Lempeng dan sambal ikan bilis, menu legend yang menjadi kegemaran semua.
Kombinasi menu yang cukup sedap dan menarik untuk dicuba. Kegemaran ramai tidak mengira usia. Makan lempeng dengan sambal ikan bilis macam ni tak makan nasi pun tak apa.
Nak buat untuk menu sarapan ataupun menu makan malam juga sesuai. Sambal bilis tu boleh buat lebih untuk makan dengan hidangan lain juga. Nak tahu macam mana nak buat hidangan legend ni, boleh tonton video kat bawah!
LEMPENG
Bahan-bahan:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
1 ½ cawan air
1 biji telur
SAMBAL IKAN BILIS
Bahan-bahan:
150g-200g ikan bilis
1 cwn minyak masak
2 biji bawang besar
15-20 tangkai cili kering
4 biji bawang merah kecil
3-4 ulas bawang putih
1/2 inci belacan (pilihan)
1 keping kecil gula nisan
Sedikit jus asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Perasa jika suka
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Buat Lempeng Sayur, Lagi Sedap Cicah Sambal. Letak Sayur Ini Saja

IKLAN

Lempeng Tuna Cili Berkeju, Sesuai Untuk Penggemar Makanan Pedas

IKLAN

Lempeng Kelapa Lembut Dan Sedap, Cicah Sambal Tumis Memang Padu

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI