
6. Panaskan minyak dan goreng adunan vadai tadi hingga garing dan kekuningan.
7. Angkat, toskan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: EiTa EMi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kulit Karipap Rangup, Sukatan Cawan & Sukatan Timbang

Nak buat karipap memang senang, tapi untuk mendapatkan kulit mengikut seperti yang kita nak, agak sukar sedikit.
Sama ada karipap kulit licin atau berjerawat, kedua-duanya ada cara tersendiri. Yang penting, resipi kulit karipap kenalah betul.
Jom kita buat ikut resipi Iskandar Muadz yang ada dua versi iaitu sukatan cawan dan sukatan timbang.
RESIPI KULIT KARIPAP VERSI TIMBANG

BAHAN-BAHAN:
550gram tepung gandum (saya guna cap lili, tak wajib guna jenama ni, cuma tepung ni je serasi) – beli online di sini
50gram tepung jagung – beli online di sini
60gram minyak masak – beli online di sini
60gram marjerin – beli online di sini
260gram air biasa
Garam
VERSI SUKATAN CAWAN

BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung (3 ¾ cawan tepung gandum, kemudian penuhkan dengan tepung jagung, jadikan 4 cawan keseluruhan)
¼ cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1 cawan air biasa
Garam
TONTON Dapur Rasa Live: Muffin Coklat Biscoff Lotus
TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja
CARA-CARA:
1. Masukkan tepung, marjerin, garam dalam bekas. Gaul-gaul bagi rata ye.
2. Panaskan minyak masak. Dah panas, masukkan dalam adunan tadi.
3. Kacau-kacau dengan senduk tau, kang melecur tangan. Bila dah kacau, baru guna tangan. Ramas-ramas tepung tu biar macam serbuk roti.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Kemudian masukkan air. Gaul dan uli sampai lembut. Yang guna sukatan cawan, jangan habiskan air terus. Tuang sedikit demi sedikit. Tak cukup tambah lagi.
5. Yang guna versi timbang, taka da masalah. Boleh masukkan terus air tu.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Uli sampai lembut. Terus buat. Kalau saya, saya biarkan dulu sejam. Nak bagi doh keluar minyak. Jadi lembut sikit nak buat. Tapi nak terus buat pun boleh, tak ada masalah.
7. Bab goreng tu ikut suka. Kalau nak berjerawat, pastikan minyak betul- betul panas. Kemudian, kecilkan api, baru masuk karipap. Timbul jerawat.
8. Yang suka licin, masukkan karipap semasa panas sikit-sikit. Selamat mencuba.
*Ini cara saya ye. Saya memang tak cairkan dengan minyak.
Kredit resipi: Iskandar Muadz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Petua Buat Cucur Udang Sedap & Tak Serap Minyak Tanpa Guna Baking Powder

Suka makan Cucur Udang yang sedap? Ha…meh sini nak belanja satu resipi best. Anda boleh cuba resipi Cucur Udang yang dikongsi sendiri oleh saudari Tyra Manan. Istimewanya beliau juga berkongsi petua membuat Cucur Udang yang tidak serap minyak dan resipi ini juga tidak menggunakan yis atau soda bikarbonate. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
RESIPI CUCUR UDANG SEDAP & TAK SERAP MINYAK

BAHAN-BAHAN:
1/2kg tepung gandum – beli online disini
2 sudu makan tepung beras – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
2 biji telur
1 cawan tauge
Kucai
Udang kertas – kopek kulit
Udang biasa – untuk hiasan atas cucur
3 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan kemudian sebatikan. Perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tetapi nanti cucur udang jadi tak berapa sedap dan keras. Inilah rahsia Cucur Udang jadi kembung tapi tak serap minyak. Hanya perapkan sahaja adunan kerana kita tidak guna baking powder.

2. Panaskan 2 kuali. Satu untuk menggoreng dan satu lagi untuk panaskan senduk.
3. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tidak panas nanti adunan cucur melekat.
4. Bila senduk sudah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
5. Goreng cucur sampai garing warna coklat keemasan. Siap. Hidangkan bersama sos.

BAHAN SOS:
Cili merah
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
CARA MEMASAK:
1.Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur.
2. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka.
3. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
5. Kacau sebati dan bila dapat kepekatan yang anda suka, padamkan api. Sedia untuk dihidang bersama Cucur udang.
Kredit resipi & foto: Tyra Manan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Terlajak Sedap. Resipi Ayam Meraung ‘Confirm’ Buat Makan Bertambah
Buat Keropok Homemade Guna Lebihan Nasi Sejuk. Sedap & Memang Jadi
Resipi Chicken Nugget Stick. Snek Sedap & Mudah Untuk Anak-Anak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kuih Vadai Homemade Sedap Untuk Minum Petang

Sedapnya Kuih Vadai @ Kuih Wade perkongsian saudari Nurhayati Abd Malek ni. Nampak sangat mudah dan menyelerakan. Kalau makan panas-panas, memang berebut ni. Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah ringkas sahaja. Sesuai sangat cuba buat untuk minum petang. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KUIH VADAI / KUIH WADE SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dal – rendam 4 jam – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu kecil – beli online disini
5 tangkai cili kering – mayang halus – beli online disini
2 tangkai daun kari – mayang halus
2 biji cili api – hiris nipis
1 sudu besar jintan manis – tumbuk sedikit – beli online disini
Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kacang dal ke dalam bekas bersesuaian.

2. Kemudian cucikan sedikit dan toskan.

3. Rendam Kacang Dhal tadi dalam air bersih selama lebih kurang 4 jam.

4. Bila sudah direndam 4 jam, Kacang Dhal akan mengembang sedikit. Toskan airnya.

5. Ambil pengisar kering dan kisar kacang tadi. Tidak mengapa jika ada kacang yang tidak lumat. Makan Wade memang ada yang lumat dan ada yang tak. Kacang dal yang tidak lumat tu bila goreng garing memang sedap.

6. Kemudian satukan kesemua bahan- bahan selebihnya tadi dan gaul mesra.

7. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai yang siap digaul. Kelihatan seakan nak buat cucur. Bila sudah sebati begini, bolehlah bentukkan adunan.

8. Adunan Kuih Wade / Kuih Vadai yang sudah siap dibentuk. Masukkan ke dalam peti sejuk minimum 30 minit. Jika buat banyak, boleh disejukbekukan (frozen).

9. Untuk memasak, panaskan minyak dengan banyak. Ini kerana Kuih Wade/ Kuih Vadai perlu digoreng secara deep fry.

10. Bila minyak sudah panas, masukkan kuih satu persatu. Jarakkan.


11. Balikkan kuih dan angkat bila sudah kelihatan keperangan.

12. Kuih Wade/ Kuih Vadai siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama kopi.

Kredit resipi & foto: Nurhayati Abd Malek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap, Mudah & Lebih Sihat. Aneka Resepi Masakan Tak Guna Minyak
Resipi Krim Coklat Jimat. Satu Resipi Boleh Guna Buat Macam-Macam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

