Resipi Kunafa Mudah, Buat Sendiri Dijamin Puas Hati

Share

Kunafa atau Kunafeh, sajian pencuci mulut dari negara Arab yang semakin menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Lihatlah berapa ramai yang beratur untuk menikmati manisan ini di kedai viral tu. Tidak diakui, memang sedap ya rasanya. GAbungan pastry dan keju, yang disirami dengan air gula memang membuatkan kita makan dengan rasa yang sangat Bahagia. Terasa nak cuba tapi susah nak jumpa? Jom buat sendiri guna resipi dari saudari Maslena Alwi II ni. Pasti puas hati dengan rasanya.

 

CARA MEMBUAT KUNAFA SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

500gm kunafa dough pastrybeli online disini
Keju cheddar secukupnya beli online disini


200gm keju Mozzarella beli online disini
250gm krim keju / cream cheese
½ tin susu pekat manis beli online disini
50gm gula aising beli online disini
1 sudu makan esen vanilla beli online disini
70gm mentega beli online disini
1 biji kuning telur kuning (optional, tak letak pun boleh)

 

Dapatkan MUZY MICROFIBER TOWEL SET 2.0 dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Mulakan dengan membuat adunan krim keju. Pukul krim keju, susu, gula dan mentega hingga halus.
2. Masukkan kuning telur dan juga vanilla. Pukul sebentar dan sediakan dohnya.
3. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan juga kunafa dough. Untuk kunafa dough ini sebaiknya guna mentega cair.
4. Taburkan separuh kunafa dough pada loyang kemudian masukkan adunan krim keju yang telah dipukul.
5. Tabur keju cheddar dan keju mozzarella.


6. Kemudian tutup krim keju dengan sisa kunafa dough tadi dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kekuningan.

INFO:
1.Bila adunan masak jangan biar terlalu sejuk diluar. Seeloknya dihidang dan dimakan panas-panas. Teksturnya rangup kerana keju yang ada didalam akan meleleh mencair dalam mulut.

2. Hiasan atas dessert boleh taburkan kacang pistachio atau almond secukupnya seperti dalam gambar hiasan.

Kredit resipi & foto: Maslena Alwi II

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Online Minum Petang

Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

 

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

Published by
Nur