Kehidupan seharian ada kala membuatkan kita dah penat nak memasak. Jangan risau, RASA kongsikan resipi lauk yang simple tapi sedap nak dimakan. Balik ke rumah selepas seharian bekerja, memang meletihkan. Nak masak macam-macam memang tak sempat. Nak senang, masak je sotong macam ni. Settle makan malam.
SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH
.
BAHAN-BAHAN
• 3 ekor sotong sederhana besar
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• Minyak masak untuk menumis
• 1 biji bawang besar (dipotong nipis membulat)
• 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
• 10 biji cili padi (diketuk)
• 1 sudu besar sos tiram
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
• Sedikit air
• 1 sudu besar kicap lemak manis
Ads
CARA MEMBUAT
1. Siang sotong, buangkan kulitnya. Bersihkan dakwat, mulut dan matanya. Kemudian potong kecil membulat, bersih dan toskan.
2. Sediakan sotong. Gaulkan bersama garam dan kunyit, perap dan ketepikan sebentar.
3. Sediakan bahan-bahan lainnya.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Anggaran 3 sudu besar. Masukkan sotong yang telah diperapkan tadi. Kacaukan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi. Gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam. Kacau.
7. Tuangkan sedikit air dan masukkan juga kicap lemak manis. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
8. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.
Aneka resipi mudah dan sedap ni sedikit sebanyak boleh membantu kamu yang sering buntu tak tau nak masak apa. Kering idea dibuatnya jika setiap hari menghadap dapur dan bahan dalam peti ais, kadang-kadang tu lama jugak termenung kan…
5 resipi dari koleksi RASA sedia berkongsi dengan kamu dan yang pastinya resepi ini gerenti jadi! Cubalah…
1. SOTONG GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersihkan dan sumbatkan sesunggutnya dalam badan
1 biji bawang besar Holland | hiris
2 ulas bawang putih | cincang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris bulat
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
Sedikit air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukupnya
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan sotong, kacau rata sehingga sotong kecut.
Masukkan air asam, kicap pekat manis, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala, kacau 1-2 minit lagi.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Guna sotong bersaiz sederhana besar untuk hasil masakan yang enak.
2. SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
250gm daging cincang
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
2 sudu makan pes cili kisar
1/2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging kisar, kacau hingga daging berubah warna.
Masukkan hirisan cili benggala, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak , tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF : Boleh guna daging lembu sedia kisar atau daging lembu yang dikisar sendiri.
3. UDANG ASAM JAWA
BAHAN-BAHAN:
300gm udang | buang sesunggut dan segala kotoran, cuci dan tos
1 biji bawang Holland | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia | hiris
5 biji cili padi | hiris
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu makan sos tiram
1 sudu the serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia serta cili hingga wangi.
2. Masukkan udang, kacau rata sehingga udang bertukar warna kemerahan.
3. Masukkan air asam jawa, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
4. Bila sudah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF : Sebaiknya, udang dimasak bersama-sama dengan kulit kerana ia menjadikan hidangan lebih enak serta terasa kemanisan air udang.
4. AYAM MENTEGA SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam | potong dadu
2 sudu makan mentega
1/2 cawan susu segar
1 sudu makan cili benggala | cincang
3 biji chili padi | cincang
1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai
2 keping mentega | carik-carikkan
1/2 sudu teh perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng\
Bahan Perap:
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kari
1 telur
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumis cili, daun kari sehingga wangi.
Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih dan masukkan keju.
Seterusnya perasakan dengan garam, serbuk perasa ayam dan sedikit gula jika suka.
Masukkan ayam yang telah digoreng, kacau rata.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Menu mudah serta sedap. Jika kurang menggemari ayam, boleh digantikan denagn sotong, kepah atau ketam. Memang terbaik.
5. SARDIN GORENG KICAP BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1 tin sederhana Ikan sardin
2 susu makan kicap manis
1 biji kentang
1/2 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu pes cili kering
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan kentang kacau hingga kentang separuh masak.
Seterusnya masukkan sardin, kacau rata.
Masukkan kicap, hirisan cili dan daun bawang.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali masukkan bawang Holland, kacau hingga bawang layu.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Sebaiknya guna kicap lemak manis. Jika guna kicap masin, abaikan penggunaan garam.
Nak koleksi masakan yang berasaskan kicap manis?… boleh lah klik sini.
Nampak mudah tapi kalau tidak kena gaya boleh tidah menjadi seperti bihun terkembang, terkeras atau masak tidak sekata. Rahsia resipi ini ada meletak sedikit cuka untuk bihun masih anjal.
BIHUN GORENG
Sebungkus Bihun ( rendam dgn air sejuk selama 3 jam)
Sebiji bawang besar
Segenggam cili/cabai kering-dikisar halus
7-8 ulas bawang putih tumbuk
2 biji telur di buat dadar nipis, di gulong dan hiris halus.
2 sudu makan kicap
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
2 kiub perasa
1 sudu makan cuka makan
3 biji telor
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sebelah dada ayam-di potong dadu
10 ekor udang
4 ekor sotong – dipotong
1/2 paket mix vegetables – boleh tukar sayur yahg ada seperti sawi, taugeh, tahu goreng, fish balldan lain-lain.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan bawang yang telah dikisar.
3. Selepas itu masukkan kicap, sos cili, sos tomato, sos ikan dan cuka. Tumis hingga masak.
4. Kemudian masukkan udang, sotong dan ayam. Perasakn dengan garam.
5. Tambahkan satu cawan air. Masak seketika dan masukkan lada hitam.
6. Masukkan bihun dan kacau sebati dengan bahan tumisan.
7. Masukkan sayur pilihan anda.
8. Pecahkan tiga biji telur ditepi kuali. Kacau bihun dengan telur.
Orang utara bila makan mesti ada sambal belacan. Malas nak tumbuk boleh kisar dan buat stok macam cara ni. Mudah dah buat sebalang cedok saja bila-bila masa nak makan.Boleh ikut resipi ni cara membuatnya.
Sambal Belacan Kisar
Bahan-bahan:
Cili hidup
Cili padi
Belacan
Air asam jawa (perah guna air masak suam)
Air perahan limau kasturi(7/9 biji)
2 biji limau kasturi (buang biji,hiris sekali dengan kulit)
Gula
Garam kasar
Cara membuat:
1.Masukkan cili hidup,cili padi,belacan, air asam jawa,air perahan limau kasturi,limau kasturi yang dihiris,gula dan garam kasar.Kisar on off.Agak-agak sedikit lumat ja.Kisar jangan terlalu lama.
*Lagi satu sambal belacan ni boleh buat rencah nasi goreng.Panaskan minyak. Tumis bawang putih.Agak naik bau letak sambal belacan 2 sudu, isi ikan goreng .Gaul hingga sebati. Pecahkan sebiji telur biar sekejap baru kacau. Telur dah sedikit masak masukkan nasi sejuk. Gaul-gaul hingga sebati. Masukkan sayur jika suka. Masukkan secukup rasa. Gaul lagi. Dah cukup rasa semua. Tutup api. Siap.