Laksa Lemak Siam memang sedap kalau dimakan panas-panas. Pendek kata tak cukup semangkuk.
Letak pula ulam-ulaman dan telur rebus, sesuai sangat dijadikan menu pada hari cuti atau hujung minggu.
Resipi Laksa Lemak Siam ni sama juga macam macam resipi laksa lemak yang lain Cuma ia menggunakan kunyit dan berwarna kekuning-kuningan. Yang suka pedas boleh lebihkan cili barulah ada kick.
RESEPI LAKSA LEMAK SIAM
Bahan-bahannya:
Laksa kering yang jenis halus ( rebus dahulu kemudian toskan )
1 kg ikan selayang, temenung
10 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
4 batang serai* ( 2 batang di blend, 2 batang lagi di ketuk masuk dalam kuah )
2 inci belacan*
Ads
5 biji cili api* ( nak pedas, boleh lebihkan )
5 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut
3 cawan santan pekat
Garam, gula & perasa
Cara-caranya:
Rebus ikan… Asingkan isi dan tulang… Isi ikan di blend halus… Air rebusan jangan di buang… Gunakan air rebusan ikan tadi untuk blend tulang… Blend tulang kemudian tapiskan
2. Blend semua bahan-bahan yang bertanda*
3. Masukkan bahan blend, serai yang di ketuk ke dalam periuk… Biarkan mendidih
Ads
4. Bila dah mendidih, boleh masukkan isi ikan yang di blend tadi bersama dengan asam keping, daun limau purut dan air… Kuah jangan pekat sangat, jangan cair sangat… Ikut selera memasing… Kacau sebati
5. Kemudian masukkan santan… Kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul
6. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa.. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh tutup api
7. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan-bahan sampingan yang lain.
Bahan-bahan sampingan :
Timun
Taugeh
Ads
Kacang panjang
Bunga kantan
Salad
Telur rebus
Limau nipis
* Bahan sampingan ni ikut selera masing-masing nak letak apa
Kata orang, Thailand syurga makanan kerana di negara ini terdapat pelbagai makanan yang sedap, murah dan segar. Oleh itu, kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan tekak kita orang Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri takda masalah. Berikut RASA kongsikan beberapa resipinya di sini.
DAGING GORENG DAUN SELASIH (PAD GRA PROW)
BAHAN-BAHAN:
150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
4 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh gula
1 sudu makan sos ikan
1 cawan daun selasih Thai
Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
Tumis hingga wangi dan bawang layu.
Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
Gaul lagi hingga daun selasih layu.
Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
PAIS IKAN KARI THAI (HOR MOK PLA)
BAHAN-BAHAN:
200 gram isi ikan tenggiri
1 sudu makan pes kari merah
150 gm santan
2 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
1 biji telur
3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
10-15 helai daun selasih Thai
1 biji cili merah |untuk hiasan
Daun pisang | untuk mangkuk
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
Kacau rata dan sebati.
Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
Kukus selama 10-15 minit.
Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dengan sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.
NASI BRIANI THAI (KAO MOK GAI)
BAHAN-BAHAN:
REMPAH RATUS (DI KISAR):
2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
NASI:
5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
4 sudu makan minyak sapi
4-5 ulas bawang merah | hiris
3 cm halia| hiris
4 ulas bawang putih | hiris
3 batang akar ketumbar
2-3 sudu makan rempah Kao Mok Gai
200ml susu cair
1 ekor ayam | potong lapan
8 cawan air
garam secukup rasa
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji pelaga
4 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi dengan api perlahan.
Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
Sementara itu sediakan nasi, masukkan tujuh caawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair.
Apabila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang teah ditoskan tadi.
Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.
TELUR DADAR RANGUP (HOT TOD)
BAHAN-BAHAN:
200gm udang | buang kulit
1/2 cawan tauge | buang ekor
1/2 cawan daun ketumbar | hiris
1/2 sudu teh sos ikan
3 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
3 biji telur
2 sudu makan tepung ubi
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali leper
Sementara itu campurkan tepung ubi, garam,serbuk lada hitam dan sedikit air.
Kemudian tuang adunan ke dalam kuali, kemudian letakkan isi udang, sedikit hirisan bawang dan daun ketumbar di atasnya,
Kemudian tuang bancuhan telur yang telah dikacau dengan sedikit garam, sos ikan di atas dan ratakan
Tambah lagi isi udang, daun ketumbar, hirisan bawang dan tauge.
Apabila nampak garing anda boleh balikkan pancake. Untuk rasa lebih ranggup.
Jika tidak mahu, anda boleh terus hidangkan dengan sos cili Thai.
CUCUR IKAN THAI(TOP MAN PLA)
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan siakap | asingkan kulit dan hancurkan isinya
1 biji telur
2 sudu makan hirisan halus kacang panjang
3 helai daun limau purut | mayang halus
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 1/2 pes kari merah Thai
2 cawan minyak masak
ACAR TIMUN:
2 sudu makan cuka makan
1 sdu makan gula
1/2 batang timun | potong dagu atau hiris nipis
1 tangkai cili merah
1 sudu makan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
ppotong dadu isi ikan dan masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.
Keluarkan masukkan dalam mangkuk adunan.
Campurkan bersamanya telur, hirisan kacang panjang, daun limau purut, garam, gula dan pes kari merah Thai. Adun rata.
Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bentukkan doh ikan bulat-bulat kecil kemudian goreng menggunakan api sederhana.
Goreng hingga bebola ikan bertukar menjadi keperangan. Angkat dan toskan.
Sementara itu sediakan acar timun. Campurkan garam, gula dan cuka secukup rasa dan kemudian gaulkan dengan timun, bawang merah dan cili Thai.
Hidangkan bersama dengan Top Man Pla serta nasi putih.
KUETIAU GORENG THAI (PHA THAI)
BAHAN-BAHAN:
300gm kuetiau
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah Thai
100 udang dibuang kulit
50gm tauge
1 sudu teh serbuk cili Thai
10gm daun bawang| potong 3 cm
1 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan minyak masak
2 biji telur
BAHAN PELENGKAP:
1 hiris limau nipis
Sedikit tauge dan daun bawang
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan udang, kacau lagi hingga udang masak.
Diikuti mi Thai dan jus asam jawa, serbuk cili Thai dan sedikit air gaulkan 2-3 minit.
Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai, gula dan garam secukup rasa.
Tolakkan ke tep kuali mi Thai, tambah sedikit minyak dan pecahkkan telur di dalamnya.
Kacau rata, apabila sudah berketul-ketul, gaulkan besama Pha Thai.
Angkat dan hiaskan dengan bahan pelangkap, taburkan cili flakes, hirisan limau nipis, daun bawang dan tauge sebelum dihidangkan.
Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi kuning-dibilas dan tos
10 ekor sotong-dibersihkan potong dan tos
1 paket Fish ball-dibersihkan potong dan tos
1 ikat sayur sawi jepun-dibersihkan, potong dan tos
1 biji tomato-dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu hesar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
1 cawan kecil air
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TUMBUK
10 biji cili api
3 ulas bawang putih
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
Bihun goreng tomyam ini sekali buat mesti rasa nak makan selalu. Rasanya memang lain dari bihun goreng biasa, pedas-pedas masam. Memang sedap.
Cara penyediaannya jugak berbeza. Bihun goreng tomyam ini selain guna pes tomyam, ia tak menggunakan bawang, cuma bawang putih saja.
Nak pastikan dapat rasa yang sedap paling penting kena pilih pes tomyam yang betul.
Cara lengkap buat bihun goreng tomyam boleh ikut perkongsian Rozmaliza Omar.
Rahsia buat bihun goreng tomyam sedap
Bahan-bahan
1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
6-7 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
3 sdb pes tom yum
2 sdb cili kisar
2 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan
Kubis dan lobak merah
1 ikat sawi
3 helai daun limau purut -dikoyak-koyak
Isi ayam, udang dan sotong (saya letak ayam saja)
1 cawan air
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan yang ditumbuk kasar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.
3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.
4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan bihun, sayur-sayuran dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.
6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!