Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Cendol. Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan. Resipinya pun tak susah. Menerusi perkongsian saudari Azliana Salleh, beliau berkongsi satu resipi Lepat Cendol yang cukup mudah. Tidak perlu kukus pun. Hanya perlu masak dalam kuali dan bungkus sahaja menggunakan daun pisang. Memang enak dan dijamin menjadi. Jom lihat cara-cara pembuatannya.
1.Satukan semua bahan kecuali cendol di dalam kuali. Kacau sebati kemudian masak atas api perlahan. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Masak adunan sampai pekat berkilat. 2. Kemudian masukkan cendol dan kacau lagi sampai adunan meletup-letup kecil. Padamkan api.
3. Ambil daun pisang yang sudah dibersihkan, sudukan adunan dan bungkus Lepat Cendol semasa masih panas.
4. Bungkus dengan kemas dan lakukan hingga habis adunan.
5. Bila Lepat telah sejuk, bolehlah dinikmati. Kuih ini tidak perlu dikukus. Boleh terus dimakan.
Jika anda sukakan masakan India, sudah tentu anda akan gemarkan resipi yang admin kongsikan ini. Masakan ini rasanya lebih kurang seperti kari tetapi kuahnya lebih pekat dan ada rasa masam sedikit kerana menggunakan asam gelugur.
Tidak sukar untuk dibuat dan enak dimakan bersama nasi panas atau roti. Admin harapkan anda akan mencuba resipi ayam kadai yang ekstra mudah ini. Selamat memasak.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong kecil
500ml santan pekat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan air asam jawa
½ sudu teh serbuk kunyit
3-4 keping asam gelugur
1 batang serai | dititik
3cm lengkuas | dititik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
2cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar, lengkuas, serai dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air dan tumis lagi.
Masukkan ayam dan air asam jawa. Didihkan.
Tuang santan dan asam gelugor. Didihkan hingga semua bahan sebati dan masak.
Daging Sambal Cili Padi, menu mudah dan cepat disediakan ini memang sedap dan sesuai untuk anda yang super sibuk dan takda masa duduk lama di dapur. Kalau bahan-bahan dah disiapkan awal-awal, anda hanya perlu masak kurang dari 15 minit untuk memasak. Hasilnya memang meletop sedap. Kepada yang perlukan resipi di sini RASA kongsikannya, boleh cuba.
DAGING GORENG CILI PADI BAHAN-BAHAN: 500gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos Garam dan gula secukup rasa 3cm halia | hiris 1 biji cili merah | hiris 1 biji cili hijau | hiris 1 biji bawang besar | hiris 2 batang kacang panjang | potong 3cm BAHAN SOS: 1 sudu makan kicap pekat manis 1 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos tomato 3 sudu makan sos cili BAHAN KISAR: 15-20 biji cili padi 4-5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan sedikit serbuk kunyit dan garam halus.
Panaskan minyak, goreng sekejap daging ( jika terlalu lama daging akan keras). Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak goreng daging tadi, tinggal sedikit dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan bahan sos dan kacau rata hingga sos sebati dan pecah minyak.
Masukkan daging yang telah digoreng tadi, perasakan dengan garam dan gula jika perlu ( kerana bahan sos sudah masin dan manis).
Masukkan bahan hirisan, apabaila bahan hirisan sedikit layu. Tutup api.