Bagi penggemar Loaded Potato Bowl KFC, anda boleh buat sendiri snek kegemaran ini di rumah anda menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Shahrul Bieha. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Lihatlah hasilnya. Seakan sama seperti yang dibeli. Buat sendiri ni tentunya lebih puas hati dan jimat. Betul tak? Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat kentang putar, kupas kentang dan rebus hingga lembut. 2. Lenyekkan, letak mentega, susu dan tambah serbuk lada hitam dengan secukupnya. Perasakan dan gaul sebati. Ketepikan. 3. Untuk membuat ayam popcorn, pecahkan telur dan pukul. 4. Celup isi ayam ke dalam telur dan salutkan dengan tepung goreng serbaguna @ ikut arahan seperti pada paket tepung. 5. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. 6. Untuk jagung pula, rebus jagung dan gaulkan dengan sedikit gula. Ketepikan. 7. Untuk sos pula, larutkan serbuk keju dengan air panas @ ikut arahan pada paketnya. Serbuk keju ini boleh dibeli di kedai bakeri. 8. Untuk menghidang, letak satu senduk kentang putar ke dalam bekas. 9. Lapiskan dengan mayones dan sos keju. 10. Lapiskan sekali lagi dengan kentang putar, mayones, sos keju, ayam popcorn dan jagung. 11. Loaded Potato Bowl ala KFC siap disediakan dan bolehlah dinikmati.
Ayam Bakar Berempah bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi tetapi diratah begitu sahaja pun ‘best.’ Paling utama untuk mendapatkan Ayam Bakar Berempah yang ‘super sedap’ tentulah bahan perapannya. Kalau rasa nak cuba buat sendiri Ayam Bakar Berempah, jomlah kita cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Zaini Talib
RESIPI AYAM BAKAR BEREMPAH
BAHAN UTAMA:
1 ekor ayam dipotong 16
BAHAN-BAHAN (UNTUK DIKISAR)
4-5 biji bawang merah 4-5 ulas bawang putih – BELI ONLINE 1 inci halia – BELI ONLINE Gula Melaka – BELI ONLINE Ketumbar Jintan manis – BELI ONLINE Serbuk kari daging Serbuk kunyit 2 batang serai Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Selepas semua bahan dikisar, perap ayam dengan bahan kisar tersebut. Jika mahu lagi sedap, elok perap selama 24 jam. Boleh tambah sedikit madu dalam bahan perapan untuk bagi ayam lagi sedap.
2. Bakar ayam dengan suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180C. Masak lebih kurang 40 minit. Bolehlah dihidangkan ketika masih panas.
Bagi ibu-ibu pastinya ingin menyediakan hidangan berbuka yang sedap dan enak untuk keluarga. Memang rasa puas bila lihat anak-anak dan suami begitu berselera menjamah sajian yang disediakan. Salah satu menu berbuka paling mudah dan sedap yang boleh dicuba untuk berbuka hari ni ialah Isi Ikan Masam Manis ni. Nak makan waktu sahur pun sesuai. Pasti anda kagum dengan rasanya.
4 sudu makan air sejuk (air yang dicampur ketulan ais)
Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN SOS:
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos plum
2 sudu makan air
1 sudu teh tepung jagung + 1 sudu teh air | bancuh
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur garam dan lada sulah ke atas isi ikan dan gaul sebati. Ketepikan.
Di dalam mangkuk, bancuh Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky ( Pedas) Aroma bersama air sejuk dan telur hingga menjadi bancuhan yang sempurna (tak terlalu pekat dan tak terlalu cair).
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, goreng ikan hingga keperang-perangan atau hingga masak. Toskan.
Untuk membuat kuah; satukan semua bahan B di dalam kuali dan didihkan. Sesuaikan rasanya.
Tuang kuah ke atas ikan goreng tadi dan hidangkan panas.
Video cara-cara memasak Isi Ikan Masam Manis Aroma:
Hidangan yang sederhana dengan rasa kicap dan lada hitam memberi kelainan yang menyelerakan.
BAHAN-BAHAN:
4 biji/5 bawang merah besar (sederhana besar)
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Satu sudu lada hitam (boleh kurangkan)
3 sekawan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Sedikit asam jawa
Cili hijau besar (dibelah dua jangan sampai putus)
6 sudu makan kicap
CARA MEMASAK:
Gorengkan ayam garing dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Kisar halus bawang merah, bawang merah besar, bawang putih, halia dan lada hitam
Guna dalam lima sudu minyak yang digoreng ayam tadi. Masukkan rempah tiga sekawan dan cili hijau besar. Keluarkan cili hijau apabila layu sedikit dan ketepikan.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau dan garing.
Selepas garing masukkan air asam jawa.
Kemudian masukkan kicap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. (Jika menggunakan kicap manis tidak perlu masukkan gula)
Akhir sekali masukkan ayam dan cili hijau besar kacau sehingga rata.