Resipi Lempeng & Sambal Hijau Sedap. Sekali Cuba, Memang Puas Makan

Share

Lempeng memang enak. Lempeng Kelapa, Lempeng Tepung andai dimakan bersama aneka sambal seperti Sambal Hijau, memang membuka selera. Tak sedar dah makan berkeping-keping. Nak memasaknya pun mudah sahaja. Bagi anda yang terasa nak makan Lempeng bersama Sambal Hijau, bolehlah cuba resipi Lempeng Kelapa, lempeng Tepung dan Sambal Hijau perkongsian saudari Mariana Zainal ini. Nampak sangat membuka selera. Jom cuba!

 

RESIPI LEMPENG & SAMBAL HIJAU SEDAP

LEMPENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum beli online disini
2 3/4 cawan air (kalau pekat boleh tambah air sikit demi sedikit)
2 biji telur
1/2 sudu teh baking powder beli online disini


2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu teh garam
Sedikit gula

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan di atas. Kacau guna whisk atau spatula. Rehatkan adunan 5 minit sebelum dimasak.
2. Panaskan kuali tak melekat (non-stick pan) guna api sederhana perlahan.
3. Ambil 1 senduk adunan, masukkan ke dalam kuali dan lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap.
4. Bila sudah masak bahagian bawah terbalikkan dan biarkan lempeng betul-betul masak.

 

LEMPENG KELAPA

BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum 
2 biji telur
5 sudu makan kelapa (kalau letak lebih pun boleh tapi lebihkan air sedikit)
2 1/2 cawan air (kalau pekat boleh tambah air sikit demi sedikit)
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit garam (agak-agak sahaja)

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan di atas. Kacau guna whisk atau spatula. Rehatkan adunan 5 minit sebelum dimasak.
2. Panaskan kuali tak melekat (non-stick pan) guna api sederhana perlahan.
3. Ambil 1 senduk adunan, masukkan ke dalam kuali dan lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap.


4. Bila sudah masak bahagian bawah terbalikkan dan biarkan lempeng betul-betul masak.

SAMBAL HIJAU

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis secukupnya – goreng garing, toskan
2 sudu makan gula
2 sudu makan air asam jawabeli online disini
Sedikit garam


Sedikit bahan perasa jika suka

BAHAN KISAR:
30-35 biji cili padi
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih beli online disini
Sedikit belacan beli online disini
2 sudu makan ikan bilis beli online disini
2 senduk minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, masukkan bahan kisar. Jangan tumis guna minyak kerana sudah masukkan minyak dalam bahan kisar tadi. Ini adalah salah satu cara cili tak merecik merata ketika ditumis.
2. Tumis hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan bahan perasa.
Masak hingga sambal betul-betul naik minyak dan berubah warna.
3. Sesuaikan rasa dan tutup api.


4. Masukkan ikan bilis yang digoreng garing tadi. Siap untuk dimakan dengan lempeng.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur