Jika ada lebihan Nasi Himpit, bolehlah buat Lontong Goreng ni. Memang enak dijadikan hidangan untuk para tetamu yang datang bertandang ke rumah. Menu yang ringkas tetapi enak. Kalau nak tambah sayur-sayuran lain pun boleh, ikut cita rasa masing-masing. Nak Lontong Goreng lebih beraroma, tambahkan Anchor Unsalted Butter. Memang ngam. Sebagai pelengkap, hidangkan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits. Selamat mencuba.
LONTONG GORENG
Bahan-bahan:
Nasi impit | potong dadu @ kiub
10 ekor udang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
30gm daun kucai
2 biji telur
5 ulas bawang putih | dikisar
2 biji cili padi | dikisar
½ cawan air
1 biji bawang holland | dikisar
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits
Cara Memasak:
Panaskan kuali dan cairkan Anchor Unsalted Butter.Tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Pecahkan telur dalam kuali yang sama dan kacau seolah-olah membuat telur hancur.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Gaul sebati. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan udang dan nasi impit. Gaul sebati.
perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Sebatikan.
Matikan api dan taburkan bawang goreng di atasnya.
Lontong Goreng sedia untuk dinikmati.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.
Kalau anda teringin nak makan sesuatu yang manis dan lazat, boleh cuba buat Bread Pudding ni. Resipi yang mudah gerenti menjadi. Sekali makan, pasti anda nak lagi. Enak dinikmati bersama Sos Kastard. Tambahkan juga Anchor Salted Butter dan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk buat Bread Pudding anda lebih padu!
BREAD PUDDING
Bahan-bahan:
10 keping roti putih
100gm Anchor Salted Butter | dicairkan
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices | dipotong kecil
2 cawan Fernleaf Susu UHT
½ cawan kismis
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan gula
Cara Memasak:
Campurkan Anchor Salted Butter, Fernleaf Susu UHT, esen vanilla, gula dan telur dan pukul menggunakan pemukul tangan (whisk) hingga sebati.
Koyak-koyakkan roti dan letakkan di dalam acuan. Taburkan kismis di atasnya kemudian tuang adunan tadi ke dalam acuan hingga rata.
Sebelum bakar, letakkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices yang dipotong kecil lalu bakar selama 170°C selama 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
Kuih Gunting Bercili sangat sesuai disajikan buat tetamu yang datang beraya di rumah. Keenakan dan kerangupannya buat kita tak sedar dah habis sebalang. Ada rasa pedas-pedas manja yang buat kita ralit memakannya. Nak buat Kuih Gunting Bercili yang sedap, tentunya anda perlu gunakan Anchor Unsalted Butter yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Menambah rasa dan keharuman pada Kuih Gunting kita. Jom cuba.
KUIH GUNTING BERCILI
Bahan-bahan:
700gram tepung gandum
200ml Anchor Cooking Cream
100ml Fernleaf Susu UHT
180gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
4 tangkai daun kari – cincang halus
5 tangkai cili kering – buang biji & gunting halus
1 sudu teh serbuk pati bilis
2 sudu teh garam
Bahan-bahan B (Kisar):
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu makan udang kering
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
3 biji buah keras
Cara Memasak:
Kisar bahan-bahan B hingga lumat. Tuang ke dalam mangkuk besar.
Masukkan tepung, Anchor Cooking Cream, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur, cincangan daun kari, hirisan cili kering, serbuk pati bilis dan garam. Gaul semua bahan hingga jadi doh yang lembut dan tak melekat.Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tabur lebihan tepung ke atas papan pencanai. Ambil separuh doh lalu canaikan (tidak terlalu tebal dan terlalu nipis). Potong doh memanjang (1 inci lebar), kemudian gunting doh mengikut ketebalan yang disukai. Ulangi proses hingga semua doh habis.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng doh yang digunting tadi hingga keperang-perangan. Toskan.
Ada lebihan Daging Dendeng semalam boleh jadikan satu menu untuk bersahur. Jom buat Dendeng Paratha Wrap. Cara nak membuatnya sangat mudah dan tak guna banyak bahan. Makan untuk sahur memang kenyang dibuatnya. Nak lebih enak, masak guna Anchor Unsalted Butter dan Chesdale Smoked. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.
DENDENG PARATHA WRAP
Bahan-bahan:
3 keping roti paratha | leftover
1 mangkuk dendeng | leftover
1 sudu besar Anchor Unsalted Butter
6 keping keju Chesdale Smoked
Cara Memasak:
Ambil roti paratha, sapukan Anchor Unsalted Butter lalu letakkan daging dendeng dan keju Chesdale Smoked di atasnya.
Gulung dan panggang di atas kuali sehingga keju mencair.
Sedia untuk dimakan.
Nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!