Mayones biasanya dihasilkan dengan cara mengisar telur bersama minyak. Namun jika anda kurang gemar mayones yang sebegitu kerana berbau hanyir, boleh cuba hasilkan maoyones yang dimasak ini. Memang tidak hanyir.
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur putih
- 1/3 sudu kecil jus lemon | boleh ganti dengan 1/3 sudu kecil cuka
- Garam dan gula secukup rasa | yang ni kena pandai ubah suai mengikut citarasa sendiri
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sampai halus.
- Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar tadi. Masak hingga likat, pekat berkilat. Guna api yang sangat kecil bagi memastikan mayones anda menjadi.
- Setelah mayones pekat, padamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas yang bersesuaian.
Kredit resipi & gambar: Nurul Syafiqa