Resipi Laksa Lemak Kelantan. Sedap Do’oh, Memang Puas Hati

Share

Suka makan Laksa Lemak Kelantan? Sedap kan? Lebih kurang Laksam juga juga berbeza dari saiz mi nya sahaja. Hari ni RASA nak kongsikan resipi perkongsian saudari Roselinda Jd yang sedap dan ringkas. Namun ramai yang takut untuk cuba masak hidangan ni kerana menganggapnya susah untuk disediakan. Sebenarnya nak masak Laksa Lemak Kelantan ni sangat mudah. Jika cukup semua bahan, sekejap je dah siap masak. Nak cuba masak untuk ahli keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MEMASAK LAKSA KUAH LEMAK PUTIH KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
1 paket laksa kecil kering – celur hingga lembut beli online disini

BAHAN KUAH:


5 ekor ikan kembung
2 keping asam gelugur beli online disini
1 biji bawang besar – kisar halus
3 ulas bawang putih – kisar halus
1 ketul kecil halia – kisar halus
½ sudu makan lada hitam – kisar halus beli online disini
1 sudu teh garam
1 ½ kotak santan beli online disini
2 cawan air
Gula secukup rasa

BAHAN ULAM (HIRIS HALUS):
1 ikat daun selom
5 batang kacang panjang
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan
1 mangkuk taugeh

BAHAN SAMBAL BELACAN:
2 tangkai cili merah
10 biji cili padi
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh belacan beli online disini
1 limau nipis 

Dapatkan MUZY MICROFIBER TOWEL SET 2.0 dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat Sambal Belacan, tumbuk semua bahan kecuali limau nipis. Celur juga laksa hingga lembut. Toskan.


2. Bila semua bahan sudah lumat, perah limau nipis dan sebatikan. Ketepikan seketika.
3. Untuk kuahnya, rebus ikan bersama garam dan asam gelugur.
4. Bila sudah masak, asingkan isi dan tulang ikan.
5. Kisar tulang ikan bersama 2 cawan air rebusan ikan. Tapis dan ambil airnya.


6. Kemudian ambil isi ikan. Kisar bersama air kisaran tulang ikan tadi hingga halus. Ketepikan.
7. Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan lada hitam hingga halus.
8. Dalam periuk yang bersesuaian, satukan kisaran isi ikan, campuran kisaran bawang, asam keping, santan, air dan sedikit garam.


9. Masak dan kacau selalu hingga mendidih perlahan dan kuah menjadi pekat.
10. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
11. Kuah Laksa Lemak Kelantan siap disediakan.


12. Untuk menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk. Isi bahan-bahan ulam dengan secukupnya, letak sambal belacan dan tuang kuah. Boleh perah sedikit limau nipis untuk rasa sedikit masam.

 

Kredit resipi & foto: Roselinda Jd

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur