Resipi Leek Goreng Bawang Putih Bersama Udang

Share

Pernah jumpa sayur ni di pasar tapi tak tahu nama dan cara masaknya? Kalau nak tahu, ni lah Leek.  Sedap jika dicampur dalam sup, kacau goreng dan sebagainya. Lepas ni kalau jumpa sayur ni di pasar, bolehlah beli dan masak. Sedap!

 

 

LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang leek | dihiris serong
  • 10 ekor udang segar | dibersihkan
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • 1 biji cili merah | dihiris serong
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili merah hingga wangi.
  2. Kemudian Masukkan udang. Goreng lagi hingga isi udang separa masak.
  3. Tambahkan kicap, sos tiram, gula, air dan sedikit garam jika perlu.
  4. Akhir sekali, masukkan leek. Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati.

 Info Chef:  Leek tidak perlu dimasak lama kerana ia akan menjadi terlalu lembik.

Published by
Nur