Makan

Resipi Masak Lemak Cili Api Tenggiri Bersama Rebung Yang Sedap & Mudah

Share

Masak Lemak Cili Api Tenggiri bersama Rebung. Wow.. Bagi peminat sajian Negeri Sembilan ni pasti dah kecur liur. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Tapi paling penting, kena guna kelapa asli. Barulah lagi enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Pasti berselera.

CARA MASAK LAUK MASAK LEMAK CILI API TENGGIRI BERSAMA REBUNG

BAHAN-BAHAN:
Ikan tenggiri
Cili api hijau dan merah – ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Rebung
1 1/2 biji kelapa parut (diperah ambil pati sahaja. Pastikan guna kelapa tua)
1-2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1. Ambil rebung, cuci bersih, diramas sedikit untuk buang bau air rendaman rebung. Kemudian toskan.
2. Sediakan kuali. Masukkan ikan, cili dan kunyit yang telah ditumbuk, rebungdan juga santan. Sebatikan.
3. Kemudian buka api dan didihkan. Masak seperti biasa. Pastikan kuah sentiasa dikacau. 4. Bila kuah hampir pekat, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya
5. Masak Lemak Cili Api Tenggiri bersama Rebung siap untuk dinikmati.

INFO: Empunya resipi suka guna Tenggiri Bunga kerana isinya lebih lembut.

Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur