
Kuetiau sedap dimakan untuk sarapan dan makan malam. Boleh dibuat sup dan juga digoreng. Kali ini RASA kongsikan resipi kuetiau goreng bersama udang yang sangat simple tapi sedap cita rasanya. Bolehlah cuba masak untuk seisi keluarga.
KUETIAU GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
1 kg kuetiau
150 gram udang
50 gram bawang putih kisar
50 gram cili boh
30 ml kicap cair
10 gram lada putih
1 biji telur ayam
30 gram tauge
50 gram kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Kue Teow Sendiri? Mudah Sangat, Guna 3 Bahan Saja

Suka makan kue teow tapi bila beli, rasa tak cukup pula. Jom kita buat kue teow di dapur sendiri. Dijamin bersih, suci dan halal.
Dengan perkongsian resipi buat sendiri kue teow daripada Hanita Isman ini, nak bagi keluarga makan pun senang hati kan?
KUE TEOW HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras – beli online di sini
250gm tepung ubi – beli online di sini
1.5 liter air
CARA-CARA:
1. Bancuh semua bahan dan tapis.
2. Kemudian, kukus dalam dulang macam kukus laksam tu selama 3 minit.
3. Angkat dan tunggu sejuk sikit, baru keluarkan dari dulang. Sapu minyak sebelum dilapis ya.
Kredit resipi: Hanita Isman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nak Bihun Goreng Kosong Nampak Cantik & Berkilat, Boleh Ikut Tip Yatie Kitchen Ni
Resipi Gulai Daging Kawah Sebijik Rasa Sama Gulai Di Kenduri
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Koleksi Resipi Pasta Ikut Rasa Tekak Orang Malaysia, Baru Best!

Isi Kandungan
ToggleGabungan bahan masakan timur dan barat ini buatkan tekak orang Malaysia boleh diterima. Walaupun bukan semua berminat dengan masakan pasta ni, tapi hasil dari gabungan fusion lebih diterima ramai. Jom cuba beberapa resipi istimewa yang RASA kongsikan untuk kamu.
MACARONI PHAD THAI
Bahan-bahan:
- 160 gram makaroni – rebus dan toskan
- 2 biji bawang merah – potong dadu
- 4 ekor udang – buang kulit
- 1 ekor sotong – hiris
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 biji telur
- ½ senduk sos tiram
- 1 sudu besar stok udang
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh stok ayam
- 3 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:
- Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan udang dan sotong.
- Kacau sebati dan masukkan serbuk cili serta telur. Kacau sekata.
- Selepas itu, masukkan sos tiram, stok udang dan bahan perisa yang lain.
- Akhir sekali masukkan makaroni. Kacau seketika dan angkat.
- Sedia untuk dinikmati.
SPAGHETTI PESTO SEAFOOD
Bahan-bahan:
- 160 gm spageti – rebus
- 2 biji bawang merah – potong dadu
- 4 ekor udang – buang kulit
- 1/2 ekor sotong – hiris
- 1 sudu makan stok udang
- ½ sudu teh garam
- ¾ sudu teh serbuk lada hitam
- ½ sudu teh marjerin
- 2 sudu makan pes pesto
- 1 sudu makan minyak masak
Bahan-bahan Pes Pesto:
- 200 gm ulam raja/pegaga
- 200 gm daun kesum
- 200 gm daun ketumbar
- 2 biji bawang merah – dihiris
- 4 biji bawang putih – dihiris
- 3 helai daun serai
- 1 Sudu makan ikan bilis – dikisar
- 1 cawan kecil minyak matahari
- 2 biji limau – ambil jus
- 2 genggam cili hijau
- 2 sudu makan sos ikan
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh stok ayam
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- ½ sudu teh gula
Cara Memasak:
- Untuk membuat sos pesto, hiris semua bahan kecuali bahan perasa.
- Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
- Siap dan simpan pes pesto di dalam peti sejuk sebelum digunakan.
- Untuk memasak spageti, panaskan kuali, tumis bawang merah sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan udang dan sotong. Biarkan seketika.
- Masukkan stok udang dan bahan perisa yang lain. Kacau sebati.
- Selepas itu, masukkan spageti yang telah direbus bersama marjerin.
- Akhir sekali masukkan pula pes pesto. Tutup api dan kacau hingga sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
SPAGHETTI FRUITY DE’ MARE
- Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus dan tos - 1 sudu teh bawang merah – dikisar
- 4 ekor udang – buang kulit
- 1 ekor sotong – hiris
- 3 sudu makan tomato puri
- 1 sudu makan krim masakan
- ½ sudu teh stok ayam
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu makan minyak masak
- Daun parsli – hiasan
Cara Memasak:
- Panaskan kuali dan tumis bawang sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga masak.
- Selepas itu, masukkan bahan perisa yang lain bersama tomato puri.
- Diikuti dengan krim masakan. Gaul sebati.
- Angkat dan hiaskan dengan daun parsli.
SPAGHETTI CHICKEN CARBONARA
Bahan-bahan:
- 160 gm spageti – rebus dan tos
- 1 senduk sos carbonara
- 1 sudu makan isi ayam yang dipotong dadu
- 1 sudu makan cendawan Shitake – dihiris
- 2 biji bebola ayam – digoreng
- Daun parli – hiasan
Cara Memasak:
- Masukkan pasta yang telas direbus tadi ke dalam pinggan. Ketepikan.
- Dalam kuali, masukkan sos carbonara, isi ayam, cendawan shitake dan bebola ayam. Masak seketika.
- Selepas itu, angkat dan hidangkan di atas pasta tadi.
- Hiaskan dengan daun parsli. Sedia dinikmati.
Resipi: Harmony Zone Puncak Alam, Selangor (En. Zawari Yahya Udni & En. Farizal)
CUBA JUGA RESIPI PASTA SEDAP INI:
Resipi Pasta Spiral Goreng. Sesuai Dijadikan Sarapan & Bekal Anak Ke Sekolah.
http://www.rasa.my/nak-makan-pasta-sedap-tapi-nak-resipi-senang-hah-pasta-carbonara-mayones-ni-memang-terlajak-mudah/
8 Sajian Barat Popular & Mudah Untuk Sajian Hujung Minggu Ini.

Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak bila tiba hari cuti hujung minggu. Tak naklah berulang memasak juadah yang sama seperti hari biasa. Sesekali teringin juga masak sesuatu yang istimewa. Nah, 8 resipi citarasa orang putih yang boleh anda sajian buat keluarga tercinta. Jangan risau, semuanya ringkas dan mudah disediakan. Paling penting, rasanya dijamin lazat! Selamat mencuba.
1. SHEPERD PIE DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kilo daging lembu atau kambing | dipotong dadu
- 100gm daging tetel lembu |dipotong kecil
- 5-6 biji kentang russet |direbus empuk
- 2 biji bawang besar |dicincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 1/2 sudu besar serbuk brown sauce ( dilarutkan di dalam 125ml air suam)
- 1/2 kiub stok daging lembu |mengikut cita rasa
- 1 batang lobak merah |potong sebesar 2.5cm
- 2 batang seleri |potong sebesar 2.5cm
- 6-7 biji cendawan butang segar |dihiris kasar
- 2 helai daun bay
- Sedikit herba rosemary dan thyme
- 2 sudu teh sos Lea & Perrins
- Sedikit tepung gandum yang dilarutkan ke dalam 125ml air
- 180ml susu segar
- 100gm mentega ( untuk dimasukkan ke dalam kentang lenyek)
- 100gm mentega ( untuk menumis bersama minyak zaitun)
- 2 sudu makan minyak zaitun
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:
- Lenyek kentang rebus bersama susu, mentega dan garam, untuk diletakkan di bahagian atas daging yang telah dimasak. Ketepikan.
- Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan.
- Tumis bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun dan sedikit mentega. Masukkan sos Lea & Perrins, air, stok daging, lobak merah, saleri, cendawan, daun bay, rosemary, thyme, lada hitam dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Apabila sudah masak, masukkan tepung dan sedikit mentega. Jangan masak hingga ia terlalu pekat. Biar ia basah dan lembap, tidak terlalu kering.
- Setelah itu, masukkan semua bahan yang dimasak tadi ke dalam kaserol dan ratakan. Setelah itu masukkan kentang yang sudah dilenyek di bahagian atas dan ratakan.
- Bakar dengan suhu 180 C selama setengah jam sehingga kentang menjadi garing sedikit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Inti yang tidak terlalu kering akan menambah kesedapan Sheppard Pie itu ketika dinikmati.
2. LASAGNA DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 kotak ‘oven- ready’ pasta lasagna
- 650gm daging kisar
- 2 batang seleri |panggang dan dikisar
- 2 biji tomato |panggang dan dikisar
- 2 batang lobak merah |panggang dan dikisar
- 2 biji bawang besar |panggang dan dikisar
- 3 biji bawang putih
- 1 tin kecil tomato puri
- 6-7 biji cendawan butang
- 500ml air
BAHAN HERBA:
- 2 sudu kecil oregano
- 2 sudu kecil paprika
- 2 helai daun bay
- 1 sudu kecik thyme
- Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
- 125ml susu cair (evaporated)
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 kiub stok daging
- 100gm mentega
- 2-3 sudu makan minyak zaitun
BAHAN UNTUK SOS KEJU:
- 60gm tepung gandum
- 375ml susu cair segar
- 100gm mentega
- 7 keping kepingan keju cheddar
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, lobak merah dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
- Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
- Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan keju parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk sos keju; Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
- Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat lapisan lasagna; Sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan.
- Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas.
- Sapukan sos keju dan taburkan serbuk keju parmesan.
- Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
- Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan keju mozarela di seluruh permukaan.
- Bakar pada suhu 180 C selama 1/2 jam sehingga keju mozarella cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas.
Info chef: Hanya masukkan sedikit sahaja garam untuk menggelakkan ia masin memandangkan sudah ada aneka jenis keju.
3. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana
- 1 batang seleri |potong empat
- 1 sudu teh herba thyme
- 1 sudu teh rosemary
- 1 biji bawang besar |belah dua
- Beberapa tangkai daun parsli
- 1 helai daun bay
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos Lea & Perrins
- 4 ulas bawang putih |tumbuk halus
- 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
- Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
- Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
- Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200c. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
- Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
- Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown sauce dan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
- Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
Info chef: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
4. AGLIO E OLIO
BAHAN- BAHAN:
- 70gm spageti |rebus dan toskan
- 2 ulas bawang putih
- 2 ekor sotong |buang kulit dan dipotong bulat
- 4-5 ekor udang | buang kulit
- 10 ekor kupang segar atau 100gm isi kupang
- 2 tangkai daun parsli |cincang kasar
- 1 sudu teh herba cajun
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 4 biji buah zaitun hitam jeruk
- 1 sudu teh ikan bilis
- Lada hitam dan garam secukupnya
- Sedikit air untuk melembapkan
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih bersama minyak zaitun sehingga naik bau dan masukkan tomato, serbuk ikan bilis, herba cajun, lada hitam, buah zaitun, garam dan sedikit air.
- Masukkan kupang, sotong dan udang. Biar masak seketika kemudian barulah masukkan pula spageti yang telah direbus dan daun parsli. Gaul rata sehingga masak.
- Hidangkan dengan serbuk keju parmesan dan lemon jika suka.
- Sedia dihidangkan.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh juga taburkan cili api yang dicincang halus.
5. AYAM STEW TOMATO SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 300 gm isi ayam | dipotong kiub
- 50gm lobak merah | dipotong kiub
- 50gm epal hijau | dipotong kiub
- 1 biji bawang besar Holland | dipotong kiub
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1/3 sudu teh herba thyme
- 5 biji cendawan butang
- 1 biji tomato | dipotong kiub
- 3 sudu makan puri tomato
- Garam secukup rasa
- Sedikit air
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar Holland dan bawang putih. Setelah naik bau masukkan puri tomato.
- Kemudian masukkan lobak merah, epal hijau, cendawan, tomato dan herba thyme.
- Masukkan sedikit air dan tambahkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam masak.
- Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh dimakan bersama roti atau nasi.
6. SALMON GRIL BERSAMA SOS MENTEGA LEMON
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping stik salmon
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu makan jus lemon
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- Herba dill dan thyme secukupnya
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
- 250gm mentega
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 ulas bawang putih | dicincang halus
- Sedikit herba thyme
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan salmon dan perap dengan bahan perapan selama 20 minit.
- Gril salmon lebih kurang 15 minit sehingga ikan masak.
- Bagi menghasilkan sos, panaskan mentega dengan api perlahan.
- Masukkan herba dan jus perahan lemon. Kacau sebati.
- Padamkan api dan perasakan dengan sedikit garam. Hidangkan bersama salmon.
Info chef: Gril ikan pada bahagian kulit terlebih dahulu bagi mendapatkan kulit yang garing
7. UDANG BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang segar
- 100gm keju mozzarella
- 50gm keju cheddar
- 50gm keju parmesan
BAHAN PERAPAN:
- 1 sudu makan serbuk lada sulah
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan jus lemon
- Herba thyme secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
- Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
- Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
- Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan.
Info chef: Guna udang segar bersaiz XL untuk hasil yang enak. Boleh dinikmati bersama pasta atau nasi.
8. KETAM SUMBAT BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ketam | kukus dan ambil isi. Kulitnya disimpan
- 1 labu bawang besar | potong dadu
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 1/2 biji tomato | potong dadu
- 1 pokok daun bawang | hiris
- 2 tangkai daun parsley | cincang halus
- 100 ml santan pekat
- 1 sudu besar serbuk roti
- 1 sudu teh keju parmesan
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit garam | jika perlu
- Sedikit minyak carotino untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan tomato, isi ketam, daun parsli, serbuk lada hitam, garam dan santan.
- Kacau sebati sehingga agak kering. Tutupkan api.
- Masukkan isi ketam itu ke dalam cengkerang ketam tadi sehingga penuh.
- Satukan serbuk keju parmesan dan serbuk roti taburkan di atas ketam.
- Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit dengan suhu 100 celcius.
INFO CHEF: Selain dibakar, hidangan ini juga boleh dikukus.
BOLEH JUGA CUBA:
Jom Masak & Makan! Resipi Chicken Chop, Pasta Dan Fish&Chip Macam Yang Makan Di Restoran.
Resipi Tomyam Putih Campur Ni Dapat Banyak Giler Share Di FB. Sedap Weh!