Sedapnya Laksa Nyonya. Bagi penggemar menu laksa, anda harus cuba resipi perkongsian saudara Nazri Mat Zain ini. Tengoklah kuahnya tu, nampak cukup rasa dan sangat menyelerakan. Lengkap dengan bahan-bahan sampaingan yang lain. Bagi anda yang tercari-cari menu untuk dijadikan jualan, resipi ini antara yang boleh dicuba. Pasti ramai yang suka.
CARA MASAK LAKSA NYONYA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
10 tangkai cili kering* – beli online disini
6 biji cili merah besar*
½ inci lengkuas*
½ inci halia*
4 biji kunyit hidup*
4 @5 biji buah keras* – beli online disini
Minyak untuk menumis
2 batang serai | diketuk
2 kuntum bunga kantan | belah 4
Daun kesom (dalam 50 sen)
1kg santan
Air secukupnya
Bebola ikan secukupnya
Tauhu Pok secupnya
Garam, gula dan aji secukupnya
Mi kuning atau bihun – dicelur
Bahan sampingan: hirisan salad, timun, cili padi potong, bawang besar dan telur rebus
1 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan bertanda (*) ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar tadi.
3. Masukkan serai yang telah diketuk dan bunga kantan yang telah dibelah empat serta daun kesum. Masak hingga pecah minyak.
4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan air. Kepekatan ikut cita rasa sendiri.
5. Masukkan bebola ikan, tauhu pok dan sekeping asam gelugur.
6. Perasakan dengan garam, aji dan gula dengan secukupnya.
7. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
8. Apabila sudah mendidih, tutup api. Siap untuk dihidangkan. Kuah ini boleh makan dalam 8-10 orang.
Ads
9. Ia boleh dinikmati bersama mee kuning atau bihun. Tapi pastikan dicelur dulu.
10. Bahan sampingan macam laksa biasa seperti daun salad, bawang besar, timun, cili api potong dan telur rebus.
Teringin nak makan mi udang. Nak beli, kadang tak sesuai dengan harga. Mahal tapi udang tak banyak. Kalau ada pun, mungkin udangnya kurang segar. Ha, kalau macam tu, apa kata masak sendiri mi udang ikut selera kita.
RASA kongsikan resipi mi udang. Boleh cuba buat hujung minggu nanti. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur rebus
• limau nipis / kasturi
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Bihun Goreng Cili Padi perkongsian saudari Har Ryea ni nampak sangat sedap. Sesuai dicuba oleh anda yang sukakan hidangan yang pedas. Rencahnya boleh dipelbagaikan mengikut bahan yang ada dalam peti sejuk dan juga ikut selera masing-masing. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK BIHUN GORENG CILI PADI SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus bihun – rendam – beli online disini Udang secukupnya 4 biji telur Lobak merah – hiris Daun sup secukupnya 1 sudu makan cukup rasa
BAHAN RENCAH: Cili padi hijau Bawang besar Bawang putih 1 genggam ikan bilis – beli online disini (jumlah ikut selera masing-masing)
CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi hijau, bawang besar, bawang putih & segengam ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai sedikit garing.
2. Bila rencah sudah garing, masukkan udang. Selain udang, boleh juga guna isi ayam atau sotong. Boleh juga tambah fishcake jika suka. Sesuaikan ikut selera.
3. Gaul rata udang bersama bahan tumis tadi.
4. Ketepikan udang ke sisi kuali, masukkan telur. Kecilkan api supaya telur masak sedikit.
5. Hancurkan sedikit telur tadi kemudian gaul rata bahan-bahannya.
6. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah. Gaul rata semua bahan-bahan.
7. Masukkan bihun. Gaul rata hingga bercampur.
8. Tabur perasa Maggi Cukup Rasa. Sebatikan hingga rata.
9. Akhir sekali, tabur hirisan daun sup. Gaul rata dan biarkan seketika hingga berwap.
10. Bihun Goreng Cili Padi sedia untuk dihidangkan.
Kadang-kadang tu rasa malas nak keluar rumah tapi teringin Asam Laksa. Teringin pula Asam Laksa D’Laksa terbayang hirup kuah yang pekat tu. Resipi yang bakal saya kongsikan ni sangat mudah cara penyediaannya. Resipi Asam Laksa Ala Ala D’Laksa ni gerenti menjadi. Resipi penuh Asam Laksa Ala Ala D’Laksa ni telah dikongsikan oleh Isma Wati Hashim. Jom kita cuba!
ASAM LAKSA ALA ALA D’LAKSA
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin mackerel (cap ayam)
1 bungkus pes asam pedas adabi
3 biji bawang merah sederhana besar
Bunga kantan
Daun kesum
Sedikit belacan
Sebungkus laksa basah (celur dalam 5-10 minit)
CARA PENYEDIAAN:
Kisar semua bahan tadi kecuali daun kesum dan bunga kantan.
Masak semua bahan tadi dan masukkan air sesuai dengan kepekatan kuah yang kita nak.
Perasakan dengan garam, gula dan asam keping
Masukkan bebola ikan jika suka
BAHAN LAIN:
Salad
Bawang merah
Limau kasturi
Petis udang
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: