Resipi Lempeng Kelapa, Rasanya Lemak Manis Sedap Sangat

Share

Resipi lepeng Kelapa atau lempeng nyor ini lemak manis dan sedap sangat rasanya.

Sedap kalau dimakan pada waktu petang atau waktu pagi. Gandingkan pula dengan kopi O panas atau teh O panas. Fuh! Memang ngam habis.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Lady Boss ini ye. 

Resipi Lempeng Kelapa, Lemak Manis Sedap Sangat

Bahan-bahan:


1/2 kg gandum – boleh beli online di sini

1 biji kelapa muda parut
Air kelapa/nyor muda
1senduk air garam
2 sudu makan gula – boleh beli online di sini

Sedikit air

Sedikit planta/mentega – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak Lempeng Kelapa:

Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas hingga sebati. Kalau pekat, boleh tambah air sejuk. Manakala kalau adunan terlebih cair, boleh tambah gandum.

Kemudian tambah garam secukupnya. Gaul lagi. Masukkan pula guna dan gaul sebati.Kalau yang suka rasa manis, boleh tambah gula lebih. Terpulang. Tapi, kalau banyakkan kelapa muda, rasa akan lebih sedap dan lemak ye.

Rehatkan adunan selama 1/2 jam barulah goreng. Ketika nak goreng, campurkan minyak dengan sedikit marjerin/planta sikit. Lagi sedap.

Adunan yang selebihnya,vboleh simpan dalam peti sejuk, mampu bertahan selama tiga hari. Kalau disejuk beku, boleh tahan selama setahun. Selamat mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa