
Mood berhari raya masih belum habis. HUjung minggu masih dipenuhi dengan undangan rumah terbuka. Laksam adalah makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.

2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.

3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.

5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.

TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Laksa Lazat 3 Negeri. Laksa Pahang, Laksa Kuah Merah Terengganu dan Laksa Johor.

Selain lauk rendang dan sajian daging di Hari Raya Aidiladha, petangnya pula dapat ‘mengadap’ laksa hmmm memang padu. Setiap negeri ada keunikannya, kalau nak tahu apa beza dan istimewanya laksa dari 3 negeri ni , kenalah cuba kan.
Senarai bahan agak panjang, tapi murah dan senang didapati. Walaupun sedikit berbeza ramuan setiap negeri, tetapi keenakannya tetap sama .
1. LAKSA PAHANG ‘SPECIAL’

BAHAN-BAHAN :
- 2 paket spageti @ mi laksa | direbus masukkan sedikit garam dan tos
BAHAN A :
- 1kg ikan tenggiri | dibersihkan dan direbus
BAHAN B :
- 200 gram isi ikan masin kurau | bakar dalam kuali sebentar
BAHAN DIKISAR C :
- 7 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- 7.6 sm lengkuas
- 7.6 sm halia
- 25 tangkai cili kering | direbus sebelum dikisar
(disangai sekejap dan dikisar halus): - 2 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
- 2 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
- 3 cawan air
- 2 cawan santan cair
2 biji kelapa | ambil santan pekat
3 sudu makan kerisik
3-4 asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN ULAM :
- Tauge | dicelur sebentar dalam air panas
- Daun kaduk | dihiris
- Daun kunyit | dihiris
- Kobis | dihiris
- Daun kesum | dihiris
- Daun selasih | dihiris
- Bawang besar | dihiris nipis
- Kacang panjang | dihiris
- 2 biji limau kasturi | diperah
- Sambal belacan | cili kering ditumbuk dengan belacan dan air sedikit
BAHAN SAMBAL BELACAN:
- 2 tangkai cili merah
- 15 tangkai cili padi
- Sebesar ibu jari belacan
- 1 sudu kecil garam halus
- 2 biji limau kasturi untuk perahan
- Sedikit gula
CARA MEMASAK :
Cara masak sambal belacan :
1. Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering.
2. Tumbuk dulu cili merah dan belacan.
3. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi
Cara masak Kuah :
1. Rebuskan ikan tenggiri, dan air rebusan digunakan untuk kisar tulang dan juga isi ikan, asingkan isi dan tulang.
2. Kisar tulang dan tapiskan serta ambil airnya
3. Kemudian kisar pula isi ikan menggunakan air kisaran tulang tadi. Ketepikan bahan A ini.
4. Selepas ikan kurau masin dibakar dalam kuali, rendam ikan masin dalam air dan dikisar halus menggunakan air rendaman tadi. Buangkan kulit ikan kurau masin. Ketepikan bahan B ini.
5. Bahan C dikisar halus.
6. Campurkan bahan A,B, C masak hingga mendidih dengan api yang perlahan.
7. Setelah mendidih masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan kacau selalu.
8. Masukkan pula kerisik, asam keping, garam dan gula
9. Masak lama lebih kurang 7 jam hingga pecah minyak dan kacau selalu.
10. Tuangkan kuah atas spageti, dan letakkan bahan ulaman dan sambal belacan.
INFO: Anda boleh juga menggunakan mi laksa yang biasa selain spageti. Ikan selayang juga boleh digunakan selain ikan tenggiri.
2. LAKSA KUAH MERAH TERENGGANU

BAHAN-BAHAN :
BAHAN KUAH :
- 1500 ml santan pekat
- 10 ekor ikan kembong atau ikan selayang/ direbus, dibuang tulang dan kisar
- 4 sudu makan rempah kari ikan
- 3 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan cili boh
- 3 biji bawang besar /dikisar
- 1 labu bawang putih /dikisar
- 2 sm halia /dikisar
- 4 sm lengkuas /dikisar
- Sedikit serbuk kunyit
- 2 sm belacan / dikisar45 gm ikan bilis /dikisar
- 3 sudu makan udang kering /dikisar
- 2 ketul gula Melaka
- 3 sudu makan gula
- 4 keping asam keping
- 6 gelas air (220 ml satu gelas)
LAKSA:
1 kg laksa kering
*Direbus hingga lembut dan toskan
BAHAN ULAM: (dihiris halus kecuali taugeh)
- 150 gm kacang panjang
- 1 kuntum bunga kantan
- 100 gm taugeh
- 60 gm daun kemangi/selasih
- 200 gm kubis (jika suka)
BAHAN SAMBAL:
- 100 gm cili merah
- 20 gm belacan /dibakar
- Garam secukup rasa
- *Tumbuk sekali hingga lumat
CARA MEMASAK;
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar bawang , belacan dan rempah kari ikan dan masukkan cili boh sehingga naik minyak.
2. Bila agak garing masukkan santan dan air.
3. Masukkan pula gula Melaka dan asam keeping.
4. Apabila hampir mendidih, masukkan ikan kembong/selayang, bilis dan udang kering yang dikisar tadi bersama gula dan garam secukup rasa.
5. Mendidih tutup api dan kuah siap dihidangkan bersama laksa, ulaman dan sambal belacan.
INFO : Laksa Terengganu ada dua jenis. Laksa kuah merah dan laksa kuah putih. Laksa kuah putih lebih rasa lemak, Laksa kuah merah bagi mereka yang sukakan rasa masam dan manis yang enak.
3. LAKSA JOHOR

BAHAN-BAHAN :
- 400 gm satu paket spageti
- Garam secukup rasa
- Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
- 1 kg ikan kurau segar /direbus dan ambil isi
- 500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
- 500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
- 3 keping ikan kurau masin
- 5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
- 8 keping asam gelugor
- 3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
- 1 sudu makan gula melaka
- 1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
- 20 tangkai cili kering
- 15 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 10 batang serai
- 4 sm halia
- 4 sm lengkuas
- 2 sm kunyit hidup
- 3 sm belacan
- 9 sudu makan biji ketumbar
- 3 sudu makan biji jintan putih
- 3 sudu makan jintan putih
- 2 biji buah keras
- 4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
- Limau kasturi/dipotong untuk diperah
- Taugeh
- Daun kesum atau daun selasih
- Timun
- Sambal belacan
- Bawang besar /dipotong bulat
- Kacang panjang
- Lobak asin
CARA memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2 .Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4 .Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan Perahkan limau kasturi..
INFO : Laksa Johor agak mewah ia biasanya menggunakan ikan kurau dan ikan parang sahaja dan bukannya jenis ikan lain
Simpan Resipi Sos Spageti Homemade Ini Untuk Ramadan

Jom buat sos spageti frozen. Sempena tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan, bolehlah cuba-cuba buat stok sos yang sangat sedap ni.
Senang buat mak-mak sediakan makanan dengan segera jika ada yang tak selera nak makan nasi.
Resipi sos pagetti frozen perkongsian Erni Abu Samah ini, boleh tahan sehingga 2 tahun tanpa perubahan rasa.
6kg dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera.
SOS SPAGETI FROZEN

BAHAN-BAHAN:
7kg tomato | merah buang kulit & biji
5 biji bawang besar | dipotong dadu – beli online di sini
15 biji bawang putih | dipecahkan & didadu – beli online di sini
2 sudu besar serbuk origano
2 sudu besar serbuk parsley
2 sudu besar serbuk basil
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam – beli online di sini
Daun bay
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional – masukkan masa ½ jam terakhir)
Garam (dalam 3-4 sudu besar)
2 sudu besar gula
TONTON Red Velvet Creampuff
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:
1. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bawang merah dan bawang putih. Jangan garing, hanya cukup layu sahaja.
2. Masukkan tomato yang dikisar halus, tomato puri, garam, gula, lada hitam dan serbuk herba. Kacau-kacau rata.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Guna api kecil sahaja dan masak dalam 2 jam. Atau kurang 2 jam sikit pun okay. Dah siap, tutup api.
4. Sos ini boleh simpan dalam freezer dan tahan 6 bulan. Simpan dalam peket kecil-kecil. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.

NOTA:
*Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas, seimbangkan rasa garam atau tambah bebola daging.
*Boleh jadi sos lasagna atau pizza.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
*Tomato kalau tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat.
*Nak buang kulit kelar x di tomato. Celur dalam air menggelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang tapi jangan celur lama nanti lembik.
Kredit resipi: Erni Abu Samah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Untuk Peminat Masakan Daging, Boleh Cuba Resipi Kambing Peratal
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Soto Ayam Hidang Dengan Bergedil & Sambal Kicap Puas Hati Makan

Bosan dengan menu nasi dan lauk pauk, kita ubah selera dengan soto ayam pasti sekeluarga suka. Apa yang penting sekeluarga bakal kenyang dari air tangan anda.
SOTO AYAM & BERGEDIL
Bahan kisar:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
- 2 batang serai
- 1 inci lengkuas
Bahan-bahan ini semuanya dikisar halus. Untuk serai tu terpulang kalau nak kisar sekali boleh nak titik aje pun boleh. Kalau kisar ambil bahagian perdu serai yang putih sahaja. Kalau nak kisar sekali serai tu, guna dua batang sahaja pun cukup.
Bahan tumis:
- Kulit kayu manis
- bunga lawang
- bunga cengkih
- buah pelaga
1 peket kecil rempah kurma
1 bunjut Sup bunjut
Bahan lain:
- 1 ekor ayam – potong 4
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 kiub ayam
Cara memasak:
1.Mula-mula panaskan minyak.
2.Kemudian tumiskan bahan tumis, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, tumis hingga harum.
3.Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus.
4.Masukkan rempah kurma.
5.Masak hingga garing dan terbit minyak ( rempah kurma kena masak lama)
6.Kemudian masukkan air secukupnya.
7.Biarkan air mendidih.Bila dah didih, masukkan sup bunjut, ayam dan kiub ayam.Biarkan kuah mereneh
8.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9.Angkat ayam dan toskan. Ayam kemudian digoreng. Kemudian siat-siat halus.
10.Baki kuah tambahkan air. Biarkan didih
11.Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi.
12.Keluarkan ayam dan toskan. Ambil sedikit ayam untuk dibuat begedil ayam.
13.Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan.Kemudian bolehlah disiat halus.
14.Dah siap kuah soto.
BERGEDIL DAGING
- 4 biji kentang
- 200 gm daging cincang
Cara membuat:
1.Kupas kulit kentang dan potong bulat nipis.
2.Kemudian goreng sampai masak.
3.Angkat, toskan minyak dan tumbuk lumat.
4.Daging pun digoreng sekejap.
5.Angkat dan tumbuk lumat.
- 1 pokok daun sup – cincang halus
- 1 pokok daun bawang – cincang halus
- bawang merah – cincang halus
- bawang goreng
- dua biji kuning telur – putih telur untuk celup sebelum begedil di goreng
- 1 sudu besar perencah sup
- 2 biji putih telur
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan dalam bekas kecuali putih telur.
2.Perasakan dengan garam.
3.Bulat-bulatkan.
4.Celupkan dalam putih telur.
5.Goreng dalam minyak panas hingga masak.
6.Sedia dihidangkan
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
- 15 tangkai cili padi
- 6 ulas bawang putih
- 1/2 cawan kicap manis
- secubit garam
- 2 biji limau kasturi
Cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur.
2.Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam.
3.Kisar halus.
4.Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi.
Soto ni dimakan bersama nasi himpit,taugeh, ayam yang di siat-siat halus,daun sup dan daun bawang dihiris,kacang goreng,bawang goreng,bergedil dan sambal kicap
Kredit: Rozelkitchen
https://www.rasa.my/14-aneka-resipi-sahur-yang-mudah-cepat/
Resipi Kuih Akok Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa
Nampak Sedap & Berlumut Cantik Je Agar-agar Pandan Santan Ni, Jom Cuba Buat

