Masa dahulu jika waktu-waktu pagi atau petang, lempenglah yang nenek kita masak. Sedap bukan main padahal bahan-bahan yang digunakan sangatlah ringkas. Ada yang nipis, ada yang tebal. Makan panas-panas memang membuka selera. Terasa nak makan Lempeng? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK LEMPENG LEGEND YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil mangkuk besar dan masukkan tepung gandum, air dan garam secukup rasa.
2. Jika risau garam berketul, boleh larutkan dalam air. Adun sebati hingga adunan tepung tidak berketul.
3. Jika suka, boleh satukan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
4. Ambil kuali dan oles sedikit minyak masak.
5. Tuang 1-2 senduk adunan lempeng. Ratakan.
6. Balik-balikkan adunan lempeng hingga masak dan keperangan.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati mengikut cita rasa masing-masing.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
Blender rosak? Dapatkan PENGISAR baru pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.
Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my
Resipi Daging Bakar Rimau Menangis Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Aiskrim Goreng Sedap Secara Homemade
Terasa nak makan aiskrim goreng? Kalau nak beli pun, susah jumpa gerai yang jual. Jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan sangat mudah malah lebih jimat. Boleh makan puas-puas! Jom cuba resipi perkongsian saudari Aisyah Azhar ni. Kalau tak habis, boleh juga bekukan dan nikmati bila-bila masa.
CARA BUAT AISKRIM GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Roti sandwic
- Aiskrim – perisa ikut kegemaran masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping roti dan sudukan aiskrim secukupnya. Letak di tengah-tengah. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.
2. Kemudian ambil cawan atau gelas dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Jika ada cookies cutter berbentuk bulat pun boleh juga guna.
3. Hasil roti yang telah ditekap. Jika ada lubang dekat tepi, tekan supaya roti tertutup kemas. Ia bagi mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu digoreng.
4. Simpan aiskrm yang telah ditekap tadi di dalam peti sejuk beku paling minimun 1 jam. Lebih lama lagi bagus.
5. Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan tunggu hingga minyak betul-betul panas.
6. Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan pantas kerana roti cepat garing.
7. Angkat dan toskan minyak. Nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Aisyah Azhar
5 Menu Ayam Ala Thai Paling Digemari Ramai.
Sebut saja masakan Thai ramai mengakui keenakannya. Dengan adunan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi kesukaan ramai orang Malaysia juga kerana sesuai dengan selera orang kita.Kalau korang penggemar masakan Thai dan ayam, ini RASA kongsikan lima menu ayam dimasak ala Thai yang sungguh enak dan korang boleh cuba ni.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 250ml santan pekat
- 250ml air
- 6 biji terung kampung | belah dua
- 1 biji bawang besar | kisar
- 4 biji bawang putih | kisar
- 3cm lengkuas | hiris dan kisar
- 3cm kunyit | hiris dan kisar
- 6 tangkai cili padi hijau | kisar
- 2 batang serai | hiris halus dan kisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 helai daun limau purut | carik
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
2.Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar.Bbiarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
3. Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat.
4. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
SALAD AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul isi dada ayam
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu teh sos Thai
- 300gm daun kubis | hiris halus
- 2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 batang timun | hiris halus
- 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
- 250gm kacang tanah goreng
- 1 biji cili merah | potong halus
- 4 biji cili padi |potong halus
- 1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
- 1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 pokok daun ketumbar |potong kasar
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
- 2 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan mentega kacang
- 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya
- 3 sudu teh cuka
- 4 sudu teh gula pasir
- 4 biji bawang putih | cincang
- 2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit.
- Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
- Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara.
- Goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati.
- Siap untuk dihidangkan.
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 5cm halia |hiris halus dan memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 4 biji cili padi | hiris
- 1 tangkai cili merah | hiris
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
- 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
- 2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh cuka atau secukup rasa
- 60ml air
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi.
- Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
- Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar. Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 4 biji bawang putih | kisar halus
- 1 biji bawang besar | kisar halus
- 3cm halia | kisar halus
- 3cm lengkuas | kisar halus
- 6 tangkai cili padi | kisar halus
- 2 batang serai dihiris halus | kisar halus
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Daun pandan secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
- Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
- Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
- Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
- Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
AYAM KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 4 biji bawang putih | dikisar
- 6 tangkai cili padi hijau | dikisar
- 4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya
- 4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk kari ayam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 2 keping asam gelugur
- 125ml santan pekat
- 250ml air
- 1 biji tomato | belah enam
- 1 biji bawang besar | belah empat
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar, biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak pekat.
- Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat.
- Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut.
- Tutupkan api. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.
Resipi Kek Sunquick Oren 5 Bahan. Guna Marjerin Je Tapi Sangat Gebu
Bagi penggemar Kek Sunquick Oren, resipi yang dikongsi oleh saudari Addarosa Rose Garden ni boleh anda cuba. Sangat mudah kerana tidak menggunakan banyak bahan. Hanya menggunakan 5 bahan yang sangat mudah didapati, kek homemade yang sangat gebu dan cair di mulut ini sedia untuk dihidang buat keluarga. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahannya.
KEK SUNQUICK OREN 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 170gm marjerin (empunya resipu guna marjerin pelangi) – beli online disini
- 115gm gula kastor / gula halus (ayak) – beli online disini
- 3 biji telur
- 160gm tepung kek/ tepung naik sendiri (ayak) – beli online disini
- 4 sudu makan pati oren sunquick
(Jika ada buah oren segar, sagat 1 biji untuk ambik kulitnya (orange zest)
CARA MEMASAK:
1.Pukul marjerin bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur. Pukul lagi hingga adunan sebati dan kembang.
3. Kemudian masukkan tepung dan juga patio ren. Sebatikan.
4. Ambil loyang dan oles dengan marjerin atau alas dengan kertas.
5. Tuang kek ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170-180C selama 1 jam atau hingga kek masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar dan ketebalan loyang.
6. Keluarkan kek dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidang.
Kredit resipi & foto: Addarosa Rose Garden
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Pastri Sedap & Mudah Boleh Cuba Buat Di Rumah
Asam Rebus Cili KeringTulang & Daging Sedap & Sihat, Ini Cara Masaknya.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official