
Lauk yang simple tapi membangkitkan selera selalunya jadi pilihan. Salah satunya adalah sambal tumis telur. Tak perlu susah-susah. Rebus je telur ayam tu. Kemudian masukkan dalam sambal tumis. RASA berikan lauk telur masak sambal tumis yang sememangnya sedap dan menyelerakan.
SAMBAL TUMIS TELUR
.
BAHAN-BAHAN
• 5 biji telur ayam (direbus)
• Minyak masak
• 1/2 biji bawang besar (dihiris bulat)
• Air asam jawa
• 1 sudu besar kicap lemak manis
• 1 sudu besar sos cili
• Gula
• Garam
BAHAN KISAR
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Belacan
• 4 sudu besar cili kisar
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam selama 8-10 minit sahaja. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis BAHAN KISAR sehingga agak garing sedikit.
3. Masukkan air asam jawa, kicap lemak manis, sos cili, gula dan garam.
4. Masukkan telur dan bawang hiris tadi. Gaul rata. Tutup api.
5. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Yatty Collection Star dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Ikan Bakar Tomyam Guna Perencah Segera Jer. Sedap, Mudah & Ringkas.

Penggemar ikan bakar boleh cuba resipi mudah ni. Tidak memerlukan bahan yang banyak, ikan bakar yang hanya perlukan perencah masakan ini sudah boleh menjadikan masakan ikan bakar menjadi lebih sedap! Selamat mencuba
IKAN BAKAR TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- ikan basuh bersih (cencaru,pari,siakap @ ikan ape jer korg suka)
- bwg putih + kunyit + halia + serai ~ tumbuk lumat (kalau nak pedas + cili padi)
- 1 pek pes tomyam adabi (kalau ikan byk.. tmbh pes)
- 2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK:
- campurkan pes tomyam dgn bahan tumbuk.. lumurkan pada ikan.. belah la sikit blkng ikan tu sumbat skali rempah.
- bungkuskan ikan dgn aluminium foil.. jgn lupa buh skali daun limau purut.. koyak2 sikit bg aroma dia menyerlah
- bakar dlm kuali ajaib ke anti lekat ke pun boleh.. 20mnt stiap sisi.. api kecil.. siappppp!!!!
*tidak tambah garam/gula @ perasa dlm resepi ni ya (terpulang pada cara masing2)
Kredit resipi: Mawar Alina MAHN
Rendang Ayam Cili Hijau Memang Padu Rasa

Isi Kandungan
ToggleHujung minggu ni ada sanak saudara nak berkunjung ke rumah. Bila dah keluarga nak berkumpul kita masaklah yang istimewa. Rendang ayam cili hijau ni dimasak dengan menggunakan ayam pencen, memang padu rasanya.Dimasak dengan api perlahan selama empat jam baru lembut isinya.
Rendang Ayam Cili Hijau
Bahan-bahan:
- 5 ekor ayam pencen
- 10 biji bawang besar
- 2 labu bawang putih- beli online di sini
- 15 batang serai
- 100g lengkuas
- 150g halia
- 6 biji buah keras
- 2 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 2 sudu besar ketumbar
- 200g kunyit hidup (Nak lebihkan pun boleh)-beli online di sini
- 300g cili akar
- 300g cili hijau-beli online di sini
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan-bahan di atas,masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi.
2.Buka api perlahan masak hingga mereneh sambil kacau dalam sejam.
3.Kemudian masukkan santan pekat 1 1/2kg,kerisik 400g,1 biji Gula Melaka,Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
4.Kalau tak keluar minyak masukkan minyak masak supaya rendang tu nampak berminyak sikit.Guna santan kotak memang tak keluar minyak, jadi tambah minyak kemudian.
5.Bila ayam dah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus.
6.Kacau dan tutup api.
7.Dah siap.
Kredit: Nazri Mat Zain
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba

Isi Kandungan
ToggleAsam Laksa Cina, memang sedap dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Enak!
Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair.
Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
CARA MASAK ASAM LAKSA CINA YANG ENAK SEMPURNA
BAHAN-BAHAN KUAH:
3 liter air
1 kg ikan sardin/kembung/selayang
1 tin sardin Ayam Brand (425 gram )- kuah tak ambil – beli online disini
5 senduk cili kisar – beli online disini
3 sudu makan asam jawa – beli online disini
8 keping asam keping gred bagus (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping) – beli online disini
5 tangkai daun kesum
3 batang bunga kantan
2 tangkai daun pudina
Gula melaka/gula merah hancur secukupnya – beli online disini
Garam dan serbuk perasa
P/S : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Empunya resipi tidak letak.
BAHAN KISAR:
100gm bawang merah besar India – beli online disini
25gm belacan – beli online disini
13 tangkai cili padi hijau
1 batang serai saiz sederhana
300gm nanas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
ULAM ASAM LAKSA CINA (HIRIS):
Daun salad
Bawang merah besar India
Asam limau kasturi
Telur rebus
Timun
Cili Padi
Daun Pudina
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing.
3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.
4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.
5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah.
6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.
7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam.
8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official