Resipi Lepat Liat Inti Kelapa, Tak Semua Orang Tahu Kesedapannya!

Share

Hati-hati dengan Lepat Liat Inti Kelapa ni, tak semua orang suka Lepat Liat ni sebab teksturnya yang terlalu kenyal. Tapi, biasalah setiap orang ada citarasa tersendiri, ada yang suka Lepat Pisang atau Lepat Ubi. Memang Jarang dengar orang buat Lepat Liat Inti Kelapa ni. Saya kongsikan resipi yang dicipta oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ni. Cara penyediaannya juga tidak renyah dan gerenti menjadi.

 

LEPAT LIAT INTI KELAPA

 

BAHAN-BAHAN:

500 gm Tepung Pulut
200 gm Gula Merah
100 gm Gula Pasir
2 Cawan Air
2 helai Daun Pandan
1 biji Kelapa Putih
Sedikit Garam
Minyak lumur Daun Pisang
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. – tapis
2. Masuk air gula panas-panas dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati ( guna senduk)
3. Kelapa putih gaul dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.
5.Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
SELAMAT MENCUBA!
Published by
Nadzirah Rashid