Makan

Resipi Lasagna Terung, Makan Panas-Panas Memang Sedap

Share

Siapa sangka terung pun boleh dijadikan Lasagna Terung dan rasanya memang sedap. Tak jauh beza dengan Lasagna biasa kita makan tu. Bertambah enak bila dimakan panas-panas. Nak lagi padu, gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Bila tarik tu, memang wow! Jom cuba nanti.

LASAGNA TERUNG

Bahan-bahan:

  • 2 batang terung | saiz sederhana
  • 1 tin puri tomato
  • 200gm daging kisar
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
  • 12 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
  • 150gm keju Perfect Italiano Perfect Bakes
  • 150gm keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 4 ulas bawang putih | kisar kering
  • 2 biji bawang merah | kisar kering
  • 1 cawan air
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Parsli kering | hiasan

 

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daging kisar, mixed herbs dan puri tomato hingga sebati.
  2. Masukkan air dan perasakan dengan garam, serbuk perasa serta gula. Ketepikan.
  3. Potong nipis terung dan goreng hingga layu. Jangan terlalu lama untuk elak hancur.
  4. Di dalam bekas, layerkan terung, daging kisar, keju Anchor Cheddar Cheese Slices
    dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Selang seli kan hingga menjadi dua lapisan.
  5. Akhir sekali, taburkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes lalu taburkan parsli kering untuk hiasan.
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 10 minit atau hingga perang.
  7. Siap!

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma