Aneka resipi mudah dan sedap ni sedikit sebanyak boleh membantu kamu yang sering buntu tak tau nak masak apa. Kering idea dibuatnya jika setiap hari menghadap dapur dan bahan dalam peti ais, kadang-kadang tu lama jugak termenung kan…

5 resipi dari koleksi RASA sedia berkongsi dengan kamu dan yang pastinya resepi ini gerenti jadi! Cubalah…

 

Resipi Lauk Yang Popular & Mudah Disediakan. Cubalah Gerenti Jadi!

1. SOTONG GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong |  bersihkan dan sumbatkan sesunggutnya dalam badan
  • 1 biji bawang besar Holland | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2cm halia | hiris memanjang
  • 1 batang serai | hiris bulat
  • Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  2.  Masukkan sotong, kacau rata sehingga sotong kecut.
  3.  Masukkan air asam, kicap pekat manis, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  4.   Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala, kacau 1-2 minit lagi.
  5.  Tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF : Guna sotong bersaiz sederhana besar untuk hasil masakan yang enak.

 

Ads

Resipi Lauk Yang Popular & Mudah Disediakan. Cubalah Gerenti Jadi!

2. SAMBAL DAGING KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
  • 2 sudu makan pes cili kisar
  • 1/2 sudu makan  sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging kisar, kacau hingga daging berubah warna.
  4. Masukkan hirisan cili benggala, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah timbul minyak , tutup api dan hidangkan.

INFO CHEF : Boleh guna daging lembu sedia kisar atau daging lembu yang dikisar sendiri.

 

Resipi Lauk Yang Popular & Mudah Disediakan. Cubalah Gerenti Jadi!

3. UDANG ASAM JAWA

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang  | buang sesunggut  dan segala kotoran, cuci dan tos
  • 1 biji bawang Holland | hiris
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 2cm halia | hiris
  • 5 biji cili padi | hiris
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu the serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih dan halia serta cili hingga wangi.
    2. Masukkan udang, kacau rata sehingga udang bertukar warna kemerahan.
    3. Masukkan air asam jawa, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
    4. Bila sudah masak, angkat dan hidangkan.

INFO CHEF : Sebaiknya, udang dimasak bersama-sama dengan kulit kerana ia menjadikan hidangan lebih enak serta terasa kemanisan air udang.

 

Resipi Lauk Yang Popular & Mudah Disediakan. Cubalah Gerenti Jadi!

4. AYAM MENTEGA SUSU

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 keping dada ayam  | potong dadu
  • 2 sudu makan mentega
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu makan cili benggala | cincang
  • 3 biji chili padi | cincang
  • 1 tangkai  daun kari | leraikan dari tangkai
  • 2 keping mentega | carik-carikkan
  • 1/2 sudu teh perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng\

Bahan Perap:

  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 telur

 

CARA MEMASAK:

  1.  Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan. Ketepikan.
  2.  Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3.  Menggunakan kuali lain, panaskan mentega, tumis cili, daun kari sehingga wangi.
  4.  Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih dan masukkan keju.
  5.  Seterusnya perasakan dengan garam, serbuk perasa ayam dan sedikit gula jika suka.
  6.  Masukkan ayam yang telah digoreng, kacau rata.
  7.  Angkat dan hidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF: Menu mudah serta sedap. Jika kurang menggemari ayam, boleh digantikan denagn sotong, kepah atau ketam. Memang terbaik.

 

Ads

Resipi Lauk Yang Popular & Mudah Disediakan. Cubalah Gerenti Jadi!

5. SARDIN GORENG KICAP BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sederhana Ikan sardin
  • 2 susu makan kicap manis
  • 1 biji kentang
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 3 sudu pes cili kering
  • 5 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan kentang kacau hingga kentang separuh masak.
  3. Seterusnya masukkan sardin, kacau rata.
  4. Masukkan kicap, hirisan cili dan daun bawang.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali masukkan bawang Holland, kacau hingga bawang layu.
  7. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Sebaiknya guna kicap lemak manis. Jika guna kicap masin, abaikan penggunaan garam.

 

Nak koleksi masakan yang berasaskan kicap manis?… boleh lah klik sini.

http://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-pauk-mudah-yang-boleh-masak-guna-kicap-manis/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI