Hidangan nasi ayam antara yang paling mendapat tumpuan kerana lengkap dengan menu lauk dan sup. Malah tidak ketinggalan menu sayur yang sedap.
Resipi nasi ayam Hainan daripada Mizzmoon Moon ini, senang disediakan dan lengkap dengan hidangan nasi, sup dan juga sayur.
NASI AYAM HAINAN
BAHAN REBUSAN AYAM:
8 ulas bawang putih 3 inci halia Daun bawang Garam dan perasa secukupnya Air melebihi paras ayam
CARA MEMASAK:
1. Tutup periuk, rebus guna api sederhana selama 1 jam atau mengikut kuantiti ayam. 2. Ayam dah masak, keluarkan terus masukkan ke dalam air sejuk berais, rendam sekejap, supaya ayam kekal juicy.
3. Kemudian lumur ayam dengan sedikit sos tiram, saya guna sos seafood adabi, lebih sedap dan warna akan jadi cantik. 4. Bakar dengan suhu 210C selama 10 minit.
Ads
BAHAN UNTUK NASI AYAM:
3 pot beras basmathi (1 pot beras bersamaan 1 ½ pot air) 2 inci halia 3 ulas bawang putih Sedikit daun bawang 1 kiub pati ayam (optional) Air rebusan ayam secukupnya Minyak lemak ayam dan sedikit planta Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Goreng tanpa minyak lemak dan kulit ayam, untuk dapatkan minyak lemak ayam. 2. Kisar halus halia, bawang putih, tumis guna minyak lemak ayam dan sesudu planta, masukkan sekali daun bawang dan kiub ayam. 3. Kemudian masukkan beras, air rebusan ayam dan garam, masak macam kita masak nasi biasa.
BAHAN SAMBAL HALIA:
2 inci halia 3 ulas bawang putih Daun bawang Minyak masak
1. Saya guna chopper untuk cincang semua bahan. 2. Panaskan minyak masak, tuang ke dalam mangkuk bahan-bahan cincang tadi. Gaul sebati, kalau nak letak perasa pun boleh.
BAHAN SAMBAL CILI:
10 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing) 3 ulas bawang putih 1 inci halia Sedikit jus limau kasturi Sedikit air Garam, gula, perasa secukupnya
CARA MEMBUAT:
Kisar halus semua bahan. Masak sekejap hingga mendidih.
BAHAN BOK CHOY SOS TIRAM:
Sayur bok choy Minyak masak 3 ulas bawang putih | cincang 3 sudu besar sos tiram Bawang goreng (untuk hiasan)
1. Rebus bok choy dalam air, letak sedikit minyak masak. Dah agak layu, angkat dan masukkan dalam mangkuk berisi ais berais. Kemudian toskan air, susun dalam pinggan. 2. Tumis 3 ulas bawang putih cincang dengan sedikit minyak masak hingga layu. 3. Masukkkan sos tiram 3 sudu besar dan sedikit air, kacau sebati. Tuang ke atas bok choy tadi, tabur bawang goreng.
BAHAN SOS HIJAU:
3 ulas bawang putih 2 inci halia Daun bawang
CARA MEMBUAT:
Saya guna chopper untuk haluskan semua bahan. Panaskan minyak, campur dengan bahan tu semua, gaul sebati.
Ragu-ragu nak cuba resipi lemang kukus dalam cawan kertas? Chef Sue Arukin dah cuba buat. Memang menjadi! Resipi yang dikongsi ni pun Chef Sue dah mudahkan untuk puan-puan senang nak cuba dalam jumlah yang sedikit. Selamat mencuba!
Haritu nampak kat FB ada orang buat lemang dalam paper cups. Tadi saya cuba buat 5 cawan, elok pulak jadinya. Ini yang dinamakan inovasi. Kalau tak ramai yang suka makan lemang di rumah, bolehlah cuba cara ni, senang dan jimat. Cuma bezanya ia adalah lemang kukus bukan lemang bakar yang selalu orang buat dalam buluh tu.– Chef Sue M Arukin
LEMANG CAWAN KERTAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam halus
5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.
Terasa nak makan nasi goreng? Menu Nasi Goreng Daging Bersama Kacang Panjang ini antara yang anda boleh sajikan. Cukup rasa, pedas dan memikat selera. Memang sedap! Paling penting, memang sangat mudah nak sediakan.
NASI GORENG DAGING BERSAMA KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
300gm nasi putih
10gm daging tetel | dihiris kecil
30gm kacang panjang | dihiris halus
20gm bawang putih | dikisar
30gm bawang kecil- dikisar
5 biji cili api | dihiris halus
2 sudu makan minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga garing.
Masukkan daging tetel, kacau hingga kering.
Kemudian masukkan hirisan cili kacang panjang, garam dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan nasi, gaul rata lebih kurang dua minit.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Nasi ini akan lebih beperisa jika ditambah dengan hirisan bunga kantan.
Rasa kini tampil dengan rancangan terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantarayang di hoskan oleh Adam Didam dan Ili Sulaiman. Mereka akan menjelajah ke seluruh perusuk Nusantara untuk mempelajari satu hidangan yang ada persamaan dengan hidangan di Malaysia. Untuk episod pertama, Ili telah menjelajah ke Jakarta,Indonesia untuk mempelajari cara-cara menyediakan Nasi Uduk manakala Adam Didam pula bertemu pakar dalam penghasilan Nasi Lemak di Malaysia.
Nak tahu cara-cara pembuatan kedua-dua hidangan enak ini? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
CARA MEMASAK NASI LEMAK & NASI UDUK
1. NASI LEMAK
BAHAN NASI:
2 cawan Beras
Halia
Daun Pandan
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
2 sudu makan minyak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SAMBAL:
10-15 biji bawang merah kecil
2 cm halia
Minyak
Cili Kering
Asam Jawa
Bawang Besar
Ikan Bilis
Garam
Gula
CARA MEMASAK NASI:
1. Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung pada beras seperti memasak nasi biasa. (1 inci atau satu paras garisan di jari)
2. Masukkan garam dan simpulkan daun pandan. Masak seperti biasa di dalam rice cooker.
3. Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat. Kacau rata. Biar sehingga masak.
4. Nasi siap untuk dihidangkan.
CARA MEMASAK SAMBAL:
1. Kisar bawang merah dan halia. Panaskan minyak dan tumis sehingga tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.
2. Tumis cili kisar dan bahan kisar tadi hingga cili dan bawang masak dan garing menggunakan api perlahan.
3. Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau.
4. Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Masak dengan api perlahan.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh letakkan bawang besar hiris.
6. Sedia untuk dinikmati.
2. NASI UDUK
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras
1/2 cawan santan
2 batang serai
2 labu bawang putih
4 helai daun limau purut
2 helai daun salam
3 helai daun pandan
1 biji buah pala | ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 sudu serbuk kayu manis
1 biji buah keras
2cm lengkuas
2cm halia
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pisang mudah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras sebanyak 4 kali kemudian toskan. Rendam selama 1 jam.
2. Kukus berasa selama 6 minit di dalam pengukus buluh (bamboo steamer).
3. Masukkan santan, serai, bawang putih, daun limau purut, daun salam, daun pandan, biji pala, buah keras, kayu manis, lengkuas, halia dan secubit garam. Perlahankan api dan masak sehingga wangi.
4. Tutupkan dengan daun pisang dan biarkan sejuk selama 15 minit.
5. Bungkuskan nasi dengan daun pisang dan hiaskan dengan bawang goreng.
6. Sedia untuk dinikmati.
Saksikan Jelajah Rasa Nusantara, setiap hari Isnin jam 12 tengah hari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.