Bagi penggemar hidangan Makaroni Keju, anda pasti pantang dengar nama menu ni dah rasa nak makan kan? Ha…Min faham. Mahu tak nak. Dah nama pun makanan kegemaran. Kepada sesiapa yang tercari-cari resipi Makaroni Cheese yang mudah dan sedap, resipi ni salah satu yang boleh dicuba. Sangat berbaloi. Boleh makan puas-puas! Malah ia juga sesuai untuk anak-anak kerana tidak pedas.
MACARONI CHEESE SEMPOI
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 cawan macaroni
3 cawan susu segar
6 keping keju cheddar Cheesedale
1 sudu besar susu pekat manis
Brokoli secukupnya – dicelur
Cendawan butang secukupnya – dicelur
Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Rebus makaroni dan toskan airnya.
Dalam pan atau periuk, masukkan makaroni tadi dan buka api sederhana. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk.
Letakkan kepingan keju dan susu pekat manis di atas makaroni tadi.
Bila keju mula cair, gaul kesemuanya supaya rata.
Masukan hirisan brokoli dan cendawan yang telah direbus atau dicelur.
Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Tambahkan juga sedikit serbuk lada hitam untuk rasa yang lebih sedap.
Selepas menyaksikan live Dato Seri Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris membuat laksa, wanita yang menggunakan akaun facebook Deyana Hatazad telah membuat sendiri laksa mengikut resipi yang diberikan.
Melalui facebook live, Deyana mengatakan memang sedap sungguh laksa yang dimasak ikut resipi usahawan kosmetik tersebut. Cuma ada sedikit yang diubah iaitu laksa digantikan dengan pasta angle hair. Jom try masak.
LAKSA STYLE ABANG TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN
5 ekor ikan kembung
4 ekor ikan selayang
7 keping asam keping
Sedikit garam
1 labu bawang besar
5 sudu cili kering
4 biji cili api merah
3 inci belacan
Sedikit air
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
2 batang serai
1 mangkuk kecil ikan bilis
Garam secukupnya
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil gula merah
BAHAN HIASAN
Bunga kantan (hiris)
Telur ayam (rebus)
Limau nipis (belah 2)
Bawang (hiris)
Salad (hiris)
Timun (hiris)
CARA MEMBUAT
1. Rebus ikan kembung dan ikan selayang bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian ambil isi ikan dan kisar kasar. Masukkan dalam periuk bersama air ikan rebus tadi
2. Masak kuah ikan dengan api pelahan. Kacau kuah ikan sentiasa.
3. Kisar bawang besar, cili kering, cili api merah dan belacan dengan sedikit air. Masukkan dalam periuk berisi kuah ikan tadi.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan serai.
5. Kisar ikan bilis dan masukkan dalam periuk.
6. Apabila kuah mendidih, masukkan garam jika masih belum cukup masin, asam jawa dan gula merah.
Hujung minggu ini mungkin ada yang bercadang untuk membuat kenduri atau majlis dengan tetamu hingga 500 orang.
Jika teringin memasak sendiri kuah laksa untuk tetamu ini boleh gunakan sukatan yang dikongsi oleh Akhmal Mustafa. Ujar beliau lagi boleh juga jika mahu menggunakan resipi ini untuk berniaga pun, dihalalkan.
Sukatan kuah laksa utara untuk 500 orang
Bahan-bahan
7 kg ikan kembung *
7kg ikan sardin*
Belacan cap Tanjung Dawai/Alor Ibus bulat (separuh sahaja)*
20 labu bawang besar*
15 kuntum bunga kantan
6 ikat daun kesum (3 ikat dikisar lumat)
Cili kering kisar (terpulang tahap kepedasan yang dikehendaki)*
Garam
Piub Pati ayam
4 peket Asam keping
4 tin sardin (kisar sekala dengan sos)*
Cara membuat
1. Kisar lumat bahan bertanda * kecuali ikan.
2. Masukkan cili kisar ke dalam periuk, rebus dahulu sehingga mendidih untuk hilangkan rasa maung cili.
3. Kemudian, kisar ikan yang siap direbus sekali dengan tulang. Proses ini perlu sabar kerana perlu ditapis berulang kali untuk dapatkan tekstur kuah yang pekat likat.
4. Apabila siap ditapis elok, kisar sedikit daun kesum sehingga lumat. Satukan dalam periuk.
5. Didihkan kuah dgn api sederhana, kisar sardin bersama sosnya dan masukkan dalam kuah. Waktu ini kuah laksa akan menjadi lebih pekat. Boleh tambah air mengikut thap kepekatan yang dikehendaki.
6. Perasakan dengan garam dan kiub pati ayam.
7. Apabila kuah mula mendidih, masukkan asam keping bersama taburan bunga kantan dan daun kesum. Masak kuah laksa sekali lagi sehingga terbit minyak di permukaannya. Waktu memasak kuah laksa ini antara 30-40m init mengikut kuantiti.
Bila nak beli makanan sejuk beku atau frozen food, usah cuak ya. Makanan seperti bebola daging, ayam, salami, peperoni ni ada logo halalnya. Yang ‘bestnya’ produk sejuk beku ni boleh diolah menjadi pelbagai resipi lazat terutamanya dalam sajian barat.
Nah Min kongsi 2 resipi mudah inovasi makanan sejuk beku ilham kreatif dari Chef Mohd Azizi Hamzah, Hizwan Abd. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Alia Rohaizan dari Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur.
MEAT BALL AND TORTELLINI IN CREAMY CHEEZY SAUCE
BAHAN-BAHAN :
180gm bebola daging
20gm bawang holland
2 keping keju cheddar
20gm cili benggala merah | dicincang halus
20gm cili benggala hijau| dicincang halus
60gm krim putar
240gm pasta tortellini
40ml minyak jagung
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang holland, cili benggala merah dan hijau serta bebola daging. 2. Bila bebola daging masak, masukkkan krim putar serta keju cheddar. Kacau hingga pekat 3. Rebus pasta tortellini hingga masak, toskan air. 4. Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos tadi di atasnya 5. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis Jenis masakan : Pasta dan bebola daging Keistimewaan : Lemak berkrim dari keju, tambah lazat dengan bebola daging
Info Chef :Tortellini adalah pasta berbentuk cincin. Ada juga menyamakan dengan bentuk pusat. Pasta dengan bebola daging di dalam kuah/sos memang padanan yang lazat.
STUFFED POTATO WITH PEPPERONI SALAD
BAHAN-BAHAN :
60gm peperoni
100gm chat potato @ baby potato *kentang kecil sesuai untuk stim dan bakar
40gm keju mozarella
4gm oregano kering
20gm tomato pronto ‘sos tomato Itali pekat ada dijual dalam tin”
20gm cili benggala merah | dipotong dadu
10gm bawang putih | dihiris
4gm english parsli | dihiris
CARA MEMASAK : 1. Cuci ubi kentang dan keringkan. Kentang dipotong halus (kelar)tinggalkan sehingga 1/8 inci yang tidak dipotong.Dikelar jangan sampai terputus. 2. Letak peperoni di tempat yang dikelar tadi dan taburkan sedikit oregano 3. Bakar sehingga 15 minit pada suhu 160 darjah celcius. 4. Apabila ubi kentang telah masak letakkan tomato pronto, cili benggala merah, bawang putih dan keju mozarella 5. Akhir sekali taburkan parsli, sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : bakar Jenis masakan : Appetizer (pembuka selera) Keistimewaan : Kentang empuk enak dengan peperoni dan keju berkrim
Info Chef : Untuk sajian ini pilih kentang yang bersaiz kecil yang juga dikenali sebagai chat potato atau baby potato kerana ia lebih sesuai untuk dibakar atau stim. Empuk dan lembut.
TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.hotelsripetaling.com.my