Selain daripada hidangan nasi, menu lontong antara yang mendapat sambutan dan sesuai untuk jamu tetamu pada majlis-majlis keraian.
Resipi yang dikongsikan Afy AL Habibi ini, menggunakan resipi sendiri dan ikut lidah asli orang Kelantan. Apapun prinsip masakan mudah, raikan sahaja jika ada cara yang berbeza dari biasa.
LONTONG MEK KELATE
BAHAN-BAHAN:
2 helai daun purut 1-2 ketul ayam yang dipotong kecil 1 batang serai – beli online di sini 1 sudu besar kunyit 2 senduk santan pekat – beli online di sini 1 cawan air
Sedikit sayur kubis 1 biji ubi kentang | dipotong dadu Lobak merah | dihiris nipis
BAHAN SAMPINGAN:
Udang Kacang panjang (tak nak terlebih masak. Saya guna kacang buncis) Fishcake Bebola ikan *Tempe (digoreng terlebih dahulu sebelum dihiris kecil)
Dapatkan Promax 4 in 1 Portable Jump Starterdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebatang serai yang diketuk dan 2 helai daun purut untuk aroma wangi. 2. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sehingga naik bau dan sedikit garing. Selepas itu masukkan 1 sudu besar kunyit.
3. Masukkan pula seketul atau dua ketul ayam yang dipotong kecil. 4. Tuang 2 senduk santan pekat. Kemudian tambahkan 1 cawan air. Tengok atas kepekatan santan sendiri. Boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.
6. Kemudian masukkan sedikit sayur kubis, ubi kentang dan lobak merah (sentiasa kacau supaya kuah tak pecah minyak atau timbul biji keli). 7. Selepas sayur mula layu, bolehlah masukkan bahan sampingan seperti udang, kacang panjang @ kacang buncis, fishcake, bebola ikan dan tempe. 8. Akhir sekali, masukkan sedikit sahaja suhun, fucuk dan tauhu pok. (suhun tak boleh masuk terlalu banyak sebab nanti bila makin lama ia mengembang dan meresap kuah). Lepas dua hingga tiga minit bolehlah ditutup apinya. Siap!
IBU SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN ASAS:
3 genggam cili kering saiz besar (direbus dan dibuang biji) 1 tangkai cili padi merah @ guna cili kering kerinting (tambah rasa pedas) *2 ulas bawang merah saiz besar – beli online di sini *1 ulas bawang putih *1/4 bawang holland – beli online di sini ½ genggam ikan bilis | direndam 2 genggam ikan bilis | digoreng rangup *1 inci belacan 2 sudu besar udang kering | direndam – beli online di sini 1 batang serai 1 simpul daun pandan 2 kerek nisse
Ads
CARA MASAK:
1. Kisar terlebih dahulu bahan bertanda * dengan sedikit air. 2. Panaskan minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi. Ini rahsia penting pembuatan sambal wangi kali ini. Masukkan simpulan daun pandan dan sebatang serai yang diketuk. 3. Bahan pewangi lain yang juga perlu dimasukkan ialah sehiris halia. Selepas naik bau, masukkan bawang kisar tadi. Tumis sehingga bawang sedikit garing. 4. Kemudian barulah masukkan cili kering yang telah dikisar lumat. Gunakan api perlahan. Kacau sesekali. Biarkan sehingga cili masak untuk menyedapkan rasa sambal. 5. Tumbuk lumat ikan bilis yang direndam tadi. Masukkan sekali ke dalam kuali.
UNTUK TIP MASAK NASI HIMPIT:
*Elok rebus malam untuk makan pagi esoknya. Barulah dapat tekstur nasi himpit yang pejal dan cantik ketika dipotong. *Potong guna pisau untuk belah roti. Masa potong jangan tekan pek tu. *Nak tahan lebih lama dan rasa nasi himpit yang sedap, pastikan basuh pek beras sebersihnya. Rebus seperti biasa sehingga hilang biji nasi. *Tambahkan secubit dua garam. Masukkan daun pandan. Dah siap, toskan dalam penapis. Biarkan sehingga sejuk.
Jangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe. Buatlah sambal. Pastinya sedap. Ini dua resipi sambal daripada telur dan tempe yang pasti menambat selera anda.
SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 sudu besar cili kisar
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
Cara memasak
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2) Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3) Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4) Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5) Angkat dan sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG
Bahan-bahan
1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.
Sambal daging cili api ini sesuai untuk penggemar masakan pedas tapi ringkas. Lauk ini hidang dengan telur mata dan kicap saja pun sudah mencukupi.
Tapi awas ia hanya untuk yang berani makan hidangan pedas berapi saja. Bersama sedikit rasa manis dari sos dan kicap sambal daging ini boleh buat kita berair mata sambil makan. Namun pada masa yang sama tak mampu berhenti. Tak percaya cubalah masak!
Resipi sambal daging cili api pedas berapi
Bahan-bahan
1kg daging -dihiris nipis
15-20 ulas cili api merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Bahan sos dan perasa
1-2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar kicap pekat manis
Garam secukup rasa
Gula perang secukup rasa
Bahan dihiris
Bawang besar
Kacang panjang
Cili merah (belah dua)
Cara memasak sambal daging cili api
1. Daging yang dihiris kemudian digoreng 70 peratus masak (gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit). Ketepikan.
2. Kisar cili api merah dan bawang putih terlebih dulu sehingga halus, kemudian masukkan bawang besar, kisar sekejap sahaja supaya bawang besar tidak terlalu hancur.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
4. Tambahkan sos dan perasa iaitu garam, gula perang, kicap pekat manis, sos tiram, dan sos cili. Kacau rata dan biarkan seketika supaya semua bahan sebati dan rasa cukup seimbang.
5. Masukkan daging yang telah digoreng. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga daging menyerap rasa sambal.
6. Akhir sekali, masukkan bahan hiris. Kacau rata dan masak sebentar supaya bahan hiris sedikit layu namun masih rangup.
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi dan boleh terus makan.
TIP
-Jika mahu rasa ‘pedas berapi’ tambah cili api.
-Sesuaikan gula mengikut citarasa, terutama jika suka rasa manis pedas.
Teringin masak nanas untuk campuran dalam masakan, ini ada idea bagus menu olahan nanas dalam tin yang senang dan sedap. Tak payah kupas kulit, nak celur dan silap-silap masam rasanya.
Guna je nanas dalam tin dan tentu sedap dan mudah disediakan. Anda boleh pilih nanas dalam tin bentuk kiub atau bulat, kemudian campurkan saja dalam masakan.
Senang je kan ? Nak senang lagi ini RASA kongsikan resipinya untuk korang cuba untuk menu berbuka nanti.
AYAM NANAS MERAH MADU
BAHAN-BAHAN:
300gm isi dada ayam | hiris nipis
1/2 cawan nanas dalam tin | dadu kecil
3 sudu makana madu
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan sos tomato
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1/2 biji bawang Holland | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng hirisan isi ayam yang telah digaul dengan sedikit garam halus. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air nanas dalam tin.
Kemudian tambahkan sos tomato dan madu, kacau rata dan perasakan dengan garam.
Setelah cukup rasa masukkan isi dada ayam goreng tadi.
Seterusnya masukkan hirisan nanas dan cili banggala.
Gaul rata seketika, kemudian tutup api.
Ayam Nanas Merah Madu sedia dihidangkan.
2. DAGING GORENG HALIA BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
1/2 cawan hirisan kecil nanas dalam tin | hiris kecil
5cm halia muda | hiris halus memanjang
1/2 bawnag Holland | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit hirisan daun bawang
3-4 biji cili padi | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan daging yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah hingga bertukar warna.
Tolak ke tepi kuali daging, tumis pula bawang Holland, bawang putih dan hirisan halia dan cili padi.
Kemudian tolak semula daging ke tengah kuali, kacau rata dengan bahan tumisan.
Masukkan hirisan nanas, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan taburkan hirisan daun bawang dan gaul lagi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!