Sedapnya Laksa Kuah Lemak Utara ni. Bagi peminat laksa, hidangan sebegini pasti tidak ditolak kan? Ha… Dalam Malaysia ni tentunya da banyak jenis laksa yang jadi kegemaran ramai. Utatra, Selatan, Pantai Timur, Pantai Barat, semuanya sedap. Nak cuba? Saudari Shah Shatry ada kongsikan resipi Laksa Kuah Lemak Utara yang sedap untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahannya.
1 bungkus laksa kering (rendam & rebus sehingga lembut. Toskan) – beli online disini
5-10 ekor ikan kembung @ sardin – rebus kemudian asingkan isi & tulang
4 biji bawang besar saiz sederhana (3 biji kisar & 1 biji diracik halus)
2 biji bawang putih – kisar
3 senduk kecik rempah kari ikan – beli online disini
1 biji kelapa ( perah amik santan pekat sahaja )
Daun kesum
Bunga kantan
Asam keping
Garam & bahan perasa
Minyak masak untuk menumis
Telur rebus
Timun – hiris
Bawang merah – hiris
Cili padi – hiris
Limau nipis
1. Panas minyak kemudian masukkan bawang yang diracik halus.
2. Bila sudah kekuningan, masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar tadi.
3. Bila sudah naik bau, boleh masukkan rempah. Tumis sampai pecah minyak.
4. Sementara tunggu rempah masak, boleh asingkan isi ikan dan tulang. Tulang ikan jangan dibuang.
5. Kisar tulang ikan menggunakan air rebusan ikan tadi. Guna penapis lubang halus, tapis kisaran tulang tadi.
6. Sementara isi ikan, terpulang sama ada nak kisar atau tumbuk cuma pastikan tidak terlalu hancur.
7. Bila rempah sudah masak, boleh masukkan santan, isi ikan, bunga kantan, asam keping dan daun kesum.
6. Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
Kredit resipi & foto: Shah Shatry
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official