Kalau kita duduk di bandar, rumah pula jenis apartment, terfikir nak makan daging bakar style orang dulu-dulu, manalah nak
cari tempat nak membakar tu kan. Jadi, RASA kongsikan resipi daging bakar yang dimasak menggunakan air fryer. Senang
sangat, sedap pulak tu.
Bahan Daging Bakar
500 gram daging
Sedikit serbuk kari daging
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak
Cara membuat
1. Gaulkan semua ikut cita rasa dan perap sekejap.
Bahan Sos Cicah Daging
Kicap sotong
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula
Serbuk cili
Bawang merah (cencang halus)
Beras (goreng dan tumbuk)
Daun ketumbar / daun sup
Minyak masak
Cara membuat
1. Panaskan minyak masak. Masukkan serbuk cili.
2. Masukkan air asam jawa. Biarkan sampai pecah minyak.
3. Masukkan bawang merah. Masukkan kicap sotong. Gaulkan.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
5. Perah asam limau. Taburkan beras goreng yang ditumbuk dan daun ketumbar. Siap.
Tip: Suhu 160°C selama 30 minit, boleh tambah lagi 10 minit.
Resipi oleh Anas Syauqi dari Telegram KakiMakan