Siapa yang suka makan ayam, gerenti perlukan resipi yang berasaskan ayam. Harini admin nak kongsi resipi ayam untuk seminggu! Antara resipi yang akan dikongsikan adalah Ayam Grill, Ayam Percik, Ayam Goreng Ala KFC, Ayam Kicap 3 Budak Gemuk, Ayam Panggang Ala Dominos, Ayam Masak Merah, dan Ayam Goreng Cili Kering. Semua resipi ni sangat mudah disediakan. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba koleksi resipi ayam untuk seminggu ni.
Bestnya kalau ada set pinggan baru kat rumah ni macam set Corelle Fairy Flora 17pcs Dinnerwareni design premium pula tu! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5DISINI!
AYAM GRILL
BAHAN-BAHAN:
Bahan A 4 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1 kiub ayam knorr 2 sudu serbuk lada hitam 1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je. 1 sudu teh garam 1 sudu makan gula 100ml air SEMUA BAHAN DI ATAS KITA KISARKAN DIA
Bahan B sudu madu 3 sudu butter 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
CARA PENYEDIAAN:
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai. Gaulkan semua bahan-bahan bersama ayam & boleh perap selama 3 jam.. Kemudian boleh dibakar.
BAHAN-BAHAN KUAH:
1 biji bawang merah/besar 2 labu bawang putih 10 tangkai lada kering/ikut kepedasan (direbus & dikisar) 1 inci halia 1/2 sudu serbuk kunyit 2 batang serai 1/4 kotak santan Gula melaka (ikut citarasa) 2 sudu sos cili Gula, garam & perasa
CARA PENYEDIAAN KUAH:
Kisar bawang merah, bawang putih, halia & serai ditumis sehingga naik minyak. Kemudian masukkan lada yang dikisar & serbuk kunyit ditumis sehingga lada betul-betul masak.. Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah. Masukkan 1/4 kotak santan, 3 sudu sos cili.. Biar sehingga mendidih. Masukkan gula 3 sudu ( ikut citarasa), garam & perasa. Kebiasaan kuah mesti manis baru sedap dimakan bersama ayam yang sudah dibakar.
TIPS NAK LAGI SEDAP, AYAM YANG DIBAKAR MENGGUNAKAN ARANG DICELUP PANAS-PANAS KE DALAM KUAH PERCIK UNTUK MENDAPATKAN KUAH YANG ENAK!
AYAM GORENG ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
Bahan A 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 6 sudu tepung beras 4 sudu serbuk cili babas 1 kiub pati ayam Gaul semua bahan di atas bagi sebati
Bahan B 5 biji telur 2 sudu besar magi cukup rasa 1 sudu serbuk jintan manis 1 sudu serbuk lada hitam Kacau sebati..lepas tu masukkan 5 6 sudu bahan A bagi jadi pekat supaya boleh salut ayam
Ads
Bahan c Seekor ayam potong seketul2..gaul dengan garam halus
CARA PENYEDIAAN:
Celup ayam dalam bahan B..lepas tu salut dengan bahan A dan goreng dalam minyak yang banyak (tenggelam semua ayam) sampai masak elok.
AYAM KICAP 3 BUDAK GEMUK
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 4 biji cili padi 3 tangkai daun kari Setengah ekor ayam (dipotong kecil) Garam dan serbuk kunyit 2 sudu besar sos tiram 1 cawan kicap lemak manis JALEN Minyak untuk menggoreng ayam.
CARA PENYEDIAAN:
Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Perap selama 15 hingga 30 minit. Goreng hingga separuh masak. Angkat. Ceduk minyak hingga tinggalkan setengah cawan di dalam kuali tadi.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumiskan d2ngan lebihan minyak tadi.
Masukkan daun kari. Tumis hingga naik bau.
Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Agak pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata.
Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan enak dimakan bersama sambal belacan dan ulam pilihan anda..hmmmm sedapppp…
AYAM PANGGANG ALA DOMINOS
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ayam (1kg drumsticks atau mana mana bahagian yang suka) 2 susu besar butter/marjerin 1 labu bawang putih (tumbuk) 1 sudu besar lada hitam (tumbuk) 1 sudu besar serbuk cili/cili kisar 2 sudu besar madu 5 sudu besar sos tiram 5 sudu besar sos cili 5 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil garam 2 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan semua bahan kecuali ayam Masak dalam 5-10 minit sehingga butter/ marjerin cair. Tambah sikit minyak masak masa lumur atau gaul bahan perapan pada ayam. Perap selama 1-2 jam, lagi lama lagi sedap Bakar dalam airfryer 180°C 15minit, boleh sesuaikan ikut airfryer memasing ye
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
Ayam (potong 14). Serbuk kunyit Garam halus Minyak masak secukupnya Lada mesin (5 senduk) Sos tiram (3 sudu makan) Sos tomato (2 sudu makan) Sos cili (2 sudu makan) Gula melaka (1/2 ketol) Kerisik-(2 sudu makan) Serai-3 batang (ketok) Halia-(3 inci) blend Bawang merah kecil (15 biji) kisar Bawang putih (12 biji) blend Bawang besar (2 biji) hiris masuk last Air putih 2 cawan teh 2 kiub ayam 3 sekawan (Tumis) Serbuk perasa (saya tak guna) Gula pasir (agak2)
Cuci ayam bersih-bersih ,lumurkan dengan kunyit dan garam(panaskan minyak dan goreng Ayam) Jangan garing-garing sangat ye nanti ayam keras
Cedok minyak dari gorengan ayam tadi dalam 2 senduk, tumis 3 sekawan, bawang merah, putih dan halia tumis sampai warna kekuningan sikit.
Masukkan lada mesin, kacau sampai terbit minyak masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kerisik, gula melaka, kiub ayam. Masukkan air sikit demi sedikit (api perlahan).
Bila dah terbit minyak masukkan serai, garam, gula dan masukkan ayam…. Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dah dihiris.
Tutup api dan taburkan bahan-bahan untuk hiasan… Kalau takda pun takpe.
Ads
AYAM GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Dada ayam potong dadu (atau bahagian isi) 5 sudu besar atau lebih tepung jagung 1 sudu besar sos tiram Sedikit lada sulah Gaul dengan ayam.. Saya tak guna Saya gaulkan dengan tepung bestari dan perap 15 minit.. Kemudian goreng
BAHAN-BAHAN LAIN:
Segenggam cili kering, jangan potong ye 4 ulas bawang putih dicincang halus 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar kicap manis 1/2 cawan air 2 batang daun bawang (potong 1 1/2 inci) Capsicum hijau dipotong kiub Bawang besar dimayang
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak dalam 4 sudu besar
Tumiskan bawang putih sehingga sedikit kuning
Masukkan cili kering, goreng sekejap, masukkan sos cili, kicap manis, dan air.
Renehkan sekejap, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, bawang besar, capsicum hijau dan 2 sudu besar secukup rasa maggi
1/4 sudu teh garam ..siappp.. Taburkan daun bawang.
SELAMAT MENCUBA!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Asyik makan kuih muih yang manis je kan? Apa kata kita tukar kepada kuih muih yang pedas pula untuk dijadikan hidangan minum petang. Untuk sarapan pun boleh juga dimakan. Ini antara koleksi resipi yang boleh anda cuba. Gerenti tidak menghampakan.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
75 gm tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan
2 sudu makan mentega | dicairkan
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Secubit garam
Bahan Inti:
100gm daging cincang
1 biji bawang besar | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
2 keping hirisan halia | dicincang
1 biji cili merah | dibuang biji dan dadu kecil
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh cili kisar
1/2 sudu teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup | dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Sediakan inti terlebih dahulu, panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar dan sos tomato. Kacau rata.
Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air.
Sementara itu, masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata.
Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.
Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam dan secukupnya.
Akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.
Untuk adunan tepung, ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Tambah garam, mentega yang dicairkan dan pewarna kuning. Kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan.
Panaskan acuan, guna api dapur paling kecil. Sapukan setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak.
Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi.
Tabur atasnya baki cili merah dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak.
Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap.
2. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN:
250 gram keledek | direbus dan lenyek
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Inti:
½ biji kelapa parut
100gm udang kering | direndam dan dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
7 biji cili merah | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata. Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos.
3. KARIPAP SARDIN
BAHAN-BAHAN:
Doh:
500gm tepung gandum
2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu
Air secukupnya
Secubit garam
Inti:
1 tin sardin saiz sederhana
1 labu bawang besar | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dicincang halus
3 biji ubi kentang | dipotong dadu
3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu besar serbuk kari
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikan dan asingkan kuahnya.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu.
Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan kacau perlahan sehingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar, kemudian perasakan dengan gara dan gula.
Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu.
Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.
Apabila kentang empuk, masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar tadi.
Setelah kering air dan cukup rasa, angkat dan sejukkan.
Untuk membuat doh, masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.
Kemudian diikuti minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.
Kacau dengan senduk kayu semasa minyak masih panas.
Masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan.
Bulat-bulatkan doh, kemudian canai dan masukkan inti dan klim tepinya.
Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
4. KUIH BAKAR BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Inti:
200 gm daging kisar
2 sudu besar rempah kari daging
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering
Sedikit daun bawang | dihiris halus
Sedikit daun sup | dihiris halus
2 biji cili merah | dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Bater:
2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 biji telur
Pewarna kuning
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
Udang kering dikisar kasar.
Seterusnya, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecah
Masukkan daging kisar.
Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
Setelah siap, angkat dan ketepikan dulu.
Kemudian sediakan adunan tepung. Pukul telur bersama garam.
Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
Kalau berketul-ketul, tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
Seterusnya panaskan acuan kuih bakar, kemudian sapukan sedikit minyak.
Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
Diikuti dengan masukkan inti daging dan letakkan cili potong dan taburkan daun sup, daun bawang.
Bakar menggunakan ketuhar atau atas dapur biasa tetapi tutup atasnya dengan penutup periuk.
Setelah masak, biarkan sejuk baru keluarkan dari acuan.
5. POPIA BASAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam
Bahan Inti:
1/2 biji kobis | dihiris halus
2 batang lobak merah | diparut halus
1 biji bawang besar | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Sambal:
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu makan gula perang
2 sudu makan kicap manis
Minyak masak untuk menumis
Ggaram, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang tanah | dikisar
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kulit popia; campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan. Kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2 jam.
Tuang sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper.
Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
Setelah rata, biarkan sampai kulit masak sebentar. Angkat kulit yang telah masak dan letakkan dalam pinggan.
Untuk membuat inti; kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Seterusnya untuk membuat sos.
Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
Letak satu sudu makan inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
6. POPIA OTAK-OTAK
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia segera:
300 gm isi ikan tenggiri
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
3 sudu kecil santan pekat
1 sudu kecil jus lima
1 helai daun kunyit | dihiris halus
2 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
3cm halia
3cm kunyit
3cm lengkuas
2 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Mulakan dengan menyediakan otak-otak.
Satukan isi ikan tenggiri bersama bahan kisar halus.
Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Gaul sebati dan ketepikan.
Seterusnya, ambil kulit popia.
Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
Hidangkan ketika ia masih panas.
7. POPIA GORENG BERSIRA PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
2 sudu makan bijan | disangai
½ biji sengkuang | diparut halus
1 batang lobak merah | diparut halus
Sedikit kobis | dihiris halus
2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
2 sudu makan taucu | dikisar kasar
Sedikit taugeh | dibuang ekor
2 sudu makan udang kering
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sambal:
2 sudu makan cili kisar
1sudu makan bawang merah kisar
1 sudu teh bawang putih kisar
2 sudu besar sos cili
Sedikit air asam jawa
Gula atau gula putih
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, tumis bawang besar, masukkan sos tiram. Tumis hingga naik bau.
Masukkan udang kering, kacau rata. Masukkan bahan sayuran, kemudian perasakan dengan garam dan gula.
Tutup api dan sejukkan.
Isi ke dalam kulit popia, lipat tepi, kemudian gulung dengan kemas.
Panaskan minyak, dan goreng hingga kekuningan.
Untuk sambal sira; panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi hingga pekat.
Akhir sekali masukkan popia sudah digoreng tadi. Kacau rata.
Tutup api dan taburkan bijan.
Siap untuk dihidangkan.
8. POPIA GORENG
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
1 batang lobak merah | diparut halus
1 biji sengkuang kecil | diparut halus
1 mangkuk kobis | dihiris halus
1 biji bawang besar | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan udang kering | dikisar kasar
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram. Tumis hingga naik bau.
Seterusnya masukkan udang kering, kacau rata.
Diikuti sengkuang, lobak merah dan kobis.
Perasakan dengan garam dan gula.
Tutup api dan sejukkan.
Isi ke dalam kulit popia, lipatkan tepi kiri dan kanan, kemudian gulung. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan menggunakan api sederhana.
Angkat dan toskan minyaknya.
9. PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut | direndam semalaman
1 liter santan cair
Secubit garam
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut
50gm udang kering | direndam dan dikisar
1 sudu makan serbuk jintan manis | disangai dan dikisar
1 sudu makan serbuk jintan putih | disangai dan dikisar
2 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
125gm cili boh
125ml air
Garam secukup rasa
Daun pisang
CARA MEMASAK:
Basuh beras pulut bersih dan tos airnya.
Kukus pulut setengah masak.
Kemudian curahkan campuran santan bersama garam di dalamnya dan gaul rata.
Kukus sekali lagi hingga masak.
Angkat dan ketepikan.
Untuk intinya; panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering dan biarkan seketika, baru masukkan cili boh.
Setelah betul-betul garing masukkan kelapa parut bersama sedikit air, garam, gula, serbuk jintan manis, jintan putih serta halia, lengkuas, serai dan kunyit.
Gaul rata, biarkan sedikit lembap. Angkat dan ketepikan.
Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyat dan letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.
Kemaskan bahagian hujung dengan lidi.
Akhir sekali panggang hingga masak dan garing.
10. PULUT SERUNDING KELAPA
BAHAN PULUT:
250 gm
150ml santan pekat
150ml air
1 sudu teh garam
BAHAN SERUNDING:
200gm kelapa parut | putih sahaja
2 sudu makan pes cili kering
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1-2 sudu makan udang kering | dikisar
1 batang serai |dikisar
Garam gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Basuh pulut, kemudian dan kukus hingga masak.
Sementara itu, campurkan kelapa inti dengan semua bahan yang telah dikisar serta pes cili kering.
Seterusnya masukkan garam dan gula. Gaul rata sehingga secukup rasa.
Panaskan sedikit minyak, goreng bahan inti sehingga menjadi serunding. Jangan terlalu garing.
Bila pulut sudah sejuk, kepal-kepalkan dan bentukkan ikut cita rasa.
Kemudian gaulkan dalam serunding.
Sedia dihidangkan.
11. BURGER MALAYSIA
BAHAN-BAHAN:
3cawan tepung gandum
3sudu makan gula halus
4sudu makan susu tepung
3sudu makan lemak sayur
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh instant yis
250ml air suam
Bahan Inti
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun secukupnya
CARA MEMAMASAK:
Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan satu sudu teh gula halus
Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuhan berbuih.
Sementara itu, masukkan tepung, baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
Tuang bancuhan yis dan gaul hingga sebati.
Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan.
Kemudian bentukkan doh seperti bebola sama besar.
Susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit.
Perap 35 – 45 minit atau hingga kembang.
Panaskan minyak, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan.
Setelah sejuk, belah dua dan sapu dengan sedikit sambal tumis dan letak sekeping hirisan timun.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA:
Apa istimewanya menu pencuci mulut ni. Tu dia gabungan puding, kek dengan topping karamel memang super sedap lah rasanya. Manis dan cair di mulut, ni dessert paling best dan cantik untuk disajikan tetamu.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah ini
KEK PUDING KARAMEL PELANGI
BAHAN A (KARAMEL) :
2 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
1. Dua (2) sudu besar gula pasir ditabur pada dasar dua (2) biji loyang bulat ukuran 8” dan letak atas dapur gas dengan api kecil. Biarkan gula cair dan bertukar warna perang dan ratakan.
2. Ketepikan dahulu loyang.
BAHAN B (PUDING):
6 biji kuning telor
1 tin susu cair / susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit esen warna kuning telor
CARA MEMBUAT :
1. Satukan susu cair, susu pekat manis, telor, esen vanilla dan esen warna kuning dan kacau dengan whisk hingga rata tetapi jangan sampai berbuih.
2. Tapiskan bahan B dan masukkan ke dalam loyang bahan A.
BAHAN C (KEK) :
3 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan makan gula castor
1/2 cawan air sejuk
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
Esen warna hijau, biru, pink, kuning telor atau apa2 warna yang digemari.
CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit2 dan putar lagi hingga rata.
4. Ketepikan dahulu adunan.
BAHAN D (MERINGUE):
6 biji putih telur
4 sudu besar gula castor
1 sudu teh cream of tartar
* Satukan putih telur, gula castor dan cream of tartar dan putar hingga berbuih dan putih telur betul2 kental. (Terbalikkan tak jatuh).
CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan D (meringue) dengan bahan C dan gaul hingga rata dan sebati dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.
2. Bahagikan adunan kepada empat (4) bahagian dan gaulkan dengan esen pewarna hijau, biru, pink dan kuning telor atau dengan apa2 warna yang digemari.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada bahan A dan B tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna pink, biru, hijau dan kuning telur hingga adunan habis.
4. Masukkan loyang kek ke dalam loyang berukuran lebih besar yang berisi dengan air panas. Bakar kek secara water bath.
5. Letakkan loyang di bahagian rak oven paling bawah sekali.
6. Bakar kek pada suhu 160 darjah selama 45 minit dengan api bawah sahaja. Tambah 15 minit lagi dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing2.
7. Bila kek telah masak biarkan dahulu dalam oven selama 10 minit baru keluarkan dan biarkan kek sejuk dahulu hingga kek lekang daripada loyang.
8. Tunggu kek sejuk baru terbalikkan loyang. Jika terbalikkan masa kek masih panas nanti karamel@puding akan pecah.
9. Terbalikkan loyang dan cepat2 lapkan lebihan air yang ada pada kek.
10. Sejukkan kek di dalam peti sejuk dahulu baru dihidangkan.
Selalunya petai kita buat sambal, rupanya boleh juga dibuat masak serunding. Menu serunding petai ini ‘rare’, kalau nak tahu rasa kenalah cuba masak sendiri. Resipinya dikongsi oleh Siti Yani.
Resipi serunding petai
Bahan-bahan:
Petai dibuang kulit & hiris kecil
Asam Keping
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Daun Kunyit
Bahan tumbuk:
2 batang serai
3 labu bawang besar
Belacan
Cabai kecik
Cabai besar
Ikan bilis
Cara membuat:
1. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Kemudian perasakan dengan asam keping garam, gula dan serbuk perasa.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.