Resipi Maruku Cheese. Mudah Sangat Nak Buat Ni, Sedap Pulak Tu

Share

Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih terjamin kesihatannya dari segi bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan. Korang boleh pantau jumlah gula dan garam yang hendak digunakan.

Kali ni RASA nak share kudapan berupa maruku cheese yang rasanya lemak manis. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan maruku macam ni.

MARUKU CHEESE

Bahan-Bahan
175 gram tepung beras pulut
250 gram krim keju
100 gram gula ising
1 biji telur ayam
60 gram air
1/2 sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak
1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam.
3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul.
4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana.
5. Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas