Resipi Lobak Putih Goreng Ala SOGO Penuh Aroma Dan Enak Rasanya

Share

Resipi lobak putih goreng ala Sogo. Ia sejenis masakan kaum Cina, yang dipanggil “lo bak Gou”, kuih lobak putih goreng atau fried carrot cake.

Menurut En. Wan LuQman yang berkongsi resipi ini, tercetus idea untuk memasaknya kerana terimbau kenangan sewaktu dia dan isterinya menikmati makanan itu di medan selera di pusat beli belah SOGO, Kuala Lumpur. Waktu itu, pekerja yang bekerja di food court adalah staf SOGO itu sendiri.

Bahan yang perlukan tak banyak. Cuma agak banyak proses untuk memasaknya. Tambahnya lagi, lobak goreng buatannya ini mungkin tak begitu cantik, tapi rasanya…pehh!!! Tak kalah.

Bolehlah cuba resipi ini. Masak sendiri dijamin halal kerana susah nak jumpa yang dijual oleh orang Islam. Bolehlah makan sepuas hati!

Resipi Lobak Putih Goreng

Bahan-bahan Lobak Putih Goreng:

 1 batang lobak putih (radish) – sagat

Secawan tepung beras** – boleh beli online di sini

 1½ sudu besar tepung jagung** – boleh beli online di sini

Stok ayam**

 1 cawan air

Sesudu kecil udang kering / udang baring

Sedikit lobak manis

Lada sulah – boleh beli online di sini

2 biji telur

Sedikit daun kucai (hiris)

1 sudu besar gula** – boleh beli online di sini

Garam secukup rasa** – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Bancuhan Kicap:

2 sudu besar kicap cair – boleh beli online di sini
3 sudu besar kicap manis – boleh beli online di sini

 1 sudu kecil kicap karamel
Setengah sudu kecil sos tiram – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Satukan semua bahan bertanda (**) dalam satu bekas. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati.

Lobak putih yang telah disagat dibasuh dan dibilas supaya hilang bau dan rasa pahit-pahit manja dia tu.

Kemudian satukan bancuhan tepung dan lobak dalam pengisar. Masukkan udang kering dan kisar sampai lumat.

Lepas tu tuang ke dalam loyang untuk dikukus selama 45minit. Lepas dah kukus, biarkan sampai sejuk. Kemudian boleh masukkan dalam peti sejuk kejap lebih kurang 30 minit.

Dah sejuk, keluarkan. Lepas itu potong dadu. (Tapi rupanya tak begitu cantik. Mungkin terlebih air ketika kukus atau masalah masa kukus tadi. Sebab kukus petak tu tak muat, dah half way kukus baru tukar loyang bulat).

Setelah itu, panaskan minyak dan goreng seketika kuih losk tadi. Kemudian alihkan ke tepi, tumis bawang putih.

Lepas itu masukkan lobak manis. Kalau guna lobak masin, pastikan korang rendam dahulu bagi hilang masinnya ye.

Pecahkan telur dan masukkan sedikit lada sulah. Gaul sekata.

Lepas tu masukkan bancuhan kicap ( semua bahan bancuhan kicap disatukan, lepas tu ceduk dalam dua sudu besar je untuk letak dalam ni. tak perlu semua takut nanti terlalu manis / masin)

Masukkan hirisan kucai. Ikutkan orang masukkan taugeh. Tak suka, tak perlu letak.

Kemudian masak dengan api kuat sampai garing. Dah siap. Ada rasa manis, masin, aroma ‘terbakar’ dan chewy daripada lobak manis tu.

Masukkan dalam pinggan dan tabur kulit ayam yang digoreng. Boleh tambah daun bawang, bijan atau bawang goreng sebagai hiasan. Terpulang. Lepas tu makan la dengan chilli oil. Lengkap! Sila cuba ye!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa