
Resipi Lobster Butter Cheese ini sesuai dihidang untuk hari-hari istimewa dengan keluarga seperti anniversary, hari jadi dan sebagainya.
Sekali sekala makan mewah apa salahnya kan… Cara masak lobster butter cheese ini cukup ringkas tapi hasilnya memang enak. Confirm makan sambil menjilat jari.
Resipi lobster butter cheese

Bahan-bahan
1/2 potong Buttercup (mentega jenama lain pun boleh)
1 biji bawang holland potong dadu
4 ulas bawang putih hiris nipis
5 tangkai cili padi ( ikut kepedasan sendiri)
1 tin susu sejat
2 keping cheese
2 tangkai daun kari

Cara membuat
1. Potong dan cuci bersih loster, kemudian kukus dulu dalam 20 minit. Boleh juga rebus saja.

2. Selepas dikukus air kukusan jangan buang, ketepikan dulu.
3. Panaskan kuali dan letak butter. Pastikan api perlahan sewaktu cairkan butter.
4. Masuk daun kari dan bawang holland. Kacau sampai naik bau.
5. Masuk pula bawang putih (bawang putih masuk kemudian untuk elakkan hangit). Letak cili padi. Kacau sebati.
6. Masuk 1 tin susu sejat. Kacau dan biarkan mendidih.
7. Kemudian boleh masuk pula air kukusan lobster tadi. Air inilah yang buat kuah lagi nikmat. Kacau.

8.Letak 2 keping cheese kemudian perasakan dengan garam ikut citarasa.
9.Akhir sekali masuk lobster ke dalam kuali. Selepas digaul rata bolehkan tutup api dan hidangkan.

INFO: Jika tak nak guna lobster atau udang karang boleh saja ganti dengan udang biasa.
Kredit resipi & foto: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

Masih lagi dalam keadaan berduka dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya akibat jangkitan Covid-19. Kehilangannya cukup memberi kesan buat keluarga malahan buat semua yang mengenali arwah.Arwah dirasakan begitu dekat di hati semua orang. Namun Allah lebih menyayanginya. Semoga arwah Siti Sarah damai di sana bersama-sama rahmat Allah.
Arwah Siti Sarah bukan hanya disayangi kerana peribadinya malah sering juga berkongsi resipi-resipi masakannya buat peminatnya di laman Instagram. Perkongsian masakannya pasti akan dirindui nanti.
Terakhir resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ yang sempat dikongsikan oleh arwah. Ternyata celoteh dan perkongsian masakannya pasti akan dirindui nanti.
Resipi arwah turut dicuba dan dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Ameera Sedap sungguh resipi Arwah Siti Sarah ini. Ini adalah masakan terakhir Arwah. AlFatihah.
Bahan-bahan:
- 10 ekor ketam
- 6 ulas bawang putih (cincang)
- Halia besar ibu jari (cincang)
- 2 sudu makan cili kisar kering (atau cili boh)-BELI ONLINE DI SINI
- 2 sudu makan sos cili-BELI ONLINE DI SINI
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu makan sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
- 3 sudu kecil kicap cair
- 1 mangkuk air
- 1 sudu makan black vinegar
- 1 sudu makan sos tomato
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara memasak:
1.Panaskan minyak. Bawang putih , halia ditumis sehingga naik bau.

2.Masukkan cili kisar kering sebanyak 2 sudu .Sukatan ini anak- anak pun boleh makan sama. Nak pedas letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak. Arwah masak pakai cili boh. Ikut la masing- masing.

3.Masukkan sos cili .

4.Masukkan gula .

5.Masukkan sos tiram untuk penyedap rasa.

6.Kicap cair anggaran 3 sudu kecil.
7.Untuk berkuah, masukkan air.

8.Masukkan black vinegar.

9.Masukkan sos tomato

- Letakkan garam secukup rasa.

11.Kemudian masukkan ketam. Gaul sama rata.
12.Kemudian dah masak ketam tu masukkan tepung jagung. Masukkan dan gaul.

13.Kemudian masukkan putih telur. Telur kuning tak pakai.

14.Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit begitu. Dah masak tutup api. Siap dan sedia untuk dihidang.

https://www.instagram.com/tv/CSI4yGrhfSY/?utm_medium=copy_link
Kredit: fb Ameera
Kerang Air Lemon. Menu Sedap Buat Penggemar Mukbang Ala Thailand
Tak Tahu Nak Masak Apa? Boleh Ikut Resipi Lelaki Ini, Memang Terangkat!
Resipi Kerang Goreng Kunyit Berkentang Sedap. Begini Cara Masaknya
Ketupat Sotong Gebu Versi Kelantan, Tak Boleh Sumbat Ketat Sangat Tau.

Resipi ketupat sotong atau sotong sumbat dengan inti pulut ni memang banyak versinya. Sotong segar dengan pulut susu lemak manis, ish..ish sebut ramuannya pun dah kecur air liur.
Ni min kongsikan resepi perkongsian Sahira, resipi asal dari Citarasawan, ketupat sotong versi Kelantan.Ingat ya jangan sumbat ketat atau penuh sangat nanti pecah pulak sotong masa dah masak nanti. Bagikan ruang sedikit untuk pulut mengembang.
KETUPAT SOTONG GEBU VERSI KELANTAN

.
BAHAN-BAHAN (Saiz hidangan untuk 10 orang)

.
- 4kg sotong
- 1 kg pulut susu
- 8 kerek kecil gula melaka
- 3 helai daun pandan
- Lidi pencungkil gigi, secukupnya
- 1kg santan cair
- 1kg santan pekat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1) Siang sotong dan buang kulit dan mata. Lihat gambar contoh. Basuh dengan air garam dan toskan.
2) Basuh pulut susu dan toskan.
3) Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk. Seperti dalam gambar.
4) Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya.
5) Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.
6) Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong.
7) Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.
8) Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api.
9) Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau.
10) Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan.
11) Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat.
12) Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.
#SHARE bagi yang tak pernah merasa ketupat sotong gebu versi kelantan.
Resipi : citarasawan
Sahira
FB :Dapur resepi pikat Selera
10 Menu Mewah Makan Tengahari & Malam Yang Boleh Masak Sendiri.

Menikmati hidangan tengahari atau malam bersama ahli keluarga dengan menu istimewa pasti menggalakkan ahli keluarga tidak sabar duduk di meja makan bagi menikmati hidangan yang enak. Sambil itu, kehadiran bersama mengeratkan kasih sayang sekeluarga, kalua taktahu apa menu istimewa nak dimasak, ini 10 resipi sedap, ringkas dan istimewa boleh korang cuba pikat selera suami dan anak-anak.

TULANG RUSUK PANGGANG SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tulang rusuk lembu | cuci bersih dan tos
- 1/2 cawan kicap pekat manis
- 2 sudu makan sos tiram
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji limau nipis
- 5 biji bawang merah | hiris dan jadikan bawang goreng
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan gula perang
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
BAHAN KiSAR:
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
- 15 biji cili padi
- 4 batang serai
CARA MEMASAK:
- Campurkan bahan kisar dengan kicap pekat manis, sos tiram, gula dan garam. Gaul rata.
- Ambil separuh dari bancuhan, lumurkan pada tulang dan perapkan seketika.
- Balutkannya dengan aluminium foil.
- Kemudian panggang menggunakan ketuhar atau pemanggang ajab.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang hingga kekuningan.
- Masukkan lebihan sos tadi, tumis hingga pekat. Kemudian masukkan jus limau nipis tadi.
- Lengkapkan rasa dengan sedikit gula perang dan garam jika perlu.
- Kecilkan api dan masukkan tulang yang telah dipanggang, gaul rata dengan tumisan sos kicap.
- Setelah sos sebati dengan tulang . Tutup api.
- Semasa dihidangkan, taburkan bawang goreng dan taburkan serbuk lada hitam di atasnya.

AYAM TERIYAKI MADU BIJAN
BAHAN-BAHAN:
- 250gm dada ayam | hiris nipis
- 1 buah bawang besar | cincang halus
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 2cm halia | cincang halus
- Sedikit garam
- Air secukupnya
- 1 sudu makan bijan | goreng sangai
- Sedikit minyak masak
- 1 sudu makan madu
BAHAN SOS:
- 2 sudu makan sos teriyaki
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan sos. Ambil sedikit, gaulkan dengan isi dada ayam yang telah dihiris tadi.
- Gaul rata, dan perapkan sekurang-kurangnya 15 minit.
- Panaskan pan dan isikan sedikit minyak, masukkan ayam dan panggang lebih kurang 10 minit.
- Jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang besar, putih dan halia.
- Setelah layu dan wangi, masukkan lebihan bahan sos, kacau hingga sos pekat atas api sederhana.
- Apabila sos pekat dan coklat kehitaman, masukkan ayam tadi.
- Tutup api, masukkan madu dan gaul rata supaya sebati dengan ayam.
- Masukkan dalam pinggan dan taburkan bijan sebelum dihidangkan.

BAWAL GORENG SERAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal | bersihkan dan toskan
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- 1 sudu makan gula perang
- Garam secukup rasa
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 sudu makan sos ikan
- Minyak masak scukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 hirisan halia
- 1 batang serai
- 1 pokok daun ketumbar
- 2 biji cili merah
- 12 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit serta satu sudu tepung gandum. Gaul rata.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing . Angkat dan ketepikan.
- Seterus sediakan tumisan cili. Keluarkan minyak goreng ikan, tinggal secukupnya untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar kasar tadi hingga wangi.
- Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan , garam dan gula perang secukuprasa.
- Jika perlu boleh tambah sedikit air.
- Setelah cukup rasa dan tumisan betul-betul masak, tuangkan atas ikan.
- Ratakan cili dan ikan sedia dihidangkan.

BEBOLA DAGING SOS MENTEGA CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN N BEBOLA DAGING:
- 300gm daging kisar
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh serbuk pati daging
- Sedikit hirisan daun parsli
- 2 sudu makan tepung ubi kayu
BAHAN SOS:
- 200ml susu segar
- 3 sudu makan mentega
- 1 sudu makan keju parmesan
- 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 8 biji cili padi hiris halus
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- Sedikit garam dan gula
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging kisar dalam mangkuk kemudian campurkan dengan semua bahan lain.
- Gaul rata hingga sebati, kemudian bentukkan seperti bola pingpong, ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, tumis daging hingga bertukar warna keperangan.
- Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, panaskan mentega dalam kali, tumiskan bawang putih, Holland, cili padi.
- Tumis hingga wangi, baru masukkan daun kari.
- Kacau seketika, masukkan susu cair, kecilkan api dan terus kacau.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Setelah cukup rasa taburkan serbuk keju parmesan dan tuangka sos dalam pinggan berisi bebola daging tadi dan hidangkan panas-panas.

DAGING GORENG HALIA ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
- 250gm dagiing batang pinang | hiris nipis
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh sos ikan
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2 hirisan halia | cincang
- 1 sudu teh cuka makan
BAHAN TUMISAN:
- 1 biji bawang besar | hirisan bulat
- 3 ulas bawang putih | titik
- 5 hirisan halia muda
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 /2 sudu makan sos tiram
- Sedikit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging dengan semua bahan perapan, perap 15 minit dan masukkan dalam peti sejuk.
- Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis daging perapan hingga bertukar warna .
- Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan tumisan, panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Tumis bahan hirisan, hingga layu kemudian perasakan dengan sos tiram, cuka, lada sulah , garam dan gula secukup rasa,
- Kecilkan api, masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
- Tutup api, daging sedia dihidangkan panas-panas.

AYAM GULAI LEMAK CILI PADI BERSAMA CEKUR
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong sederhana | cuci bersih dan tos
- 500 ml santan
- 2 batang kacang panjang | potong 3cm
- 1 biji cili merah | potong 3
- 1 biji cili hijau | potong 3
- 3 helai daun cekur | hiris kasar
- 1 batang serai | titik
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm cekur
- 3cm kunyit hidup
- 15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar bersama ayam dalam periuk, kacau rata dan biarkan atas dapur dengan api sederhana.
- Setelah ayam layu masukkan santan, asam gelugor dan serai. Biarkan kuah mereneg.
- Setelah mereneh lebih kurang tiga minit, masukkan kacang panjang, cili potong dan hirisan daun cekur.
- Apabila ayam empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Renehkan 2-3 minit, tutup api.
- Gulai ayam sedia dihidangkan.

KARI HIJAU IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan pari | potong sederhana dan bersihkan
- 1 biji terung hijau Thai | belah dua
- 1 biji tomato, | belah 4
- 2 batang serai, | titik
- 4 helai daun limau purut
- 10 biji cili padi merah thai, | ketuk
- 500ml santan
- Jus limau nipis secukupnya
- Sos ikan secukupnya
- Garam dan gula perang secukupnya
- Daun selasih secukupnya
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 1 batang serai, hiris halus
- 1 -3 biji cili padi siam, hiris halus
- 2 biji bawang merah, hiris halus
- 4 – 5 biji bawang putih, cincang
- 2cm lengkuas
- 1/2 cawan daun ketumbar
- 1/2 cawan daun selasih
- ½ sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
CARA MEMASAK:
- Panaskanminyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Kemudian masukkan serai dan juga ikan .
- Gaul rata dan masak sekejap hingga ikan kecut..
- Tuang santan kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging empuk.
- Masukkan terung dan juga cili padi .
- Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
- Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
- Kari hijau sedia dihidangkan.

TOMYAM SEAFOOD BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ketam | potong dua
- 5 ekor udang | bersihkan
- 3 ekor sotong | buang kulit ari dan potong
- 2 sudu makan pes tomyam
- 1 cawan santan
- 2 biji limau nipis | ambil jusnya
- 1 biji bawang holland |potong bulat
- 1 ulas bawang putih |titik
- 8 biji cili padi |titik
- 2 hirisan lengkuas
- 3 batang serai
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang seleri |hiris serong
- 1 pokok daun ketumbar
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 kiub stok ayam
- Air secukupnya
CARA MEMASAK;
- Masukkan air dalam periuk , bersama pes tomyam dan semua bahan hirisan dan ketuk.
- Renehkan atas api hingga mendidih.
- Kemudian masukkan semua bahan seafood, santan, biarkan mereneh lebih kurang 2-3minit.
- Perasakan dengan jus limau nipis, garam, gula dan stok ayam,
- Kacau rata, apabila cukup rasa. Tutup api.
- Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun ketumbar.

TUMIS SOS TIRAM CHOY THAM BERSAMA CENDAWAN SHITAKE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm sayur Choy Tham | belah empat dan cuci bersih
- 250gm cendawan Shitake | belah dua dan cuci bersih
- 5-6 biji tomato ceri
- 4-5 biji bebola ikan | hiris bulat
- 1/2 biji bawang Holland | hiris bulat
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 4 biji cili padi | hiris
- 1 sudu makan sos tiram
- Secubit garam dan gula
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang Holland, bawang putih hingga wangi.
- Masukkan hirisan cili, fish ball, kacau seketika kemudian masukkan cendawan.
- Kacau rata lebih kurang dua minit baru masukkan sayur.
- Kacau balik dan perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, masukkan tomato ceri dan tutup api.
- Hidangkan sayur panas-panas.

UDANG BAKAR MENTEGA SOS MUSTARD
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN UDANG:
- 250gm udang saiz XL | bersihkan dan tos
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 ulas bawang putih |cincang halus
- 2 sudu makan mentega
BAHAN SOS:
- 3 sudu makan mustard
- 1 sudu makan mayones
- 2 biji cili merah | hiris
- Sedikit hirisan daun parsli
- Secubit garam dan gula
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama bahan perapan, perap lebih kurang 15 minit.
- Kemudian bakarmenggunakan pemanggang ajaib lebih kurang 10 minit.
- Sambil memanggang sediakan sos.
- Campurkan sos mustard bersama mayones, gaul rata.
- Campurkan pula hirisan cili, daun parsli, jus lemon, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau rata dan sedia dihidangkan sebagai pencicah bersama udang bakar.

