Resipi Lauk Sotong Goreng Kunyit Berkuah Untuk Yang Sibuk

Share

 

 

Kehidupan seharian ada kala membuatkan kita dah penat nak memasak. Jangan risau, RASA kongsikan resipi lauk yang simple tapi sedap nak dimakan. Balik ke rumah selepas seharian bekerja, memang meletihkan. Nak masak macam-macam memang tak sempat. Nak senang, masak je sotong macam ni. Settle makan malam.

SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH


.

BAHAN-BAHAN
• 3 ekor sotong sederhana besar
• 1 sudu kecil garam
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• Minyak masak untuk menumis
• 1 biji bawang besar (dipotong nipis membulat)
• 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
• 10 biji cili padi (diketuk)
• 1 sudu besar sos tiram
• 1/2 kiub pati ayam
• 1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
• Sedikit air
• 1 sudu besar kicap lemak manis

CARA MEMBUAT
1. Siang sotong, buangkan kulitnya. Bersihkan dakwat, mulut dan matanya. Kemudian potong kecil membulat, bersih dan toskan.
2. Sediakan sotong. Gaulkan bersama garam dan kunyit, perap dan ketepikan sebentar.
3. Sediakan bahan-bahan lainnya.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali. Anggaran 3 sudu besar. Masukkan sotong yang telah diperapkan tadi. Kacaukan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi. Gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam. Kacau.
7. Tuangkan sedikit air dan masukkan juga kicap lemak manis. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
8. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Resipi Oleh Asyraf dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas