Menerusi posting di Facebook, saudari Rohaizan Saari tidak lokek berkongsi cara beliau menghasilkan mayones, sos lada hitam dan sos cili thai yang dibuat secara homemade.
Mayones, sos lada hitam dan sos chili thai semuanya saya buat sendiri. Jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ni semua nak save. Buat sendiri terjamin kebersihannya kan? Dapat pujian, sedap dan kekalkan rasanya! Aminnn…tak perlu beli lagi.
Kalau nak kuantiti yang banyak, gandakan je resepinya. Kuantiti resepi yang saya share ni tak banyak. Mayones dan sos chili boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam peti sejuk dengan cara penyimpanan yang betul. Back papper saya tak pasti. Saya berniaga jadi tak sempat simpan lama. Dah habis! Saya akan buat 3 jenis sos tu seminggu 2 kali. Selamat mencuba!
1. MAYONES
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur mentah – ambil putih dan kuning telur sekali ye
- 4 sudu makan gula
- 1 sudu makan garam
- 1/2 biji jus lemon – boleh gantikan dengan 1 sudu besar @ lebih cuka makan
- 2 cawan minyak masak /minyak jagung
CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan (kecuali minyak) dan kisar.
- Setelah sebati, masukkan minyak sedikit demi sedikit sampai habis. Terus kisar sehingga adunan jadi putih dan likat.
- Kemudian masak bahan tadi menggunakan api paling kecil. Kacau hingga pekat. Pastikan ia sentiasa dikacau namun jangan sampai mendidih.
- Bila dah dapat konsistensi @ kepekatan yang anda nak, padamkan api dan sejukkan.
- Kisar sekali lagi hingga dapat tekstur yang halus. Siap! Sedia untuk digunakan.
2. SOS LADA HITAM @ BLACK PEPPER
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan lada hitam ( rendam dalam air selama 4 jam. Jika nak rasa lebih pedas, boleh lebihkan) – kisar
- 3 sudu makan tepung gandum – boleh lebihkan jika nak kuah yang pekat
- 1 biji bawang holland – dicincang / dikisar
- 1 kiub pati ayam – boleh lebihkan
- 1 cawan air – boleh lebihkan
- 3 sudu makan mentega / marjerin
- 2 sudu makan sos lada hitam – tak guna pun tak mengapa
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap – untuk warna
- Garam, gula dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Cairkan mentega dan masukkan bawang serta lada hitam hingga naik bau.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
- Seterusnya masukkan air dan kiub pati ayam. Tambahkan kicap untuk mendapatkan warna yang kita mahu.
- Tambahkan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Masak hingga pekat.
- Sedia untuk digunakan.
3. SOS CILI THAI
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji lada besar ( cili merah)
- 5 biji cili padi merah – kalau nak pedas boleh lebihkan
- 3-5 ulas bawang putih
- 1 cawan gula – boleh lebih dan kurangkn jika mahu
- 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air. Tujuan untuk memekatkan sos.
- Sedikit garam – ikut citarasa
- 2 sudu makan cuka – nak rasa masam boleh lebihkan
- 4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Kisar cili/lada bersama bawang putih.
- Masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tambahkan gula. Sebatikan.
- Kemudian masukkan cuka, garam, air dan bancuhan tepung jagung. Kacau laju-laju hingga berkilat dan pekat.
- Rasa sos ikut kemanisan yang dikehendaki. Setelah semuanya ok, padamkan api. Sedia untuk digunakan.
Kredit resipi & foto: Rohaizan Saari