Sedapnya Maggi Kari Tumis ni. Sekali sekala, teringin juga nak makan sajian selain dari nasi yang simple dan tak susah masak. Bagi anda yang suka makan makanan pedas, menu perkongsian saudari Syazlin Mansor ni boleh dicuba.
CARA MASAK MAGGI KARI TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus mi segera perisa kari
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Cili padi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat. Kemudian gaul sekali dengan rempah mi segera.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk hingga garing. ( dulu-dulu nenek kata masukkan air dalam lesung. Petua masak sedap katanya.)
3. Masukkan air ikut cita rasa masing-masing. Kuah banyak atau sikit, terpulang. Tunggu hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan mi. Bila dah lembut, pecahkan telur. Sedia untuk dinikmati.
5. Jika suka, boleh masukkan sayur sawi, sosej atau apa sahaja yang digemari.
Kredit resipi & foto: Syazlin Mansor
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Rabokki Mudah, Sedap & Dijamin Halal
Peminat sajian Korea pastinya menggemari hidangan Rabokki ini. Ia adalah gabungan antara Tteobboki dan juga ramen yang dimasak bersama dalam sos kuah merah yang enak.
Untuk lebih menaikkan rasa, ada tambahan sosej, kek ikan dan juga telur rebus. Memang sangat sedap.
Orang Korea sangat sukakan keju. Nak ikut ‘trend’ mereka? Boleh tambahkan kepingan keju juga dalam Robokki anda. Pasti puas hati dengan rasanya. Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK ROBOKKI YANG SEDAP & MUDAH GUNA BAHAN-BAHAN HALAL
BAHAN-BAHAN:
Kek Beras Korea atau Tteokbokki – klik disini untuk resipi Tteokbokki homemade
Kiub pati ikan bilis – beli online disini
1 pek mi segera
Telur rebus
Kepingan rumpai laut – beli online disini
Sosej
CAMPURAN PES CILI KOREA (KACAU SEBATI):
2 sudu makan pes Gochujang (cili peram Korea) – beli online disini
1 sudu makan serbuk Gochugaru (kepingan halus cili kering Korea) – beli online disini
1 sudu besar gula putih atau madu
3 sudu besar kicap cair – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih.
2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika.
3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea.
4. Kacau sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
5.Apabila kuah sudah menjadi pekat, boleh masukkan mi segera dan sosej. Siap.
6.Boleh hidangkan dengan telur rebus, kepingan rumpai laut atau keju. Sedia dihidang.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Sendiri Jjajangmyeon Sedap Guna Resipi Sos Homemade Ni
Resipi Bibimbap Sedap Guna Bahan Mudah & Ikut Selera Orang Malaysia
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Mi Kungfu, Masakan Simple Tapi Pikat Selera
Senang je nak buat mi kugfu ni. Ini resipi untuk buat sepinggan besar mi kungfu. Memang sedap dan senang. Boleh dibuat untuk makan pada bila-bila masa. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam.
MI KUNG FU
**media[42703]**
BAHAN MI
• Minyak masak untuk menggoreng
• 200 gram mi kuning
• 2 biji telur ayam
BAHAN HIASAN
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
BAHAN KUAH
• Minyak masak untuk menumis
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 100 gram isi ayam (dipotong kecil)
• 5 ekor udang (dibuang kulit)
• 2 ekor sotong dipotong bulat
• 2 cawan air
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 sudu makan sos tiram
• 3 batang baby corn (dipotong memanjang)
• Lobak merah (dipotong panjang dan halus)
• Brokoli (dihiris kecil)
• Bunga kobis (dihiris kecil)
• 3 tangkai cili padi (diketuk)
• Serbuk lada sulah
• 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air suam)
CARA MEMBUAT MI
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mi. Kemudian masukkan telur ayam.
2. Goreng mi sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan air, garam, gula dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit dan angkat.
5. Tuangkan kuah ke atas mi kungfu tadi.
6. Letakkan bahan hiasan. Sedia untuk dihidang.
Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan
Resipi Kuetiau Goreng Simple Tapi Sedap Dimakan
Kali ini RASA kongsikan hidangan kuetiau yang senang nak dibuat ketika sarapan. Senang sangat. Tak ambil masa lama pun. Boleh sediakan pada waktu pagi sebelum semua bergerak dengan rutin harian.
KUETIAU GORENG SIMPLE
.
BAHAN-BAHAN
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Sedikit udang kering
Minyak masak untuk menumis
1 sudu cili boh
Sos cili secukupnya
Sos tomato secukupnya
Kicap manis secukupnya
Kicap pekat secukupnya
Sos tiram secukupnya
1 cawan air
1 keping tauhu | potong kecil dan digoreng dahulu
Fishcake secukupnya | potong kecil dan digoreng dulu
2 biji telur ayam
1 peket kuetiau
Tauge secukupnya
1 biji tomato
CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.
2. Tumis semua bawah kisar sehingga kekuningan. Masukkan cili boh dan tumis lagi.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis, kicap pekat dan sos tiram. Masuk juga secawan air. Kacau sebentar.
4. Masukkan tauhu dan fishcake. Kacau sehingga mendidih.
5. Pecahkan telur ayam. Kacau.
6. Masukkan kuetiau dan kacau sehingga semua sebati.
7. Akhir sekali masukkan tauge dan tomato. Kacau seketika. Matikan api.
Selamat mencuba!
Resipi oleh facebook Anys Idayu Zakaria