Sedapnya kalau dapat makan Lepat Pisang panas-panas. Lemak manis cukup rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari Shai Anne Ahemed kongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba. Kuih tradisional ni mudah je nak buat. Sangat berbaloi untuk anda ‘try’. Cara masaknya pun cukup mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA MASAK LEPAT PISANG TRADISI YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan pisang lemak manis – dilenyek
  • 1 cawan gula – jika tak suka manis, boleh kurangkan ikut selera masing-masing
  • 1 sudu teh garam
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 cawan kelapa parut
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • Daun pisang secukupnya – dilayur terlebih dahulu

CARA MEMASAK:

1. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan (kecuali daun pisang). Adun hingga sebati dan tepung tidak berketul.

2. Ambil daun pisang yang telah dipotong, sudukan bancuhan lepat dengan secukupnya.

IKLAN

3. Bungkus lepat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

4. Didihkan air dalam pengukus, susun bungkusan lepat di dalamnya dan masak selama 40 minit.

5. Angkat kuih dan biarkan seketika hingga suam sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Shai Anne Ahemed

 

Tengah cari PERIUK KUKUSAN ? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.

 

Cuba pelbagai resipi KUIH MUIH menarik dari laman web kami www.rasa.my

Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.

Bingka Ubi Paling Sedap, Boleh Buat Minum Petang

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu? Ini Caranya.

Resipi Apam Pisang Daun Rambai Yang Lembut & Gebu

Resipi Kuih Bakar Tradisi. Lembut, Lemak Manis Memang Sedap.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official