Bagi penggemar Loaded Potato Bowl KFC, anda boleh buat sendiri snek kegemaran ini di rumah anda menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Shahrul Bieha. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Lihatlah hasilnya. Seakan sama seperti yang dibeli. Buat sendiri ni tentunya lebih puas hati dan jimat. Betul tak? Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT LOADED POTATO BOWL ALA KFC
BAHAN-BAHAN KENTANG PUTAR:
Ubi kentang – beli online disini
Serbuk perasa
Serbuk lada hitam – beli online disini
Mentega – beli online disini
Sedikit susu full cream / penuh krim – beli online disini
BAHAN CHICKEN POP CORN:
Isi ayam potong kecil
Tepung bestari – beli online disini
Telur
BAHAN JAGUNG:
Jagung
Sedikit gula
BAHAN-BAHAN SOS:
Serbuk keju cheese yang dah di larut air panas – beli online disini
Mayones – beli online disini
Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kentang putar, kupas kentang dan rebus hingga lembut.
2. Lenyekkan, letak mentega, susu dan tambah serbuk lada hitam dengan secukupnya. Perasakan dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Untuk membuat ayam popcorn, pecahkan telur dan pukul.
4. Celup isi ayam ke dalam telur dan salutkan dengan tepung goreng serbaguna @ ikut arahan seperti pada paket tepung.
5. Goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
6. Untuk jagung pula, rebus jagung dan gaulkan dengan sedikit gula. Ketepikan.
7. Untuk sos pula, larutkan serbuk keju dengan air panas @ ikut arahan pada paketnya. Serbuk keju ini boleh dibeli di kedai bakeri.
8. Untuk menghidang, letak satu senduk kentang putar ke dalam bekas.
9. Lapiskan dengan mayones dan sos keju.
10. Lapiskan sekali lagi dengan kentang putar, mayones, sos keju, ayam popcorn dan jagung.
11. Loaded Potato Bowl ala KFC siap disediakan dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & foto: Shahrul Bieha
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official