Resipi Langkah Demi Langkah Cara-Cara Menghasilkan Solok Lada. Mudah Je Rupanya.

Share

Solok lada adalah salah satu dari lauk sayuran Kelantan yang sering kita lihat jika membeli nasi kerabu. Lada ataau cili besar yang diisi dengan dengan isi ikan dan kelapa.

SOLOK LADA

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji cili/lada hijau
  • 7 ekor ikan selayang/sardin
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 biji bawang merah besar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar kelapa goreng( optional )
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 5 sudu besar santan pekat
  • RM2 kelapa putih

 

CARA MEMASAK:

1.  Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja Ketepikan.

2.  Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.

 

3.  Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.

 

4.  Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.

 

5.  Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.

 

6.  Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bejkas kukusan dan jika mahu rebus, susun di dalam periuk. Anggaran masa memasak ialah 10-15 minit ( kukus) dan 5-10 minit ( rebus).

7.  Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Noor Syazwanie Aziz

Published by
Zera Naim