
Nasi impit dan kuah lontong menjadi hidangan kemestian ketika hari raya. Namun jika dah teringin boleh buat bila bila masa. Biasanya nasi impit dibuat sendiri atau membelinya yang segera. Balik rebus dan boleh makan. Boleh jer buat sendiri dengan langkah berikut. Lebih puas bila dapat buat sendiri nasi impit.
NASI IMPIT
Bahan-bahan:
1 pot beras
3 pot air
Secubit garam
Cara memasak:
1.Basuh beras dan masukkan air,garam ke dalam periuk utk dimasak.
2.Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil dilenyek supaya hancur.
3.Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.
4.Setiap 10 minit mestilah dikacau sebati sehinggalah nasi kering.
Tip:
Masak nasi impit ni kena banyak kali dikacau supaya nasi cantik dan lembut.
5.Masak lebih kurang 1 1/2 jam dengan api sederhana. Setelah siap, matikan api dapur.
6.Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan anak lesung
batu atau belakang botol yang bersih sehingga nasi lembut.
7.Ulang gaul dan lenyek-lenyek lagi.
8.Sapukan sedikit minyak di sekeliling tupperware atau mangkuk untuk nak diisi nasi tadi
9.Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk dan ratakan,
10.Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
11.Tekan-tekankan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik tadi (gunakan sudu yang dibasahi dengan sedikit air untuk sapu permukaan nasi agar lebih rata dan licin)
12.Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.
#Nasi impit yang telah siap boleh disimpan lama di dalam peti sejuk selama satu minggu.
LONTONG
Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang – potong panjang – tak letak
1 batang lobak merah – potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang – potong 8
2 keping fucuk – rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon – rendam dan potong kecil
1 keping tempe potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu potong kecil dan goreng
2 batang cili merah – hiris
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup
2 santan kotak -BELI ONLINE DI SINI
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup – BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar udang kering – rendam dan tos – BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Masak bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2.Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi.
3.Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
4.Masukkan santan dan kacau rata supaya ianya tidak berketul.
5.Masukkan pula udang serta sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna.
6.Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng.
7.Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatan.
8.Terus dikacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup.
Resipi: Rozelkitchen
Jika ingin menukar baru blender,mixer,grinder boleh membeli secara online DI SINI.
Nampak Biasa Je Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap
Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je
Kek Lapis Idola, Berlapis Kaya, Horlicks & Milo, Super Sedap Ni…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI