Bagi penggemar sajian asli Negeri Sembilan, harus cuba menu Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang & Pucuk Ubi dan Ikan Bilis perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ini. Menu begini sangat mudah dimasak dan begitu membuka selera. Ringkas sahaja caranya. Dinikmati semua golongan usia. Andai dinikmati bersama Ikan Goreng atau Ikan Masin, memang enak sekali. Ayam Goreng Kunyit garing-garing pun sedap tau. Jom lah cuba. Anda pasti berselera.
JOM CUBA! MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI BILIS
BAHAN-BAHAN: Jantung pisang Air Asam keping – beli online disini Garam Cili api – ikut kepedasan yang disukai Kunyit hidup – ditumbuk 1 ikat pucuk ubi Ikan bilis secukupnya – beli online disini 1 ½ biji kelapa parut -perah ambil pati
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan jantung pisang dan kupas kelopaknya hingga jumpa kulit kuning susu seperti dibawah. Potong kecil, rendam dengan air, asam keping dan garam.
2. Masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan cili ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih. 3. Kemudian masukkan jantung pisang. Masak sehingga jantung lembut. 4. Akhir sekali masukkan pucuk ubi. Kacau dalam beberapa minit kemudian tutup api. Pastikan kuah sudah diperasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Masak Lemak Cili Api istimewa ini siap untuk dinikmati.
Ads
INFO: Guna jantung pisang nipah supaya rasanya lebih sedap, tidak pahit dan tidak kelat.
Sedapnya makan Roti Canai garing bersama Kuah Kacang Dhal. Letak kuah banyak, jadi Roti Canai Banjir. Waduh… Nikmatnya! Kalau di rumah ada Roti Canai sejukbeku, masak je Kuah Dhal sendiri. Mudah sahaja! Bahan-bahannya juga ringkas. Saudari Nik Nazirah ada kongsikan satu resipi Kuah Kacang Dhal ringkas tapi sedap yang anda boleh cuba.
CARA MEMASAK: 1. Basuh bersih kacang dhal dan rebus hingga empuk. Masukkan juga serbuk kunyit, serbuk cili dan sedikit garam. 2. Bila kacang sudah empuk, biarkan seketika. 3. Dalam masa yang sama, tumis bahan yang bertanda (*) hingga layu, sedikit kekuningan dan harum.
4. Lenyek-lenyekkan sikit kacang dhal agar tekstur kuah kacang dhal ada yang halus dan kasar.
5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk kacang dhal tadi dan masak lagi hingga bahan tumis dan kacang dhal tadi bergaul sempurna. Masak dalam lebih kurang 5-10 minit. 6. Masukkan garam gula secukup rasa. Siap!
7. Sejukkan kuah terlebih dahulu sebelum dihidang.
INFO: Serbuk cili dimasukkan ke dalam kuah bertujuan untuk menaikkan lagi warna kuning kunyit supaya lebih menyerlah.
Sesiapa yang suka Asam Pedas ini resipi Asam Pedas versi berempah campur sawi jeruk. Rasannya memang wau…kena dengan nasi panas, ada ulam dan sambal belacan. Terus kecur air liur dibuatnya. Sesiapa yang nak buat, ini resipinya:-
ASAM PEDAS BEREMPAH TENGGIRI & SAWI JERUK
BAHAN-BAHAN:
4 potong ikan tenggiri papan | cuci bersih dan toskan
1 pokok sawi jeruk | cuci bersih dan hiris kecil-kecil
Daun kesum secukupnya
1/2 cawan air asam Jawa
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan kerisik
2cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada hitam biji
1/2 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kisar, lengkuas dan halia yang dititik.
Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam dan sedikit air.
Setelah mereneh masukkan sawi jeruk dan ikan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun kesum, kecilkan api biarkan mereneh hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
Menu Gulai Lemak Ikan Kering ni memang menjadi pujaan ramai terutamanya anak-anak Kelantan. Menu ni memang sedap. Biasanya dihidangkan bersama nasi putih, sambal dan ulam. Bagi yang pernah makan Nasi Berlauk, ha..nilah menu gulainya. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!