Kuetiau sedap dimakan untuk sarapan dan makan malam. Boleh dibuat sup dan juga digoreng. Kali ini RASA kongsikan resipi kuetiau goreng bersama udang yang sangat simple tapi sedap cita rasanya. Bolehlah cuba masak untuk seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN
1 kg kuetiau
150 gram udang
50 gram bawang putih kisar
50 gram cili boh
30 ml kicap cair
10 gram lada putih
1 biji telur ayam
30 gram tauge
50 gram kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.
Selamat mencuba!