Resipi Mapo Tofu Berkuah Pedas Stail Masakan Cina Yang Enak

Share

Jika anda nak masak lauk yang mudah dan ringkas, boleh cuba masak mapo tofu berkuah pedas ala masakan cina ini. Gabungan rasa kuah yang manis dan pedas serta tofu yang lembut memang mantap. Makan pula dengan nasi putih, sedap tak terkata. Ini resipi yang dikongsi oleh Zurina Zulkefli yang boleh anda cuba.

MAPO TOFU

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul tauhu biasa atau mapo tofu
  • 3 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 2 hirisan halia – beli online DISINI
  • 2 ketul isi ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili – beli online DISINI
  • 2 sudu besar kicap – beli online DISINI
  • Serbuk perasa ayam atau kiub pati ayam – beli online DISINI
  • Minyak masak
  • Minyak bijan – beli online DISINI
  • 2 sudu besar tepung jagung – beli online DISINI
  • Daun bawang

 

CARA MEMASAK:

1. Potong tauhu kecil-kecil.

 

2. Panaskan minyak masak dan tumis campuran bawang putih dan halia.

3. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga masak.

 

4. Masukkan serbuk cili yang dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.

5. Tambahkan air dalam 1 cawan setengah. Boleh tambah garam, serbuk perasa ayam dan kicap. Gaul kuah sehingga mendidih.

6. Bila kuah dah mendidih, masukkan potongan tauhu. Biarkan tauhu masak dahulu dan jangan digaul supaya tauhu tidak hancur.

 

7. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

 

8. Biarkan tauhu masak sehingga kuah menjadi likat. Taburkan hirisan daun bawang dan titiskan minyak bijan.

9. Siap dan sedia untuk dimakan bersama nasi.

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Anda mencari AIR FRYER yang murah pada harga yang berpatutan? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Published by
Naqiyatul Uzma