Resipi Lontong Mek Kelate, Sedap & Mudah Je Nak Buat!

Share

Selain daripada hidangan nasi, menu lontong antara yang mendapat sambutan dan sesuai untuk jamu tetamu pada majlis-majlis keraian.

Resipi yang dikongsikan Afy AL Habibi ini, menggunakan resipi sendiri dan ikut lidah asli orang Kelantan. Apapun prinsip masakan mudah, raikan sahaja jika ada cara yang berbeza dari biasa.

 

LONTONG MEK KELATE

BAHAN-BAHAN:

2 helai daun purut
1-2 ketul ayam yang dipotong kecil
1 batang serai – beli online di sini
1 sudu besar kunyit
2 senduk santan pekat – beli online di sini
1 cawan air

TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats

BAHAN KISAR:

3 biji bawang merah saiz 20 sen – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
Sehiris nipis halia – beli online di sini
½ hiris nipis lengkuas
4 hiris nipis serai
3 tangkai cili padi – beli online di sini
8 ekor ikan bilis

TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

BAHAN PERASA:

¼ keping nisse atau gula melaka – beli online di sini
½ sudu kecil gula
1 sudu besar garam

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN SAYUR:

Sedikit sayur kubis
1 biji ubi kentang | dipotong dadu
Lobak merah | dihiris nipis

BAHAN SAMPINGAN:

Udang
Kacang panjang (tak nak terlebih masak. Saya guna kacang buncis)
Fishcake
Bebola ikan
*Tempe (digoreng terlebih dahulu sebelum dihiris kecil)

Dapatkan Promax 4 in 1 Portable Jump Starter  dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebatang serai yang diketuk dan 2 helai daun purut untuk aroma wangi.
2. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Biarkan sehingga naik bau dan sedikit garing. Selepas itu masukkan 1 sudu besar kunyit.


3. Masukkan pula seketul atau dua ketul ayam yang dipotong kecil.
4. Tuang 2 senduk santan pekat. Kemudian tambahkan 1 cawan air. Tengok atas kepekatan santan sendiri. Boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Perasakan dengan nisse atau gula melaka, gula dan garam (segala kuantiti mengikut citarasa sendiri. Tak suka manis terpulang)

TONTON DAPUR RASA LIVE – Macaron Teh Tarik

6. Kemudian masukkan sedikit sayur kubis, ubi kentang dan lobak merah (sentiasa kacau supaya kuah tak pecah minyak atau timbul biji keli).
7. Selepas sayur mula layu, bolehlah masukkan bahan sampingan seperti udang, kacang panjang @ kacang buncis, fishcake, bebola ikan dan tempe.


8. Akhir sekali, masukkan sedikit sahaja suhun, fucuk dan tauhu pok.
(suhun tak boleh masuk terlalu banyak sebab nanti bila makin lama ia mengembang dan meresap kuah). Lepas dua hingga tiga minit bolehlah ditutup apinya. Siap!

 

IBU SAMBAL BILIS

BAHAN-BAHAN ASAS:

3 genggam cili kering saiz besar (direbus dan dibuang biji)
1 tangkai cili padi merah @ guna cili kering kerinting (tambah rasa pedas)


*2 ulas bawang merah saiz besar – beli online di sini
*1 ulas bawang putih
*1/4 bawang holland – beli online di sini
½ genggam ikan bilis | direndam
2 genggam ikan bilis | digoreng rangup
*1 inci belacan
2 sudu besar udang kering | direndam – beli online di sini
1 batang serai
1 simpul daun pandan
2 kerek nisse

CARA MASAK:

1. Kisar terlebih dahulu bahan bertanda * dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi. Ini rahsia penting pembuatan sambal wangi kali ini. Masukkan simpulan daun pandan dan sebatang serai yang diketuk.
3. Bahan pewangi lain yang juga perlu dimasukkan ialah sehiris halia. Selepas naik bau, masukkan bawang kisar tadi. Tumis sehingga bawang sedikit garing.
4. Kemudian barulah masukkan cili kering yang telah dikisar lumat. Gunakan api perlahan. Kacau sesekali. Biarkan sehingga cili masak untuk menyedapkan rasa sambal.
5. Tumbuk lumat ikan bilis yang direndam tadi. Masukkan sekali ke dalam kuali.

UNTUK TIP MASAK NASI HIMPIT:

*Elok rebus malam untuk makan pagi esoknya. Barulah dapat tekstur nasi himpit yang pejal dan cantik ketika dipotong.
*Potong guna pisau untuk belah roti. Masa potong jangan tekan pek tu.
*Nak tahan lebih lama dan rasa nasi himpit yang sedap, pastikan basuh pek beras sebersihnya. Rebus seperti biasa sehingga hilang biji nasi.
*Tambahkan secubit dua garam. Masukkan daun pandan. Dah siap, toskan dalam penapis. Biarkan sehingga sejuk.

Kredit resipi: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff