Bila jauh dari kampung halaman ni, mulalah rindu dengan makanan-makanan yang ada di sana. Tambah pula kebenaran rentas negeri masih belum dibuka, maka terpaksalah membuat sendiri.
Antara makanan yang dirindu ialah nasi kerabu bunga telang. Lengkap dengan segala hidangan sampingan, perkongsian resipi daripada Tuan Adriana Arissa diharapkan dapat membantu menghilangkan kerinduan.
Jom kita buat!
NASI KERABU BUNGA TELANG
BAHAN KUAH SAMBAL TUMIS
10 cili kering – beli online di sini
3 ulas bawang merah – beli online di sini
1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih – beli online di sini
1/2 inci halia – beli online di sini
200 gm santan pekat – beli online di sini
3 batang serai | ketuk
CARA-CARA:
1.Kisar cili, bawang bawang dan halia. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
2.Masukkan serai, asam. Bila mendidih, masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
*Nota: Kuah biar pekat dan masin serta manis sedikit.
BAHAN SAMBAL IKAN KELAPA
1 biji kelapa parut | goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang | rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
Nise @ gula (kalau guna nise, cincang halus) – beli online di sini
Garam secukup rasa
4 batang serai – beli online di sini
1 sudu kecil lada hitam | tumbuk – beli online di sini
CARA-CARA:
1.Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
BAHAN SOLOK LADA:
100g kelapa parut
3 ekor ikan selayang | rebus, ambil isi dan tumbuk kasar
Cili hijau | belah buang biji – beli online di sini
3 biji bawang merah
CARA-CARA:
1.Kisar bawang. Kemudian masukkan ke dalam kelapa bersama isi ikan. Gaul sebati. Kemudian sumbat ke dalam cili hijau.
2.Susun ke dalam pan dan masukkan santan. Masak sehingga santan hampir kering.
BAHAN SAMBAL CILI:
Cili merah
Cili hijau
Cili besar (kalau tak nak pedas)
Garam
Gula
Cuka – beli online di sini
CARA-CARA:
Kisar kesemuanya. Apabila siap kisar, keluarkan dan hidang di dalam mangkuk.
BAHAN ULAM-ULAMAN:
Kubis
Tauge
Kacang panjang
Bunga kantan
Daun serai kayu
Pucuk selon
*Hiris halus-halus dan sedia untuk dihidangkan.
BAHAN UNTUK NASI:
4 pot beras
Air secukupnya
Segengam bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru | rendam semalaman & kisar
Serai | diketuk
Daun limau purut
CARA-CARA:
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
BAHAN SAMPINGAN LAIN:
Keropok goreng
Telur masin
Solok lada
Kredit resipi: Tuan Adriana Arissa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: