Lauk perut lembu selalunya diminati oleh masyarakat Jawa. Perut lembu ada yang suka versi masih hitam ataupun dibersihkan sehingga putih.

Salah satu masakannya adalah dimasak lemak putih. Ada juga resipi perut lembu yang dimasak ungkep atau dicampur dalam sambal goreng.

Ads

Kali ini jom kita lihat resipi perut lembu atau babat yang dimasak lemak putih bercampur dengan kacang panjang.

MASAK LEMAK PUTIH PERUT LEMBU DENGAN KACANG PANJANG

Resipi Masak Lemak Putih Perut Lembu dengan Kacang Panjang, Lauk Masyarakat Jawa

BAHAN-BAHAN
500 gram perut lembu
6 biji bawang merah kecil
2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
4 batang kacang panjang
Garam secukupnya
10 tangkai cili api

Ads

CARA MEMBUAT
1. Bersihkan perut lembu. Kemudian rebus sehingga empuk. Toskan air rebusan dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil dengan halia.
3. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah kecil, halia, bawang putih dan serai.
4. Masukkan santan. Kacau seketika.
5. Masukkan perut lembu. Biarkan mendidih,
6. Masukkan kacang panjang, garam dan cili padi.
7. Biarkan mendidih sekali lagi. Matikan api.

Ads

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI