
Lasagna merupakan makanan masakan Itali, namun ianya kini digemari oleh semua. Rupanya, ada cara buat lasagna yang sangat senang menggunakan roti.


LASAGNA ROTI
BAHAN-BAHAN:
- 12 keping roti
- 3 biji telur
- 200 ml susu segar
- 8 keping keju
- 1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
- 1 cekak daun sup
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 4 sudu besar sos lada hitam
- 4 sudu besar sos tomato
- 300 gram daging cincang
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 1 cubit garam dan gula
CARA MENEYDIAKAN:
Inti Daging
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
- Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
- Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan daun sup dan cili merah.
- Masak sehingga daging masak dan kering.
- Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.
Lasagna Roti
- Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
- Pukul telur dan susu sehingga sebati.
- Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
- Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
- Susun kepingan keju ke atas daging.
- Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
- Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
- Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
- Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
Kredit: Mimie Ali
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Roti Unyil Jadi Inspirasi Niaga moreish_official

Siapa sangka pengalamannya menikmati roti unyil semasa melancong ke Indonesia akhirnya menjadi idea dan inspirasi untuk Zaiton Sulaiman menjadikannya sebagai idea perniagaan. Unyil bermaksud kecil dan comel, roti ini mudah dimakan dan dibawa bekal ke mana-mana. Bermula lapan bulan lalu di instagramnya moreish_official dia kini menjual produk roti unyil ‘homemade’ yang segar, bersih, halal dan selamat ‘halalan toyibban’.

.
Zaiton memilih nama moreish kerana ia membawa maksud “so pleasant to eat that one wants more’, roti unyil yang sedap tu pastinya membuatkan ia ingin dinikmati lagi oleh pelanggan.

Zaiton Sulaiman.
Roti unyil didatangkan dengan 15 rasa iaitu dengan topping dan inti seperti chicken floss, telur masin, kacang dhall, durian lempuk kacang merah, kelapa dan lain-lain dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap satu seberat 10gm dan saiznya yang kecil memudahkan ia menjadi kudapan yang senang dimakan di mana-mana. Rasanya yang sedap, gebu dan lembut menjadi tarikan pelanggan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

.
Menurut Zaiton dia mempelajari cara membuat roti unyil dengan menghadiri kelas masakan roti ini di Jakarta, Indonesia. Zaiton mengusahakannya dari rumah bersama tiga orang pekerja. Walaupun ada pembantu, tetapi tepung ‘pre mix’ dilakukan olehnya sendiridan tempahan boleh dibuat melalui instagram dan facebook.

.
Tempoh hayat roti ini adalah lima hari dan buat masa ini tempahan diambil untuk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Juga tempahan untuk Johor Bahru. Selain dari roti unyil zaiton juga membuat talam suji, bahulu gulung, kuih tart dan juga biskut kacang pis.

.
Cita-cita Zaiton agar moreish bakal berkembang maju dengan mempunyai rantaian kafe di seluruh negara.
INFO ONLINE :
NAMA : Zaiton Sulaiman
ALAMAT : Taman Suria Tropika, Seri Kembangan, Selangor
IG : moreish_official, FB : moreish_official
Koleksi Resipi Cucur Viral Yang Popular, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

Resipi Cucur Viral yang mudah dan sedap, makanan yang amat mudah untuk disediakan ini tetapi pada masa yang sama sangat lazat untuk dihidangkan bersama minuman panas. Sesuai disajikan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR KEMBONG MANIS

Bahan-Bahan:
- *2cwn tepung gandum
- *1sudu besar yis kering(saf instant)
- *3sudu besar susu pekat
- *3sudu besar gula(suka manis blh tambah lg)
- *secubit garam
- *air secukup nya(air putih biasa)
Cara Memasak:
- *campur semua bahan.gaul sebati.adunan x cair x pekat sedang2 mcm cucur biasa tu tutup dan rehat kan 1 Jam.
- lepas 1 jam blh la goreng. Selamatmencuba semua.resepi senang,mudah,cpt,sedap
Kredit resipi: Salmah Saad
RESIPI CEKODOK STICK

Bahan-Bahan:
- 2 cawan air*
- 1 ketul kiub pati ayam*
- 2 sudu besar minyak masak*
- 1 sudu kecil maggi cukup rasa*
- sedikit serbuk kunyit*
- 2 cawan tepung gandum
Bahan2 di bawah ni didadu halus ye
- 1 batang sosej
- 1 pokok daun sup
- 3 tangkai cili kering ( dibuang biji)
- 2 hiris carrot
- 2 biji bawang merah
Cara Memasak:
- Masukkan bahan yg Bertanda(*)ke dlm periuk…
- Masak sehingga mendidih..
- Kemudian masukkan tepung gandum,kacau dgn senduk kayu..nmpk adunan berketul2..tutup api
- Sambung kacau lagi,sehingga adunan jadi doh..( Ala2 macam nk buat creampuff gitu)
- Keluarkan doh cekodok td,masukkan dlm bekas lain..
- Gaul dgn bahan2 yg di dadu..gaul sebati ( agak liat sedikit ye) gaul ala kadar je…doh dah suam2,boleh pegang dgn tgn boleh uli sekejap nk bg bahan2 dadu masuk dlm doh je..
- Bulat2kan doh kpd 3 bahagian..(nk buat bentuk 4 segi pun boleh)
- Sediakan alas utk nk gelek adunan..& sekeping plastik utk alas bahagian atas doh..
- Ambil seketul doh,lapik plastik atas doh..gelek sehingga leper..( jangan nipis sangat)
- Potong & kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segiempat
- Potong memanjang,kemudian gentel @ gelek dgn kedua2 belah jari,sehingga jadi macam keropok lekor..
- Ulang sehingga doh habis
- Panaskan minyak yg banyak di dlm kuali,
- Apabila minyak dah betul2 panas..goreng sehingga masak
- Toskan minyak,sedia dimakan..
Kongsi resipi: Azni Achik
RESIPI CEKODOK PISANG RANGUP

Bahan-Bahan:
- 500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam halus
- 2 sudu besar gula
Cara Penyediaan:
- Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul
- Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
- Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
- Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
- Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.
- Angkat dan hidangkan.
Tips:
- Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedap
Kredit resipi: Che’ Nom
RESIPI CUCUR IKAN BILIS LEMBUT

Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- Segenggam ikan bilis – belah 2 kalau besar
- 1 ikat daun kucai – potong pendek
- 3/4 cawan bawang besar Holland – potong dadu
- 1 biji cili merah dipotong kecil – tak letak
- 1/4 sudu kecil soda bikarbanat
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- Secubit serbuk kunyit
- 1/2 cawan air panas mendidih
- 1 1/2 cawan air biasa – lebih kurang 250 ml
Cara Memasak:
- Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya.
- Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik.
- Panaskan minyak dan setelah minyak benar benar panas, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan tos.
- Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.
Koleksi resipi: Azie Kitchen
RESIPI CUCUR SAYUR RANGUP

Bahan A:
- 1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
- 1 sudu kecil baiking powder *
- 1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
- 1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
- 1 sudu besar minyak masak*
- 1 biji telor ayam *
- Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata
Bahan B:
- 1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
- 1 cawan karet yang dihiris halus
- 1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
- 1 biji bawang besar yg dihiris halus
- 1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
- Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
- 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair
Pilihan Lain:
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
ATAU
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan
CARA MEMASAK:
- Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
- Gaul rata supaya menjadi sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik
masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi pilihan anda rasa tahap kesedapan anda - Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit barulah digoreng
Kredit resipi: cahayahidupku2569.blogspot.com
RESIPI CUCUR UDANG JAGUNG

Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 6 sudu besar tepung beras
- 2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
- 15 ekor udang
- 1/2 cawan isi jagung atau lebih
- 1 cawan tauge
- 1/2 cawan daun kucai
- 1 ulas bawang besar – dipotong dadu kecil
- Sedikit gula (saya suka bagi manis sedikit)
- Sedikit garam
Cara Memasak:
- Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
- Goreng (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili
Kredit resipi: enyabdullah
Resipi Roti Vienna Sesuai Buat Sandwic Ala Subway

Siapa sahaja yang tidak menggemari roti. Kalau nak mudah ada yang suka membeli dan tak kurang juga yang minatnya suka membuat roti. Macam-macam roti dah kita cuba jom hari ni kita belajar buat roti Vienna ikut resipi Chef Ritz.
Mengikut sejarah, roti ini berasal dari negara Austria yang terletak di Eropah tengah. Sesuai dijadikan hidangan sandwic ala subway. Bila dah siap rotinya bolehlah letakkan smoked salmon, susun salad, sedikit mayonis. Fuhhh… Memang terangkat. Boleh hias ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.
ROTI VIENNA
Bahan-bahan:
500g tepung pastry , T45
300g air
30g tepung susu
10g garam
30g gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
8g yis kering-BELI ONLINE DI SINI
100g butter (unsalted)
*optional, kalau nak tambahkan bread improver, boleh masukkan 5g (1%) dalam formulasi.
Cara membuat:
- Masukkan semua bahan kering dan cecair ke dalam mixer dan uli pada kelajuan perlahan.
- Selepas doh terbentuk, masukkan butter dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh ‘fully developed’.
- Rehatkan doh selama 30 minit di dalam chiller.
- Pindahkan ke atas meja dan bahagian doh kepada 8 bahagian. Berat lebih kurang 120g sebiji.
- Leperkan doh dengan menggunakan rolling pin.
- Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas. Doh bentuk oval panjang.
- Letakkan di atas dulang baguette. (roti ni disyorkan menggunakan dulang baguette)

Sebelum.
- Kelar roti seperti gambar di bawah
- Biarkan doh kembang 2 kali ganda. lebih kurang 1 jam.
- Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 180-200 darjah selsius selama 13-15 minit. (bergantung pada oven masing-masing).

Kredit: ritzthebaker.com

