Tiada siapa yang boleh menolak apabila dihidangkan Lempeng Kelapa di depan mata. Selain mudah dimasak, ia juga sangat lembut dan sedap. Kali ini, kita cipta kelainan dengan menyediakan Lempeng Daging Berkeju. Lempeng diletakkan inti daging serta keju di dalamnya, digulung dan dipotong kecil. Makan panas-panas lagi sedap.
Lebih enak apabila apabila menggunakan Mentega Anchor dan Anchor Cheese Slices dalam Lempeng Daging Berkeju ni. Mentega Anchor hadir dengan warna keemasan semula jadi yang pastinya memberi rasa berkrim dan kaya pada hidangan kita.Manakala Anchor Cheese Slices yang digunakan dapat menambah rasa dalam hidangan. Kepingan keju yang kaya dengan protein dan kalsium ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah, pasti mereka suka.
LEMPENG DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN A:
- 8-10 keping Anchor Cheese Slices
- Anchor Unsalted Butter secukupnya
BAHAN-BAHAN B (LEMPENG):
- 360gram tepung gandum
- 200gram kelapa parut
- 500ml air
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung gandum, kelapa parut dan garam dalam mangkuk. Gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit lalu kacau hingga jadi bancuhan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.
- Cairkan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Tuang sesenduk bancuhan lempeng lalu masak hingga agak perang dikedua-dua bahagian. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN C (INTI DAGING):
- 300gram daging kisar
- 50gram Anchor Unsalted Butter
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan serbuk kari
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Tumis bawang cincang hingga wangi. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tambah sedikit air lalu tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging kisar dan sos tiram. Gaul sebati dan tumis beberapa minit hingga daging masak. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan.
- Ambil sekeping lempeng kelapa, letak 1-2 keping Anchor Cheese Slices. Sudukan inti daging lalu tutup atau gulung lempeng. Potong mengikut cita rasa.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official