Resipi Masak Lemak Cili Api Udang Galah dan Lala, Dua-Dua Sedap!

Share

Masak lemak cili api adalah sejenis lauk yang disukai bagi penggemar hidangan pedas. Lazimnya, masyarakat Negeri Sembilan. Lagi pedas, lagi menarik cita rasa.

Antara lauk yang sedap dijadikan masak lemak adalah udang galah dan lala. Jom kita lihat resipinya.

MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH

BAHAN-BAHAN
10 tangkai cili padi
2 biji bawang merah kecil
2 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
1 batang serai
Bunga kantan
2 cawan santan pekat
10 ekor udang galah
1 keping asam keping (jika suka)

CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, bawang merah kecil, kunyit hidup dan garam sehingga lumat. Setelah lumat, masukkan ke dalam periuk.
2. Ketuk serai menggunakan anak lesung. Masukkan dalam periuk.
3. Bunga kantan, dibelah empat. Masukkan ke dalam periuk.
4. Tuang santan ke dalam periuk. Kemudian hidupkan api. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan udang galah. Renehkan lagi sehingga udang galak masak sempurna.
6. Ada yang suka masukkan asam keping. Boleh masukkan jika suka rasanya sedikit masam.

Siap!
Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan Rasa Share Resipi

MASAK LEMAK CILI API LALA

BAHAN-BAHAN

10 biji cili padi
2 ulas bawang merah kecil
2 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
1 batang serai (ketuk)
1 cawan santan pekat
Bunga kantan (jika suka)
Sepiring lala

CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, bawang merah kecil, kunyit hidup dan garam sehingga lumat. Setelah lumat, masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan asam keping, serai dan santan. Hidupkan api.
3. Biarkan mendidih sedikit. Jika suka, boleh masukkan bunga kantan.
4. Masukkan lala. Biarkan mendidih sekali lagi. Tutup api.

Siap!

Sumber: Iedaa Jahaya

Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan Rasa Share Resipi

Published by
Maryam Elyas